Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Selasa, Oktober 13, 2015

KEMPEN JOM BACA MBM : 5 Buku yang Merubah Kehidupanku


Jawantankuasa Tetap Pendidikan Majlis Belia Malaysia (MBM) melancarkan kempen media Jom Baca bagi menggalakkan belia Malaysia untuk membudayakan ilmu dan membaca buku. giMembaca buku membawa banyak manfaat dalam diari kehidupan belia termasuk memberikan ilmu pengetahuan dan idea baru dalam kehidupan. Ketagihan terhadap membaca diyakini dapat menjauhkan belia daripada ketagihan terhadap perkara-perkara negatif seperti ketagihan dadah, video game, pornografi dan hiburan melampau.

MBM membawakan tema 5 Buku yang Merubah Kehidupanku bagi memberikan inspirasi kepada belia di luar sana bahawa dengan membaca bahan bacaan bermutu mampu dengan izin Tuahn merubah kehidupan seseorang individu menjadi lebih cemerlang dalam kehidupan.

Semoga 5 buku yang dipaparkan oleh setiap pemimpin belia terpilih mampu menarik minat untuk para belia mencari dan membaca buku-buku tersebut agar dapat mencari sebab mengapa buku-buku tersebut berjaya merubah dan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan pemimpin belia tersebut.

Selamat membaca!

JUFITRI BIN JOHA
Naib Presiden MBM &
Pengerusi JK Tetap Pendidikan MBM


Tiada ulasan: