Selepas berjaya menjejakkan kaki ke Sepanyol dua kali, saya harus menyambung projek GPTD saya fasa ke-3 iaitu dengan mengenal pasti langkah seterusnya ke Amerika Latin. Amerika Latin merupakan benua yang menggunakan bahasa Sepanyol iaitu bahasa bekas penjajahnya kecuali Brazil yang menggunakan bahasa Portugis.
Usaha telah digerakkan semenjak beberapa tahun lepas mengenal pasti negara Amerika Latin yang sesuai dijadikan 'entry point' GPTD termasuklah Cuba, Mexico dan Surinam.
Justeru, baru-baru ini saya menghadiri 'talk' tentang Rekod Hak Asasi di Guatemala, sebuah negara Amerika Latin di bahagian tengah benua. Seperti yang Dr. Farish A. Noor sebut selalu benua Amerika Latin amat jarang-jarang diketahui tentang keadaan sebenar mereka.
'Talk' tersebut disampaikan Nathalia Mercier aktivis Hak Asasi Amnesty International yang merupakan bekas pelajar Durham dan membuat khidmat bakti di Guatemala.
Banyak yang saya tak tahu tentang Guatemala dirungkaikan dengan baik oleh beliau pada malam tersebut. Selain bahasa Sepanyol, Guatemala mempunyai 21 bahasa tempatan, mempunyai negeri yang berbeza cuaca, keadaan penduduk yang miskin sehingga ada sebuah keluarga mempunyai 1 rumah dengan hanya 1 bilik dihuni oleh 8 orang anak beranak!.
Justicia Por Genocido! Perkataan Sepanyol ingin mengimbas kembali pengalaman saya mengambil bahasa Sepanyol di UPM 7 tahun lampau. Rakyat di sini menuntut hak asasi mereka apabila kekejaman oleh pihak pemerintah yang membuat pembunuhan beramai-ramai dan menculik ahli keluarga mereka kerana perang saudara. Daripada 1960-1996 iaitu semasa 'Internal Armed Conflict', hampir 20 000 terbunuh dan 45 000 hilang tanpa dapat dikesan.
Mungkin GPTD boleh memulakan usaha mengkaji secara serius Amerika Latin kerana umat Islam bukan sahaja harus menjuarai isu hak asasi manusia di Palestin, Kashmir, Chechnya dan negara Islam lain, bahkan harus proaktif memperjuangkan isu hak asasi manusia sejagat kerana Islam itu universal sifatnya.
Saya berkesempatan berkenalan dengan Nathalie yang membuat kerja hak asasi manusia di Guatemala dan berharap ini merupakan satu entry point yang baik untuk GPTD menerobos Amerika Latin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan