Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Sabtu, November 07, 2009

Bercampur dengan semua


Kalau kita berpeluang ke luar negara sama ada menyambung pelajaran atau menghadiri program atau membuat kerja kesukarelaan, kita sepatutnya bercampur dengan semua orang. Jangan kita selesa hanya bercampur sesama Melayu atau sesama Malaysia. Kita harus ambil peluang bercampur dengan semua bangsa dan agama. Ini juga merupakan konsep 'litaarafu' yang disebutkan dalam Al-Quran bahawa dijadikan manusia berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal-mengenal di antara satu sama lain. Saya teringat konsep ini selalu diulang-ulang oleh Profesor Dr Sidek Baba ketika mengendalikan Iqra' Circle bersama beliau di Pejabat Timbalan Rektor UIA satu ketika dahulu.

Sebentar tadi saya menghadiri pertemuan dan jamuan anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Universiti Durham (DUMAS) - http://www.dur.ac.uk/malaysian.society. Saya dapat bertemu sebahagian besar pelajar Cina Malaysia yang mana saya jarang ditemui dalam DurhamMy (Komuniti Tidak Rasmi Malaysia di Durham).

Are you Malaysia? tanya saya kepada seorang pelajar Cina. No, I from Mauritius (Africa). Pelik tengok roman ee (rupanya - dialek Negeri Sembilan), macam mana orang Cina boleh berada di negara Afrika? Terus saya ambil email dia, apa lagi membuka jaringan dan menambah kenalan la. Presiden DUMAS merupakan seorang perempuan dan satu-satunya Melayu dalam komiti.


Skil untuk bercampur dengan semua orang harus dipraktikkan di mana-mana khususnya kepada penggerak GPTD. Ketika bertemu dengan Tutor saya Ms Anne Marron pun saya sebut saya berminat berkenalan dan bekerjasama hatta dengan Jewish Youth Worker. "I'll introduce to Rebecca who is Jewish Youth Worker, is that okay for you", pelawa Ms Anne Marron pada saya. Saya menganggukkan kepala tanda setuju. Rebecca merupakan seorang aktivis belia Yahudi yang aktif membantu belia di Tibet yang dinafikan kemerdekaan mereka. Rebecca selalu mengendaliakan program bersama belia Tibet dan terbaru beliau anjurkan di India. Rebecca duduk di London dan jika berkesempatan saya nak jumpa beliau di London InsyaAllah minggu depan. Saya juga bersetuju untuk membuat field work dengan Christian Aid - http://www.christianaid.org.uk. Nak belajar dengan grup Kristian bagaimana mereka bekerja dalam bidang kesukarelaan antarabangsa.

"Ju rugi la kalau datang buat PhD di sini tapi campur dengan komuniti lain", saran Ustaz Maszlee pada saya. Ustaz Maszlee antara orang yang terkehadapan bercampur dengan grup Chaplain Kristian dan juga dengan komuniti lain. Inilah peluang apabila berada di luar negara bercampur dengan semua orang untuk dapat pengalaman.

Selesai saya menghadiri program DUMAS saya dimaklumkan oleh Afzan (orang Bachok, Kelantan) bahawa Negeri Sembilan menang 3-1 mengatasi Kelantan dalam Piala Malaysia...wah

Tiada ulasan: