Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Rabu, Januari 03, 2018

Noktah Solidariti “Mengapa Belia Perlu Sokongan Perjuangan Palestin”

Noktah Solidariti Bersempena Pengumuman Pengiktirafan Amerika Terhadap Jerusalem Sebagai Ibukota Israel:

1. Konflik Palestin – Israel telah berlangsung lama semenjak 1948 menjadikan ia sebagai konflik antara paling lama yang masih berterusan sehingga banyak berlakunya pencabulan hak asasi manusia. Justeru pencabulan hak asasi kemanusiaan perlu dihentikan segera. Tanggungjawab generasi muda untuk berkempen dan beradvokasi menghentikan konflik ini;

2. Zionis telah merampas dan mencuri tanah rakyat Palestin dan mengusir hampir lebih 5 juta pelarian Palestin yang terpaksa merempat di luar Palestin. Tanah mereka wajib dikembalikan dan mereka mempunyai hak untuk kembali ke tanahair mereka sendiri;

3. Konflik Palestin – Israel dianggap sebagai mother of all conflict. Jika konflik ini diselesaikan maka dunia akan menjadi aman dan kembali makmur. Penduduk dunia pelbagai agama dan bangsa akan merasai nikmat keamanan apabila Palestin yang dianggap pusat dunia ini aman;

4. Jerusalem dan Palestin harus dikembalikan kepada pemerintahan Islam yang terbukti daripada segi sejarah membawa keamanan kepada semua penduduk Jerusalem pelbagai agama. Zaman Khalifah Sayyidina Umar al-Khattab terkenal dengan al-Uhda al-Umariyya ( العمرية‎ العهدة ) atau Umar ’s Assurance atau Jaminan Keamanan Sayyidina Umar. Dalam Jaminan ini, Sayyidina Umar memberikan jaminan keamanan kepada penduduk Jerusalem yang dihuni juga oleh orang Kristian, orang Yahudi dan penganut agama lain. Di bawah kepimpinan dan pentadbiran Islam, penduduk pelbagai agama dijamin keselamatan dan bebas mengamalkan agama serta menjalani kehidupan harians secara aman;

5. Generasi muda bukan Islam juga wajar turut sama memperjuangkan isu ini kerana aktivis luar Negara yang bukan Islam turut secara agresif memperjuangkan isu ini kerana mereka memahami bahawa isu ini bukan sahaja melibatkan umat Islam, tetapi orang Kristian dan orang Yahudi yang tidak mendokong idea ganas Zionis.

Sebagai contoh Pergerakan Yahudi Orthodox Antarabangsa “Naturei Karta” bersatu mendokong perjuangan rakyat Palestin menentang Zionist bahkan mereka tidak bersetuju dengan Zionis menubuhkan Negara haram di Palestin. Selain itu aktivis bukan Islam ini memahami konflik Palestin – Israel bukan semata-mata isu agama tetapi lebih penting ianya isu kemanusiaan yang menafikan hak hak asas manusia.

6. Sebahagian besar penduduk Palestin iaitu sekitar 65 peratus adalah golongan belia. 15 Mei adalah Hari Belia Negara bagi belia Malaysia manakala 15 Mei bagi belia Palestin adalah hari nakbah atau malapetaka apabila tanah mereka dirampas oleh Zionis. Justeru amatlah wajar belia Malaysia yang merdeka membantu sahabat mereka di Palestin yang ternafi kemerdekaan mereka.

7. Justeru wajar generasi muda mendokong perjuangan rakyat Palestin kerana semakin ramai yang bersimpati dengan rakyat Palestin dan meluat kepada Zionis dan Amerika yang tidak komited mewujudkan keamanan di Palestin sebagai bukti jelas apabila Trump melanggar persepakatan antarabangsa apabila mengumumkan pengiktirafan Jerusalem sebagai Ibu Kota baru Israel.

- Jufitri Joha -

Tiada ulasan: