Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Selasa, Ogos 28, 2007



"Penulis kiri sekali di Kem Pengakap Oxford,UK dalam Majlis Mou Majlis Belia Negeri Sembilan dan Persatuan Melayu UK"

Perhimpunan Keluarga Melayu United Kingdom 2007

Sejak tahun 2003 Perhimpunan Keluarga Melayu begitu sinonim dengan Persatuan Melayu United Kingdom atau singkatannya Melayu UK. Tahun ini sekali lagi Melayu UK telah berjaya melaksanakan perhimpunan tahunannya di Kem Pengakap Youlbory, Oxford, United Kingdom. Seramai lebih 80 orang peserta telah menyertai perhimpunan ini yang kebanyakkannya datang secara pakej keluarga. Pelbagai program telah diadakan seperti forum, tazkirah, permainan dan rekreasi, solat berjemaah, perbincangan kumpulan dan bbq.

Namun yang lebih signifikan adalah objektif dan tema perhimpunan yang berkait rapat dengan sejarah dan masa depan kelompok Melayu yang telah lama menetap di sini. Tema perhimpunan pada kali ini ialah Empowering the Youth. Bersesuaian dengan tema untuk mengupayakan belia Melayu UK bagi mempersiapkan mereka mengambil alih kepimpinan Melayu UK di masa akan datang. Pihak GPTD ABIM amat berminat untuk berkerjasama dengan Belia Melayu UK demi kebaikan bersama dan jaringan yang telah sedia terbina semasa program Pertukaran Belia Melayu Dunia di Rembau dan Jasin awal tahun ini. Melayu UK boleh dicapai melalui www.melayu.org.uk.

Tiada ulasan: