Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Jumaat, November 06, 2009

Andalus dalam Ar Risalah


Sudah lama saya tidak mencatat berkenaan Andalus (Sepanyol). Saya harap dapat kembali ke Sepanyol untuk kali ketiga. Selain Sepanyol, saya juga berharap dapat ke Republik Czech, Ireland, Wales, Jerman dan Austria. Sewaktu keluar daripada Masjid Durham sejurus selesai menunaikan Solat Jumaat, mata saya tertarik pada sebuah majalah ar risalah terbitan University Cambridge Islamic Society. Apa yang menarik saya adalah artikel yang bertajuk 'Arabic in Al Andalus: Looking to The Future'. Penulis berkongsi pengalaman apabila seorang wanita Sepanyol memberitahu beliau tentang Masjid Cordoba, "They forget that without this grand momento (Masjid Cordoba) of Muslim rule, who would come to Granada?" Dia juga memberitahu penulis bahawa ada lebih kurang 20,000 muslim di Granada sekarang, "they finally leave us alone now. And maybe there are two chapters in today's text books instead of the 20 pages which covered 'Moorish history' in the 80s, but there is still a great level of hypocrisy".

Kebanyakkan orang Sepanyol yang masuk Islam berasa seolah-olah mereka balik semula kepada asal dan warisan yang telah dicuri dari mereka. Kristian bertapak semula di Andalus pada kurun ke-15. Penindasan dan pengusiran berlaku kepada umat Islam dan Yahudi berterusan sehingga tahun 1834.

University of Cambridge Islamic Society berjaya menghasilkan satu majalah yang ilmiah dan bermaklumat. Di Cambridge juga ada Sheikh Abdul Hakim Murad yang merupakan sarjana Islam tradisi yang amat terkenal di dunia Islam. Di Cambridge juga sebuah masjid baru akan dibina bagi kemudahan Islam di sana - www.cambridgemosqueismoving.org.uk

Tiada ulasan: