Selain dari Hallowen Day, minggu ini memberikan pengalaman baru bagi saya apabila diamanahkan untuk menerajui Charity Week for Orphans in Kenya and Africa anjuran Durham University Islamic Society. Saya dan rakan-rakan telah membuka gerai Teh Tarik for Charity dan Perlawanan Amal Futsal. Sambil memperkenalkan teh tarik kepada pelajar antarabangsa, kami meminta mereka berderma seikhlasnya. Kami berjaya mengutip 150 pound lebih untuk diserahkan kepada Islamic Relief bagi membantu anak-anak yatim di Afrika. Dalam perlawanan futsal saya bertindak sebagai penyerang dan juga pengadil merangkap penganjur. Alhamdulillah skil di SMAP Kajang dulu sebagai penyerang berjaya merobek gawang lawan sebanyak dua gol jadi la...
Ini juga yang sepatutnya dibuat oleh penggerak GPTD bagi membantu dan membuat kerja-kerja kesukarelaan di Afrika. Benua Afrika masih belum diterokai secara serius oleh GPTD. Harapan besar melihat GPTD menerokai dua benua yang jarang sekali kita dengar perkembangannya iaitu Afrika dan Amerika Latin. Begitu jugalah yang disebut oleh Dr Farish A. Noor kepada saya berkenaan dua benua ini. Namun saya telah menemui jalan apabila berjaya membuka jaringan baru di Afrika Selatan dan Surinam (negara Amerika Latin Tengah). InsyaAllah semuanya akan bermula!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan