Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Khamis, November 05, 2009

Jaringan...


Baru-baru ini saya ke Leeds, Newcastle dan York. Ke Leeds menziarahi rakan ex Smap Kajang yang juga merupakan junior dua tahun di bawah saya. Saya memang sudah lama menyedari betapa penting membina jaringan atau networking. ‘Net’ ini amat berguna dan akan ‘working’ bila-bila masa menurut situasi, keadaan dan keperluan pada masa hadapan. Apa yang saya nak sebut di sini ialah betapa pentingnya saya membina jaringan dengan ex Smap Kajang yang sudah mempunyai 18 batch semenjak ia mula ditubuhkan tahun 1990. Sudah tentu mereka yang keluar dari sekolah ini sudah berjaya dan berada di jawatan-jawatan penting serta bertebaran di seluruh dunia atas pelbagai sebab. Contoh paling dekat iaitu saya sendiri di Durham, UK. Ini juga yang saya tekankan ketika menubuhkan GPTD iaitu membina jaringan dan rangkaian global seluruh dunia sejak kita berusia muda!

Betapa banyak jaringan yang boleh saya manfaatkan termasuk dengan bekas Smap Kajang, Pusat Islam Granada Sepanyol, UIA, Kabesa (Persatuan Bekas Peserta Kapal Belia Asia Tenggara – Jepun), Majlis Belia, ABIM, RISEAP, DurhamMy, European Muslim Network (EMU), UPP IKD, Rabithah Syabab Lubnan, MAIM, dan yang terbaru saya hadiri majlis resepsi Chevening di York (www.chevening.com).Chevening menghimpunkan penerima-penerima biasiswanya dari seluruh dunia yang belajar UK. Majlis resepsi kami dihos oleh Datuk Bandar York dan dibuat di Muzium Keretapi terbesar di dunia, betul ke? Kalau tak silap la! Saya sempat berkenalan dan membuat hubungan dengan mereka iaitu daripada Brazil, Kazakhstan, Kyrgistan, Zambia dan Afghanistan.



You know my country? Kata Zarina Djansakova dengan nada terkejut. Yes..jawab saya ringkas. Zarina terkejut bila saya tahu di mana letaknya negara beliau. Ini adalah kerana apabila beliau memperkenalkan nama dan negara beliau, ramai yang tak tahu di mana letaknya negaranya iaitu Kyrgistan. Beliau bertuah kerana hanya dua orang sahaja terpilih mendapat biasiswa Chevening daripada Kyrgistan. Malaysia bertuah kerana batch saya ada 15 penerima biasiswa. Di York saya berjumpa Aizan dan Yen yang juga penerima biasiswa Chevening daripada Malaysia. Kedua mereka orang hebat iaitu Aizan merupakan Pengarah Projek Tekad projektekad.blogspot.com dan Yen merupakan wartawan The Egde.

Yen pernah kerap kali menemuramah Dato’ Tony Fernandez dan Dato Idris Jala kerana beliau menjaga berita bahagian korporat. “Yen, apa yang menarik tentang Tony Fernandez?” tanya saya ketika dalam bas sementara menunggu tibanya kami di York. Yen pun berceritalah tanpa henti...bla..bla..bla..bla petah beliau bertutur dalam bahasa Melayu dan banyak juga maklumat saya dapat.

Saya juga sempat ke Newcastle minggu lepas menghadiri talk tentang “Participation”. Ia berkenaan dengan penglibatan belia dalam Kerajaan Setempat (Local Council). Di UK, belia memang mendapat tempat yang baik dan mendapat perhatian serius dari kerajaan sehinggakan mereka ada parlimen mereka sendiri yang dikenali sebagai Youth Parliament (www.ukyouthparliament.org.uk). Saya diperkenalkan oleh tutor saya kepada Mr Kevin Franks iaitu Pegawai Regional Youth Work Unit North East. Alhamdulillah bertambah kaya networking saya. Semuanya rahmat Allah.

InsyaAllah hujung bulan saya akan ke Pristina, Kosova. Satu lagi jaringan baru di Eropah Timur!

Tiada ulasan: