Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Jumaat, Oktober 16, 2009

Memasak?


Walaupun hostel saya dilengkapi kemudahan dapur yang canggih (meliputi peti ais, ketuhar mikrovave, dapur, cerek, mesin basuh dan almari menyimpan barangan makanan) ia belum membuka selera dan minat saya untuk memasak, apatah memasak nasi dan membuat nescafe. Jika di Malaysia dua tugasan rutin ini dibuat oleh isteri saya kerana saya berasa senang dan bahagia apabila boleh menikmati hasil tangan isteri memasak nasi dan lauk serta menikmati secawan nescafe.

Namun di sini semua itu adalah mimpi belaka. Saya terpaksa uruskan semua keperluan makanan harian saya sendiri. Namun kesempatan petang tadi menjengah ke rumah abg Zul (di mana saya berjiran dengannya) untuk memasukkan perisian microsoft word dalam lap top saya, saya berharap tuan rumah mempelawa makan tengahari. Ternyata abang Zul dan kak Zila (Pelajar PhD Islamic Finance di Universiti Durham dan Pensyarah UPSI) mempelawa makan nasi..pergh best. Bak orang lapar disorongkan nasi eh silap bak orang ngantuk disorong bantal. Saya sapu habis. Rupanya yang masak tu abang Zul bukan sangat kak Zila. Saya fikir kalau abang Zul boleh pandai masak kenapa aku tidak?

1 ulasan:

everjihad berkata...

betul betul betul!.

"kenapa aku tidak? "

hehe. seronok jugak baca catatan orang di perantauan ni. teringin jugak nak buat sendiri punya. nanti la. bila punya kelapangan sikit. insyaAllah. cuba jugak akan diusahakan. untuk diri sendiri dan untuk orang lain. moga2 ada manfaat.

kadang2 tak nampak apa signifikannya nak menulis. kadang2 lebih kepada meluahkan rasa je. tapi bila fikir balik, ada baiknya jugak tulis catatan ni dari meluahkan rasa je.

ain kat sini hari-hari masak tau! serius ah. kat rumah jujur kata takdela rajin masak. macam abg ju ada isteri. hehe.kat rumah ada mama. jadi, memang seronok menikmati masakan mama. tapi sama la. kat sini?(toronto,canada). mimpi belaka la. semua kena buat sendiri. no more mama mama. nak tak nak, kena jugak masak. nak beli luar, mahal. tambahan pulak, tak banyak pilihan sangat selain tak menepati citarasa n selera. lagi-lagi untuk daging halal memang agak mahal. pengeluaran produk halal tak melambak macam produk daging yang lain.

jadinya, memasak le kite..pandai tak pandai pakai taram je. abg ju kat sana tak bawak ke apa2 rempah? ain datang toronto, separuh peti beg isi macam2 makanan. rempah-rempah..perencah nasi goreng, ketupat, rendang,kuih raya..hehe(sebab tak sempat raya kat malaysia kan..tak macam ade org tu fly lepas raya. tak aci betol)

paling senang nak masak, nasi goreng. simplest thing yang boleh isi perut at least rasa kenyang. sebab nasi makanan ruji kita kan. so kalau tak makan nasi, rasa perut macam kosong je.

cuba-cuba la memasak ek. save cost! hehe. mula2 mungkin tak biasa plus rasa macam makan masa, tapi lama-lama dah biasa, ok dah.

selamat berusaha!
p/s: (mungkin nanti-nanti boleh kongsi masakan apa yg abg ju masak atau mungkin abg2 kakak2 sana ke slalu masak ape. org sini dah naik jemu kot asyik makan nasi goreng je. kena fikir idea lain. nasi bergulai tak berapa reti nak masak plus malas nak menumis-numis sangat. ye la. bukan minat sangat nak memasak. asal nak alas perut je. so makan nasi pun biasa dengan telur goreng. tapi lama2 naik bosan gak. haih..so kalau nanti2 ada masakan yang menarik ke, kongsi la ye.)

Salam dari toronto,
-Qurratulain-