Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Rabu, November 11, 2009

Viva Palastina-Yvonne Ridley


Saya bertuah dapat bersama dalam 'talk' yang telah disanpaikan Yvonne Ridley bertajuk 'People, Power and Palestine'. Ini kali pertama saya bersemuka dengan beliau dan saya sempat menyerahkan kad nama (ABIM) sebagai tanda persahabatan dan jalinan kerjasama. Di Durham ini memang subur dengan diskusi berkaitan Palestin dan Israel termasuk yang terbaru dari Prof. Bill Williamson.

Satu 'talk' yang membela Israel juga berlangsung di Durham disampaikan oleh Joe Hyams dari laman web http://honestreporting.co.uk/. Saya sudah pun meminta saudara Zul Amin (Pengerusi Grup Salahuddin al-Ayyubi) membuat kajian berkenaan blog ini. Mereka ini mendakwa Israel tidak mendapat liputan yang adil dan sebenarnya oleh media antarabangsa khususnya dalam perang Gaza - Israel baru-baru ini.

Yvonne Ridley menyentuh pengalaman beliau menyertai Konvoi Darat Viva Palastina daripada UK terus ke Gaza. Beliau menceritakan pengalaman menghadapi pelbagai kesukaran. Konvoi ini turut disertai oleh Ahli Parlimen British iaitu Mr. George Galloway - http://www.georgegalloway.com/. Yvonne Ridley menggelarkan George Galloway sebagai 'Man in Action' kerana beliau berpandangan kita tidak boleh lagi meletakkan harapan kepada ahli politik sebaliknya sebagai ahli masyarakat madani (Civil Society) kitalah yang bertanggungjawab membantu menyelesaikan masalah Palestin. George Galloway juga datang baru-baru ini ke Malaysia atas jemputan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Perdana Global Peace Conference - Criminalise War - http://www.perdana.org.my/

Konvoi tersebut bertujuan mencipta publisiti dan promosi perjuangan rakyat Gaza kepada mata dunia. Ia bermula daripada UK - Perancis - Sepanyol - Morocco - Algeria - Tunisia - Libya - Mesir - GAZA!. Seramai 254 orang termasuk bukan Islam menyertai konvoi tersebut. Apabila melalui negara-negara tersebut masyarakat awam memberikan sokongan terhadap usaha mereka cuma yang menjadi masalah adalah kerajaan-kerajaan negara Arab.

Pengalaman di Tunisia dan di Mesir cukup memeritkan mereka. Kerajaan Tunisia tidak membenarkan mereka berhubung langsung dengan pemduduk Tunisia sehingga untuk berhenti solat Jumaat pun mereka tidak dibenarkan kerana dikhuatiri mereka bertemu dan berhubung dengan penduduk setempat. Akhirnya mereka terpaksa solat Jumaat di tepi jalan. Di sebalik kesulitan ada kesenangan, kerajaan Libya satu-satunya negara Arab yang membantu dan meraikan konvoi mereka. Bahkan kerajaan Libya turut menghantar beberapa lori bantuan mengiringi konvoi mereka untuk disalurkan bantuan ke Gaza.

All for one and one for all laung Yvonne Ridley apabila mereka tidak dibenarkan masuk ke Gaza secara keseluruhan konvoi. Ini menggambarkan perjuangan hebat seorang srikandi yang memeluk agama Islam di tangan tentera taliban beberapa tahun lalu. Gaza ibarat penjara terbuka dan terbesar di dunia. Mesir menjadi tali barut Israel dengan banyak menyekat sempadan Gaza dari dimasuki bantuan kemanusiaan. Namun setelah berhari-hari menunggu dengan penuh sabar konvoi akhirnya berjaya menerobos sempadan Gaza dan bertemu dengan penduduk Gaza.

What happen in Gaza is 10 times worst than happen in South Africa during Apartheid Regime ruled that country. Perjuangan Palestin adalah perjuangan kita dan harus digerakkan terutamanya pertubuhan masyarakat madani (Civil Right Movement) seperti ABIM, GPTD dan lain-lain Ngos.

Pertemuan ini juga disajikan dengan video "Three Uncles Go To Gaza" yang menceritakan 3 pakcik menyertai konvoi darat ke Gaza. Apa yang menarik saya apabila melihat kesedihan George Galloway dan berjanji :"I promise to bring them (Israel) to justice". Saya telah membeli Video tersebut sebagai bahan simpanan untuk kempen Palestin di Malaysia kelak. Dulu juga saya ada simpan Video Visit Palestine oleh Katie Barlow sebagai dijadikan beberapa bahan kempen - http://www.visitpalestine.info/.

'They want justice not charity', tegas Yvonne Ridley sebagai mengakhiri bicara tentang pengalaman bersama Konvoi Viva Palastina - http://www.vivapalestina.org/thealbum.htm.

Saya yakin apa yang dibuat oleh GPTD adalah sesuatu yang bertepatan. Semoga para aktivis GPTD dan hak asasi manusia akan terus bersemangat dalam perjuangan menegakkan benar. Seperti kata Michael Heart dalam Gaza Tonight - "You can burn up mosques and our homes and our schools, but over spirit never die"!

"Yvonne Ridley was arrested by the Taliban in 2001 and converted
to Islam soon after, since then becoming a prominent activist for
the rights of Palestinians, making two excursions to Gaza once by
land and once by sea to deliver vast amounts of aid, previously
working for Al-Jazeera and an associate of George Galloway".

Tiada ulasan: