Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Selasa, Julai 10, 2007



"Penulis Bersama Presiden CMF, Saudara Abdul Basset di Pusat Islam Paris"

Kesempatan berkunjung ke bumi Perancis dimanfaatkan sepenuhnya oleh penulis untuk menimba pengalaman dan berharga di sana. Penulis ditugaskan mewakili ABIM untuk membentangkan pengalaman aktiviti belia dan dakwah ABIM di Malaysia kepada ahli Gabungan Muslim Perancis (Collectif des Musulmans de France (CMF)) yang mengadakan mesyuarat dan perjumpaan tahunan mereka pada 8-9 April 2007 / 20-21 Rabiulawal 1428H yang lepas di sebuah temapat peranginan di Selatan Lyon.

Penulis telah membentangkan pengalaman aktiviti belia dan dakwah ABIM di Malaysia bagi memberikan perspektif dan pengalaman baru kepada ahli CMF. Turut sama membentang pengalaman dakwah ialah pendakwah terkenal Sheikh Abu Bakr Fofana dari Ivory Coast dan Sheikh Mbye dari Senegal. Seramai 40 orang wakil-wakil negeri di Perancis telah menghadiri program ini. 2 pelajar Malaysia di Perancis tutut hadir sebagai peserta yang mewakili ABIM dan menjadi penterjemah atas undangan saudara penulis. Dua orang pelajar tersebut adalah saudara Ashraf yang belajar di Colmar, Timur Perancis dan sahabat beliau saudara Muhammad Firdaus Mazlan juga belajar dari tempat yang sama. Di sini penulis terasa betapa pentingnya menguasai lebih daripada satu bahasa yang mana dalam kontek pada waktu tersebut jika penulis menguasai bahasa Perancis akan memudahkan dan memaksimakan pertuturan dan komunikasi dengan ahli CMF yang rata-rata tidak memahami bahasa Inggeris.

Kehadiran penulis di situ amat menggembirakan mereka kerana mereka mendapat pengalaman dan agin baru dari pergerakan belia dan dakwah yang berasal dari Asia Tenggara yang jarang-jarang didengari oleh mereka yang hidup dalam komuniti besar eropah (EU). Tambahan pula pengalaman ini amat penting bagi mereka dalam situasi menghadapi mehnah dan tribulasi baru apabila tampuk pemerintahan negara diambil alih oleh seorang tokoh anti immigran muslim dan pro Amerika Syarikat dan Israel iaitu Nicolas Sarkozy. Sarkozy merupakan cucu kepada seorang Yahudi yang berasal dari Greece yang baru-baru ini berjaya memenangi kerusi Presiden Perancis mengalahkan calon Royal.

Dalam ucapan terima kasih Presiden CMF, saudara Basset yang berasal dari Algeria sekali lagi menegaskan begitu gembira dengan kehadiran wakl ABIM di sini dan berminat untuk bekerjasama dengan ABIM dan serta umat Islam di Malaysia secara umum. Beliau memohon bagi pihak rakyat Islam Perancis mengharapkan sahabat-sahabat Muslim di Malaysia agar mendoakan keselamatan dan masa hadapan mereka di Perancis memandangkan mereka merupakan masyarakat minoriti yang sering diperhatikan oleh pihak pemerintah sekular Perancis. Terbaru ialah isu pemakaian Hijab di sekolah-sekolah yang sedang hangat diperdebatkan di peringkat tertinggi pemerintahan Negara. Tidak terkecuali hangat diperdebatkan di peringkat tertinggi negara ialah isu penubuhan sekolah agama Islam di Lyon.

Umat Islam Perancis mewakili 5 Juta dari jumlah penduduk Perancis seramai 50 juta orang dan purata warganegara Perancis yang memeluk Islam sehari adalah seramai 20 orang. Penulis juga diberi peluang menziarahi sebuah sekolah agama di Lyon seperti yang disebut di atas yang kontroversi sehingga menjadi perdebatan di kalangan pemerintah atasan Perancis dan dalam media arus perdana Perancis. Berkat doa dan perjuangan Umat Islam Lyon, sekolah agama mereka terus dibenarkan beroperasi. Selain itu penulis juga diberi peluang melawat Pusat Islam Paris dan berbetulan pada tarikh lawatan tersebut, CMF telah mengadakan rundingan dengan Datuk Bandar Paris dalam usaha memperjuangkan hak mereka untuk membeli tanah dan bangunan Pusat Islam tersebut dari pihak Datuk Bandar dan ternyata mereka telah berjaya. Yang amat memeranjatkan penulis ialah Datuk Bandar Paris tersebut merupakan seorang Gay dan pernah membuat pengakuan terbuka bahawa dia seorang Gay!.

Perancis yang pernah melahirkan tokoh falsafah dunia terkenal iaitu Rene Descartes (1596-1650 M) mempunyai sejarah panjang dengan umat Islam. Perancis merupakan penjajah bagi beberapa buah negara Islam seperti Algeria, Tunisia, Chad dan lain-lain. Namun di sisi penulis, Perancia amat sinonim sebagai pejajah Algeria dan masih memainkan peranan di belakang tabir terhadap landskap politik Algeria. Detik bersejarah 1827 menyaksikan Perancis menceroboh Algeria dan melakukan pelbagai kezaliman sehingga Algeria mencapai kemerdekaan pada 1962. Walaupun sudah merdeka, pemimpin umat Islam yang memerintah memiliki hubungan rapat dengan Perancis terus mewarisi tabiat buruk penjajah dengan pembunuhan dan kezaliman. Tarikh keramat 1991 menceritakan apabila Ikatan Pembebasan Islam Algeria (FIS) memenangi Pilihanraya Umum Algeria, pihak pemerintah tidak mengiktiraf kemenangan tersebut yang berakhir dengan tragedi pembunuhan kira-kira 80, 000 umat Islam.

Ramai rakyat Algeria yang lari mendapatkan perlindungan dan kehidupan yang lebih aman di Perancis. Salah seorang dari mereka ialah Presiden CMF sendiri iaitu saudara Abdul Basset yang sekarang ini membuka empayar perniagaan di pinggir Bandar Paris. Ramai pemain dalam pasukan bolasepak kebangsaan Perancis merupakan imigran dan Muslim seperti Nicolas Anelka, Zinadine Zidane, Frank Riberry dan lain-lain. Sahabat penulis yang pernah belajar di Wales pernah menyatakan bahawa faktor mengapa imigran di Perancis tidak jadi diusir secara besar-besaran oleh aparat pemerintah Perancis pada tahun 1998 ialah kerana doa sebahagian besar imigran Muslim agar pasukan bolasepak kebangsaan Perancis yang dibarisi sebahagian besar imigran menang ke atas Brazil dalam perlawanan akhir Piala Dunia yang berlangsung di Perancis. Ternyata doa mereka dimakbulkan Allah, Perancis menang 3-0 ke atas Brazil. Zinadine Zidane imigran muslim dari Algeria menyumbat 2 gol membantu Perancis menjulang Piala Dunia. Zidane menurut salah seorang ahli CMF merupakan non practising muslim, satu khabar yang menyedihkan!

Kita biasanya mendengar slogan ‘Masa Depan Untuk Islam’ seperti yang digagaskan oleh pengarang Tafsir Fi ZiIalil Quran, Syed Qutb dan pemikir-pemikir Islam lain. Begitu juga Perancis yang merupakan negara termaju di kalangan Komuniti Eropah (EU) mempunyai masa depan yang agak cerah untuk kuntuman bunga Islam untuk mekar. Walaupun Perancis kuat dengan sekularisme dan bumi di mana lahirnya gerakan awal perang salib pada tahun 1096 selapas setahun ucapan penuh emosi Pope Urban II dalam persidangan ketua-ketua agama Kristian, namun ia tidak menghalang untuk Islam terus mekar menguntum di bumi Perancis dan sebagai umat Islam yang yakin dengan janji Allah dan RasulNya pasti berasa optimis dengan kebangkitan Islam di sana.

ABIM melalui Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) iaitu sayap sukarelawan muda antarabangsa ABIM berhasrat untuk membuat jaringan belia dan dakwah dengan CMF dan komuniti Islam di sana. Penulis selaku Pengerusi GPTD telah meninjau ruang-ruang kerjasama yang mana GPTD boleh menyumbang untuk menyemarakkan lagi aktiviti belia dan dakwah di sana. Dalam waktu yang sama sebagai imbal balik, aktivis muda GPTD dapat belajar sesuatu dari pengalaman apabila berkhismat di sana.

GPTD yang bergerak melalui modus operandi kajian ketamadunan dan kerja-kerja khidmat sosial antarabangsa tidak lari dari orientasi dakwah dan vcita-cita besar menyebarkan Rahmat ke sekalian alam. GPTD telah berjaya dengan izin Allah menghantar sukarelawan mudanya ke seluruh dunia termasuk ke Australia, Sepanyol, Turki, Thailand, Indonesia dan lain-lain.

Berbicara mengenai peluang GPTD bergerak di Perancis ialah melalui kajian mengenai perkembangan Islam dan umatnya di sana serta attachment dengan sekolah agama di Lyon ataupun dengan Pusat Islam CMF di Paris. Aktivis GPTD boleh membantu pengajaran agama dan memberi motivasi kepada pelajar dan belia di sana dan dalam masa yang sama dapat berinteraksi dan menimba pengalaman berharga yang dapat direalisasikan di Malaysia untuk manfaat masyarakat Islam secara umumnya.

GPTD amat komited dengan misi dan visinya dan memerlukan sumbangan para belia dan masyarakat di Malaysia dalam bentuk tenaga sukarelawan, masa, buah fikiran yang bernas serta wang ringgit bagi menjayakan setiap aktiviti GPTD. Untuk maklumat lanjut, GPTD boleh dikenali dengan lebih dekat melalui blognya iaitu di http://gptd.blogspot.com dan boleh dihubungi melalui emailnya : gptd_gpm@yahoo.com.

Tiada ulasan: