Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Khamis, April 12, 2018

MAJALAH AL USTAZ 72 / 2018 : UJIAN BUAT CENDEKIAWAN MUSLIM UMMAH



OLEH: JUFITRI BIN JOHA (Kolumnis Dunia Islam Majalah Al-Ustaz)

Dunia Islam digemparkan dengan tuduhan rogol dan perlakuan seksual terhadap cendekiawan Muslim terkenal Profesor Tariq Ramadan. Profesor Tariq bukanlah asing bagi peminat dunia pemikiran dan kebangkitan Islam dan secara peribadi penulis pernah menjadi hos dan moderator kepada beliau dalam beberapa siri kunjungan beliau ke Malaysia. Kali terakhir bersama beliau adalah dalam Konferen Rahmatalil’alamin yang dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 2015. Penulis juga berkesempatan melawat pejabat beliau di Paris suatu ketika dahulu ketika menjadi penceramah dalam perhimpunan pemuda Gabungan Muslim Perancis (CMF). Di saat artikel ini ditulis, Profesor Tariq telah ditahan oleh Polis Perancis bagi tujuan siasatan.

Ini merupakan ujian yang amat berat apabila Profesor Tariq berhadapan dengan empat dakwaan daripada empat wanita termasuk dua di bawah umur 16 tahun ketika kejadian berlaku. Menariknya, salah seorang yang membuat dakwaan tersebut ialah seorang tokoh feminis dan sekular wanita Henda Ayari. Beliau yang dahulunya berfahaman salafi telah membuat dakwaan bahawa Profesor Tariq merogolnya pada tahun 2012 di sebuah hotel. Dakwaan dan tuduhan berat ini disebut oleh beliau secara sepintas lalu tanpa menyebut nama dalam buku tulisan biografi beliau J’ai choisi d’etre libre atau Action to be Free yang diterbitkan 2016. Beliau tidak menyebut secara jelas nama Profesor Tariq di dalam buku tersebut kerana didakwa menerima ancaman. Namun akhirnya beliau mendedahkannya.
Tulisan ini bukanlah bertujuan memperkenalkan Henda Ayari mahupun mengganggu proses siasatan tetapi sekadar tertarik membincangkan latarbelakang Henda yang membuat tuduhan terhadap seorang tokoh intelek Islam yang berjasa besar memberikan kefahaman dan membela Islam.

Henda Ayari lahir di Rouen Utara Perancis. Bapanya berasal dari Algeria manakala sebelah ibunya berasal dari Tunisia. Henda dibesarkan dalam keluarga yang tidak berpegang kuat kepada ajaran agama dan berantakan. Ibunya memperlakukannya dengan ganas manakala bapanya tidak menjalankan tanggungjawab selayaknya sebagai seorang ketua keluarga. Pendek kata Henda membesar dalam keadaan yang tidak mendapat kasih sayang yang sempurna di mana kedua ibubapanya akhirnya bercerai. Perjalanan kerohanian Henda bermula apabila menikahi seorang lelaki yang berfahaman salafi dengan mengenakan hijab dan niqab pada umur 21 tahun. Selama 9 tahun beliau mengenakan hijab tersebut dan membesarkan 3 anak beliau dengan fahaman salafi yang terkenal beraliran keras. Dalam masa yang sama suami beliau sering bertindak ganas dan terus mengamalkan ajaran salafi yang beraliran keras. Setelah mengalami siri pengalaman buruk ini dan terinspirasi dengan Paris Attack November 2015, Henda telah menemui jalan “pembebasan” beliau dengan meninggalkan aliran salafi sekaligus meninggalkan pemakaian hijab. Beliau juga memutuskan untuk bercerai dengan suaminya. Pada Disember 2015, beliau telah mencetuskan kontroversi apabila memaparkan dua gambar beliau berhijab dan tidak berhijab di Facebook sebagai satu perbandingan dan simbol “pembebasan” buat diri beliau. Sudah tentu kontroversi kedua yang menggemparkan dunia Islam ialah apabila beliau mendakwa dirogol oleh Profesor Tariq.

Profesor Tariq terpaksa mengambil cuti daripada mengajar di Universiti Oxford bagi memfokuskan untuk menangani ujian berat yang beliau sedang hadapi. Profesor Tariq merupakan cucu kepada Hasan al-Banna, pengasas gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir dan terkenal dengan bukunya Radical Reform dan buku terbaru 2017 Islam: The Essentials. Beliau yang dilahirkan Geneva mendapat pendidikan Master dan PhD di Universiti Geneva dan mendapat ijazah latihan kesarjanaan Islami klasik daripada para cendekiawan Universiti al Azhar as Sayrif. Beliau juga terkenal dengan idea identiti Muslim Eropah yang mengesyorkan agar komuniti Muslim di Eropah mengintegrasikan diri mereka ke dalam masyarakat Eropah kerana masyarakat Muslim adalah sebahagian komuniti Eropah dan perlu menyumbang untuk pembangunan dan masa hadapan Eropah. Tidak dinafikan sebahagian daripada mereka masih memusatkan kesetiaan kepada Negara asal orang tua mereka yang kebanyakkan datang dari Negara Afrika Utara.

Selain pemikiran dan tulisan Profesor Tariq yang banyak membantu menerangkan kefahaman tentang Islam khususnya kepada masyarakat bukan Islam di Barat, beliau turut terlibat secara aktif memimpin masyarakat Muslim Eropah melalui grup pemikir European Muslim Network yang mempromosikan kepelbagaian agama yang hidup secara aman menggalakkan debat dan aktiviti berkaitan Eropah masa kini dan masa hadapan daripada perspektif kebudayaan Islam yang bersifat sejagat. Paling diingati ialah sewaktu Profesor Tariq berdebat secara intelektual dengan Ayan Hirsi Ali yang juga melalui sisi gelap dibesarkan di dalam keluarga garis keras Islam persisi Henda Ayari sehingga beliau membenci Islam. Profesor Tariq berupaya menjawab segala tohmahan dan keraguan Ayan terhadap Islam dengan penuh keyakinan di hadapan masyarakat Barat yang menyaksikan perdebatan tersebut. Profesor Tariq juga adalah Pengarah Research Centre for Islamic Legislation and Ethics (CILE) Doha, Qatar dan anggota Kesatuan Ulama Sedunia di bawah pimpina Sheikh Yusuf al-Qaradhawi. Jika ingin disenaraikan jasa Profesor Tariq maka terlalu banyak namun dapat disimpulkan bahawa beliau banyak menyumbang dalam menerangkan Islam dalam konteks Barat, menangani gejala Islamophobia dan memberikan makna dan pentafsiran baru kepada Islam yang lebih segar dan serasi dengan konteks semasa.

Dengan menghormati proses penyiasatan dan perundangan yang sedang berlangsung di Perancis, penulis berasa yakin tumpuan dan fokus Profesor Tariq dalam menjalankan tugasan-tugasan besar menerang dan membela Islam sebelum ini sudah terganggu. Penulis tidak menafikan kemungkinan berlakunya konspirasi menjatuhkan imej dan peranan Profesor Tariq berdasarkan reputasi baik beliau dan juga sesetengah pihak yang tidak senang dengan kerja-kerja intelektual yang tidak menguntungkan pihak mereka. Dalam masa yang sama penulis tidak menafikan atas faktor kemanusiaan kemungkinan berlakunya perkara seperti yang didakwa namun sebagai orang yang faham kepada prinsip perundangan bahawa seseorang adalah dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan. Di dalam Islam, beban pembuktian adalah kepada pihak yang mendakwa dan apatah tuduhan berat seperti rogol dan zina memerlukan beban pembuktian yang tinggi melangkaui sebarang keraguan dan syubhah dalam masa yang sama mangsa juga wajar mendapat pembelaan dan keadilan.

Walaupun belum terbukti bersalah, tuduhan seumpama ini merupakan senjata yang ampuh untuk sekurang-kurangnya menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang tokoh yang banyak berlaku terhadap tokoh-tokoh pemimpin Islam ternama sebelum ini. Kita harus menyerahkan urusan kepada sistem perundangan Perancis untuk mengadilinya sambil bersangka baik dan marilah sama-sama mendoakan Profesor Tariq tabah menghadapi ujian yang amat berat ini, bebas daripada tuduhan berat ini dan yang paling penting kembali menerang dan membela Islam.

3 ulasan:

Widya Okta berkata...

Saya Widya Okta, saya ingin bersaksi tentang pekerjaan baik Tuhan dalam hidup saya kepada orang-orang saya yang mencari pinjaman di Asia dan bagian lain dari kata itu, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara. Apakah mereka mencari pinjaman di antara Anda? Maka Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman palsu di sini di internet, tetapi mereka masih asli sekali di perusahaan pinjaman palsu.

Saya telah menjadi korban penipuan pinjaman 6-kredit, saya kehilangan begitu banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Saya hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari hutang saya sendiri, sebelum saya dibebaskan dari penjara dan seorang teman saya yang saya jelaskan situasinya kemudian memperkenalkan saya ke perusahaan pinjaman yang dapat diandalkan yaitu SANDRAOVIALOANFIRM.

Saya mendapatkan pinjaman saya sebesar Rp900.000.000 dari SANDRAOVIALOANFIRM sangat mudah dalam 24 jam yang saya lamar, Jadi saya memutuskan untuk membagikan karya baik Tuhan melalui SANDRAOVIALOANFIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta saran Anda jika Anda membutuhkan pinjaman, Anda sebaiknya menghubungi SANDRAOVIALOANFIRM.

Email: sandraovialoanfirm@gmail.com
Nomor kontak dewan direksi: +12512278012
Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (widyaokta750@gmail.com) jika Anda merasa kesulitan atau menginginkan prosedur untuk mendapatkan pinjaman.

Mohammad Ismali berkata...

kesaksian nyata dan kabar baik !!!

Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com

___Malik___ berkata...

Nama: Malik
Negara: Indonesia
Jenis Kelamin.: Pria
Pekerjaan.::::: Pabrik Tenaga Surya
WhatsApp.(***+62-877-9447-8178***)
Lamar Sekarang :(financialserviceauthority400@gmail.com)


DUBAI FINANCIAL SERVICE AUTHORITY adalah pemberi pinjaman uang yang sah dan bereputasi baik. Mereka meminjamkan uang kepada perusahaan besar dan pabrik yang membutuhkan dukungan keuangan, mereka memberikan pinjaman kepada orang-orang yang memiliki kredit buruk atau membutuhkan uang untuk membayar tagihan mereka untuk berinvestasi dalam bisnis. Jadi, apakah Anda mencari pinjaman mendesak? Anda tidak perlu khawatir karena Anda berada di tempat yang tepat kami menawarkan pinjaman dengan bunga rendah jadi jika Anda membutuhkan pinjaman hubungi mereka sesegera mungkin terutama di era pandemi ini untuk meringankan beban keuangan Anda. Saya mendapat pinjaman Rp.4,5 miliar untuk membayar hutang saya dan melakukan bisnis saya dan juga dalam seminggu saya memiliki hak untuk memperkenalkan kepada mereka seorang teman saya yang berada di Malaysia sejak saya berhasil sehingga dia juga mendapatkan pinjamannya senilai RM 270.000.
____WARNING: Harap berhati-hati di blog ini, jangan mencari pinjaman dari pemberi pinjaman yang fiktif. Saya telah ditipu 3 kali oleh pemberi pinjaman palsu dan saya dapat membuktikan kepada Anda bahwa dengan DUBAI FINANCIAL SERVICE AUTHORITY Anda sama sekali tidak perlu takut. Perusahaan ini ditahbiskan oleh Allah jadi hubungi mereka sekarang untuk pinjaman Anda. Semoga Allah Membantu Anda.

email:((m7472736@gmail.com))


Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.