Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Jumaat, Oktober 08, 2010

Sunni di Iran


Semalam 28 Syawal 1431 H, saya diminta oleh ABIM untuk menyambut dan beramah mesra bersama sekumpulan ulama daripada Institute of Islamic Studies in South of Iran (IISSI). Walaupun baru 7 hari berada di Malaysia, namun saya gagahkan diri untuk hadir ke pejabat kerana menurut hemat saya, ia merupakan satu pertemuan dijangka menarik. Bukan senang nak jumpa Muslim Sunni Iran. Biasanya kita ingat, Iran ni semuanya Syiah. Mereka beraliran Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka terdiri daripada Sayyid Ahmad Yaghana, Sayyid Muhammad Soleh Kurdin, Sayyid Abdul Karim Muhammadi dan Sayyid Ali Amini yang mengetuai pelbagai jabatan pengajian Islam. Turut hadir ialah Faroogh Rahimi, Pengerusi Persatuan Pelajar Sunni Iran di Malaysia.

Sesi interaksi bersama amat bermanfaat. Mereka berkongsi tentang perjuangan Muslim Sunni di bawah aparat pemerintah Syiah Ahamdinejad. Mereka amat senang dengan idea Revolusi 1979 namun apa yang berlaku kehidupan Muslim Sunni lebih teruk daripada zaman semasa Shah Iran ditampuk kekuasaan. Golongan Muslim Sunni mewakili 15 juta atau 20 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk Iran yang mencecah 70 juta. Namun Kerajaan Iran mendakwa jumlah Muslim Sunni hanya 5 juta. Mengapa ini berlaku?

Muslim Sunni jarang kita mendengar berita mereka mendiami di tiga buah bandar utama iaitu Hurmuz di Bandar Abbas (40%), Shiraz (10%) dan satu lagi bandar (10%) yang saya tidak sempat mencatat kerana namanya agak pelik. Namun di selatan Iran sahaja ada 600 000 Muslim Sunni. Menurut mereka lagi, jika sesebuah bandar tersebut majoriti Muslim Sunni, maka Kerajaan akan bertindak merubah struktur populasinya agar Muslim Syiah mendominasi dari segi jumlah.

IISSI ditubuhkan sejak 30 tahun yang lampau menawarkan pengajian bidang Syariah, Usul Dakwah dan Tafisr. Walaupun tidak diiktiraf oleh Kerajaan Iran, tapi meraka gigih mengembangkan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah. Bahkan menurut mereka, Kerajaan Iran tidak mengiktiraf lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia! Betul ke? Mari kita siasat. 

 

Mereka berkongsi lagi bahawa tidak semua Muslim Syiah menolak mereka, hanya yang disifatkan ‘Fundamental Syiah’ yang tidak menerima kehadiran Muslim Sunni di sekeliling atmosfera mereka.

Iran satu ketika dahulu merupakan 100 % Sunni namun landskapnya berubah apabila Kerajaan Safavid menguasai negara Parsi tersebut. Kebanyakkan Muslim Sunni bermazhabkan Hanafi dan Syafie.

Akhir perbincangan yang menarik tersebut, mereka mengajak ABIM untuk menziarahi mereka di Bandar Abbas untuk melihat sendiri suasana sebenar umat Islam di sana dan meninjau peluang-peluang penerokaan perniagaan. Bandar Abbas boleh dilawati melalui KL-Dubai-Bandar Abbas melalui jalan udara. Mari kita lihat sendiri apa yang berlaku di sana.


Tiada ulasan: