Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Isnin, April 13, 2015

Tribute Buatmu DSAI

Oleh: JUFITRI BIN JOHA
Naib Presiden ABIM


25 tahun dahulu mengingatkan saya kepada pertemuan pertama saya dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di atas pentas anugerah. Saya terpilih pada ketika itu menerima sumbangan khas DSAI untuk pelajar cemerlang 4 A UPSR kawasan Sebarang Perai. Dato’ Seri Mohd Khalil Yaakob, Menteri Penerangan (sekarang Yang Dipertua Negeri Melaka dengan gelaran Tun) yang menyampaikan sumbangan tersebut di sebuah dewan di Permatang Pauh. Ketika itu keluarga saya merantau ke Perai kerana ayah bertugas sebagai Pembantu Trafik di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Butterworth. Keluarga saya juga sempat berteduh rumah di Taman Pauh dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili DSAI semenjak 1981 sebelum kami berpindah ke tempat asal Rembau, Negeri Sembilan.

Itu pertemuan pertama dan saya masih belum mengenali susuk dan kelibat insan hebat ini sehingga saya didedahkan dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) semenjak di bangku sekolah. Ustaz Ismail Che Ku antara guru saya yang mendidik ruhani serta insan yang bertanggungjawab memperkenalkan saya dengan gerakan dakwah ABIM yang pernah suatu ketika dahulu diasaskan dan dipimpin oleh DSAI. Justeru, ketika menuntut di Sekolah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Pusat Latihan ABIM (PLA) yang kebetulan terletak berdekatan dengan SMAPK menjadi antara tempat yang saya kerap kunjungi untuk menghadiri pelbagai acara. Ketika itu saya masih lagi belum mengenali susuk peribadi DSAI kerana mungkin saya hanya mengenali ABIM dengan aktiviti dakwah dan keilmuannya sahaja.

Sehinggalah saya memasuki Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan terlibat dalam Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Di situlah saya mula mengenali figura hebat ini. Apabila terbitnya buku Gelombang Kebangkitan Asia pada tahun 1997 maka saya mula mendiskusikan buku tersebut walaupun terkadang tidak memahami perbendaharaan kata dan konsep yang mahu disampaikan seperti nahdah Asia, masyarakat madani dan lain-lain, namun saya dan teman-teman teruskan juga kerana percaya bahawa karya ini penting untuk dihadam dan ideanya datang daripada seorang pemimpin dunia Islam yang bertaraf Timbalan Perdana Malaysia.

Ketika aktif dalam golongan kiri PKPIM iaitu Kelab Pemikir Muda (KPM), kami banyak berdiskusi dan berwacana tentang idea-idea hebat untuk manfaat umat. Antara wacana dan buku yang kami angkat adalah buku Gelombang Kebangkitan Asia ini. Kami anjurkan Dialog Siswa yang bertemakan buku ini di UIA Petaling Jaya dengan membariskan pemuka-pemuka ilmu seperti Allahyarham Rustam A. Sani, Jaafar Rahim (editor buku Gelombang Kebangkitan Asia) dan seorang lagi yang mungkin sensitif untuk saya sebutkan di sini kerana tokoh tersebut merupakan teman baik DSAI yang melawan beliau pasca PRU ke-12. Biarlah ianya rahsia dan hanya diketahui oleh penonton dan penggerak program yang berada di hari kejadian tersebut. Saya tertidur mendengar perbincangan panelis kerana idea yang dikupas terlalu tinggi dan sukar difahami. Hanya selepas 10 tahun, barulah saya memahami dan ‘appreciate’ Idea yang terkandung dalam Gelombang Kebangkitan Asia. Saya menelaahnya semula selepas terjumpa buku ini di Perpustakaan Durham Library, United Kingdom ketika menyiapkan tesis sarjana yang bertajuk Critical Community Practice. Saya terasa idea seperti masyarakat madani dan karamah insaniah amat releven yang saya adunkan bersama-sama dengan idea ‘conscientization’ oleh tokoh pendidik Brazil Paolo Freire untuk menjadi ‘guiding ideas’ bagi menggerakkan kesedaran masyarakat, saya petik daripada tesis saya (2010),

“Anwar Ibrahim (1996, p.51) put forward the concept of idea of the ‘dignity of man’ which could be adapted in Islamic critical community practice. This concept illuminates about no justice can be upheld when the individual is oppressed and fundamental rights are denied him and when whole populations are trapped in war and senseless slaughter. He eventually introduces the term ‘ecumenical community par-excellence’ which is theoretically and practically suitable to be implemented as a guiding principle by Muslim community practitioners in the Malaysia context and in fact in the Islamic world. The idea actually is an adaptation from his great teacher Professor Ismail Faruqi who is a prominent Islamic thinker in United States of America in early 80. According to Faruqi, a Muslim society is just not a good, religious, peaceful and just society but ecumenical community par-excellence practice which the core principles are social justice, peace and trust.”

REFORMASI 1998

Baru sahaja saya dilantik menjadi Amir PKPIM Pusat Matrikulasi UIA, DSAI dipecat daripada kabinet atas tuduhan rasuah dan liwat. Saya mengambil alih PKPIM pada saat genting iaitu ketika hampir Reformasi dilancarkan oleh pimpinan ABIM yang diketuai Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman. Suasana agak kelam kabut kerana pimpinan utama ABIM dan PKPIM ketika itu sibuk dengan Reformasi sambil diburu oleh pihak Polis. Kami terasa terumbang-ambing bagaikan anak ayam kehilangan ibunya kerana semua pimpinan yang selama ini menjadi rujukan sudah bertebaran ke sana dan ke sini termasuk sehingga sejauh Brunei. Pimpinan utama ABIM dan PKPIM diISAkan buat seketika bagi meredakan gerakan Reformasi yang diterajui ABIM. Sekali-sekala saya menjengah ke Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara untuk mengemaskini perkembangan Reformasi 98.

Saya tidak sempat mengenali DSAI ketika berada dalam kerajaan dan hanya mengenali beliau ketika era Reformasi 98 melalui pidato-pidato dalam siri jelajah Reformasi yang menyebabkan DSAI terpaksa berehat di Sungai Buloh selama 6 tahun. Kaset-kaset ceramah Reformasi DSAI ketika itu tersebar luas setelah digandakan oleh aktivis pelajar dan Reformasi. Oleh itu, zaman-zaman senang DSAI dan era partner in nation building ABIM bersama Kerajaan tidak sempat saya lalui kecuali dua perkara saya amat ingat ketika DSAI menjadi Pemangku Perdana Menteri ialah memerangi rasuah secara agresif dan pengenalan dan penguatkuasaan laluan kuning bas di ibukota Kuala Lumpur. Reformasi 98 berjaya menyaring sahabat sejati DSAI. Hanya yang sanggup berjuang dan bersusah payah akan kekal dengan nilai persahabatan dan perjuangan. Sahabat yang opportunist beralih 360 darjah menentang DSAI dan reformasinya. Saya sempat terlibat dalam beberapa siri demonstrasi ketika itu dan merasai pengalaman unik berada dalam peristiwa bersejarah negara tersebut. Ia sebuah pengalaman berharga dan saya pelajari bahawa DSAI merupakan seorang tokoh cekal, berani dan berprinsip. Beliau tidak tunduk dengan ancaman dan tangkapan bahkan terus tegas menuntut reformasi politik dan sosial, bukan untuk dirinya semata-mata kerana beliau adalah simbol perjuangan rakyat tertindas. Dua ayat keramat yang menjadi ikutan anak muda pada ketika itu ialah ayat 54, Surah Ali Imran,



“Mereka mebuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”.

Dan kata-kata keramat DSAI dalam siri jelajah Reformasinya, “jika takut risiko usah bicara soal perjuangan”.

Reformasi bukan sekadar ikutan-ikutan dan semangat melulu semata-mata, tetapi Reformasi adalah konsep penting dalam perbendaharaan kata kebangkitan Islam dan revilitasi keimanan dan amalan Islam yang membawa perubahan ke arah kebaikan secara menyeluruh (Ahmad Azam, 2008).

Saya mengenali DSAI lebih banyak dari sumber lisan senior-senior khususnya daripada Tuan Haji Ahmad Azam dan Ustaz Siddiq Fadzil (USF). Keyakinan saya juga terhadap DSAI dalam pelbagai kes tuduhan seperti agen Amerika, liwat dan pluralisme antara lain disandarkan kepada ‘thiqqah’ (kepercayaan) USF terhadap DSAI. Selain daripada berpegang kepada prinsip ajaran Islam sebagai teras utama menanggapi isu-isu tuduhan tersebut, USF dan Tuan Haji Ahmad Azam adalah indikator utama saya dan teman-teman seperti Khairul Arifin Munir (Naib Presiden ABIM) dalam mempercayai kredibiliti DSAI tapi perlu diingat ia bukannya taqlid buta tanpa tabayyun! Pasca Reformasi 98 dan ketika DSAI merengkok dalam penjara, saya meneruskan aktivisme pendidikan politik dalam think tank DSAI iaitu Institut Kajian Dasar (IKD). Dalam IKD saya banyak memahami falsafah politik dalam merubah masyarakat yang meluaskan horizon pemikiran dan keterbukaan saya. Namun beberapa ketika saya tidak lagi aktif bersama IKD sebaliknya terus aktif dalam program pembangunan belia dan dakwah dalam ABIM yang lebih sesuai dengan jiwa saya. Oleh kerana jiwa dakwah yang masih menebal menyebabkan acapkali saya bercanggah pendapat dengan beberapa individu dalam IKD termasuk Nurul Izzah Anwar yang aktif bersama IKD pada awal penubuhan Unit Pendidikan Politik (UPP) IKD.

Sehingga ketika memberikan komenter dan review terhadap buku Izzah ‘Masa Depan Masa Kita’ (2014) di Nilai anjuran Mahasiswa Progresif (SISPRO) saya masih memberikan kritikan terhadap beberapa idea Izzah dalam bukunya atas kacamata dakwah yang sedikit berbeza dengan pendekatan politik kepartian yang kelihatan konsisten menghentam Kerajaan. Namun hentaman Izzah itu sudah tentu disandarkan atas fakta dan bukannya bukan auta. Mungkin Izzah juga ragu dengan Naib Presiden ABIM yang seorang ini yang kelihatan seolah-olah tidak jelas menyokong Pakatan Rakyat. Saya memahami kesukaran dan keperitan yang dilalui Izzah semenjak peristiwa 1998 kerana saya turut sama terlibat secara langsung. Beliau antara anak yang paling terkesan dengan peristiwa menimpa ketika hanya berusia 18 tahun (Zahiruddin, 2013). Justeru latarbelakang tersebutlah yang mewarnai watak agresif dan sikap ‘lawan tetap lawan’ Izzah terhadap Kerajaan dan UMNO sehingga beliau digelar Puteri Reformasi. Sebagai pendakwah seperti kita semua wajar bersimpati dan empati kepada perkara-perkara sebegini.

Kadang-kadang teman-teman dalam ABIM pun kurang jelas dengan pendirian politik saya. Saya prefer dengan pendirian dakwah seperti kata-kata Pak Natsir, Perdana Menteri Indonesia yang pertama bahawa dalam dakwah, semua orang adalah sahabat kecuali yang benar-benar musuh dan dalam politik semua orang adalah musuh kecuali yang benar-benar sahabat. Satu ketika saya pernah mencadangkan dalam satu pertemuan tertutup agar ahli mesyuarat turut engage dengan pimpinan muda UMNO dalam isu-isu melibatkan kepentingan nasional namun idea saya ditertawakan kerana seolah-olah saya masih menaruh dan memberikan harapan kepada UMNO.

Walaupun saya mempunyai kecenderungan politik tersendiri, saya masih selesa dengan pendekatan dakwah dan non-partisan ABIM yang meraikan pelbagai kelompok politik dan ideologi. Saya masih bukan ahli mana-mana politik termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun pernah secara langsung terlibat membantu secara langsung Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) pada 1999 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong dan PKR pada 2013 di Parlimen Batu Pahat dalam Pilihanraya Umum (PRU). Namun sokongan saya itu bukan atas dasar politik kepartian tapi atas faktor merentas kepentingan Dunia Islam dan sokongan terhadap senior-senior ABIM yang bertanding atas tiket Pakatan Rakyat.

SAYA DAN DSAI

Walaupun saya berada dalam kepimpinan ABIM dan terkanan sejak 2011 namun saya adalah antara pimpinan ABIM yang kurang dikenali oleh DSAI. Tiada satu pun gambar saya bersama DSAI dirakamkan, yang ada hanya gambar berkumpulan. Selain sifat introvert saya, mungkin sikap saya yang suka low profile dan tidak suka dikenali oleh orang high profile seperti DSAI. Mungkin dalam ABIM saya lebih banyak memainkan peranan untuk membantu program-program pembangunan belia dan masyarakat bersama Kerajaan, Kementerian Belia dan Majlis Belia yang lebih sinonim diterajui oleh sahabat-sahabat dalam UMNO dan pro-Kerajaan. Saya lebih selasa berperanan sebegitu berbanding rakan-rakan pimpinan ABIM yang lain yang terkadang kelihatan amat pro-DSAI. Sokongan dan dokongan kuat rakan-rakan ABIM terhadap DSAI menyebabkan kadang-kadang saya terkena tempias yang kuat dalam dunia pergerakan belia khususnya dalam Majlis Belia Malaysia (MBM). ABIM dibelasah teruk dalam Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang 3, Penggal 28 Tahun 2011-2012 kerana dikatakan menyokong gerakan Bersih 3.0 yang turut didokong kuat oleh DSAI dan Pakatan Rakyat. Exco MBM yang juga merupakan Presiden Majlis Belia Kedah ketika perbahasan ucapan dasar Pengerusi MPBN aka Menteri Belia menyebut,

“Beliau juga menyatakan daripada pembacaan beliau di dalam Malaysia Kini keluaran 25 April yang lalu, ABIM menyeru pencinta kebenaran agar sertai Bersih 3.0. Beliau menyatakan berlaku kekeliruan di sini kerana ABIM merupakan badan gabungan MBM tidak sepatutnya menyeru pencinta kebenaran untuk menyertai Bersih. ABIM telah memberi pandangan yang bertentangan sebagai rakan dalam MBM”. (Ku Iskandar Ku Saad, mukasurat 54).

Saya terpaksa bersilat lalu menjawab,

1.) “Beliau menyatakan bahawasanya teguran Ku Iskandar mengenai seruan ABIM kepada pencinta kebenaran untuk menyertai Bersih merupakan pandangan ABIM yang mungkin tidak benar dan mungkin juga benar.
2) Beliau memaklumkan terdapat banyak lagi perkara yang mempunyai kesepakatan diantara ABIM dan MBM. Cuma mungkin dalam isu ini sahaja. ABIM tidak bersetuju dalam hal substance, berhimpun di luar.
3) Beliau juga menyatakan terdapat beberapa perkara yang mana ABIM tidak bersetuju dengan kerajaan dan bersetuju dengan pihak-pihak tertentu.58
4) ABIM melihat ini merupakan perbincangan dan perbahasan yang sihat yang mana perbezaan pendapat ini akan mengerakkan idealisme.
5) ABIM menyatakan pendapat mereka yang tidak bersetuju dengan cara penganjur Bersih untuk menumbangkan kerajaan. Terdapat cara lain yang betul untuk membetulkan kerajaan. Tindakan menyamakan situasi di Syria dengan di Malaysia adalah salah”. (Jufitri Joha, mukasurat 57-58).


Namun Alhamdulillah saya berjaya menjawabnya dengan fakta dan hujah ilmiah. Atas jawapan yang penuh mesra itulah menyebabkan hubungan saya dengan Ku Iskandar bertambah baik bahkan beliaulah antara individu yang memberikan sokongan padu ketika saya bertanding jawatan Naib Presiden MBM sesi 2014-2016 yang lalu. Pendirian saya dan teman-teman pimpinan ABIM jelas, bak kata Presiden ABIM Cikgu Amidi Abdul Manan bahawa pendirian politik adalah pilihan masing-masing yang harus dihormati oleh setiap orang sebagaimana ABIM menghormati pilihan dan pendirian politik masing-masing. ABIM berpendirian bahawa apabila sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan belia, negara dan agama maka ABIM akan bersikap profesional dengan mengetepikan kepentingan diri dan puak untuk berkhidmat demi umat. Sebab itulah setiap program Kementerian dan Majlis Belia ABIM mendokongnya tanpa berbelah bagi dengan menawarkan khidmat idea dan tenaga bagi menjayakan setiap pelan tindakan tanpa sedikit pun ada usaha untuk mengindoktrinasi kefahaman politik ABIM kepada sesiapa pun. Saya yakin pegawai-pegawai KBS dan teman-teman MBM adalah saksi kepada sebuah kenyataan ini dan recognize bagaimana profesional dan komitednya ABIM menjayakan agenda dan program KBS dan MBM.

Sebagai contoh yang jelas bagaimana tenaga-tenaga pakar ABIM dalam Malaysian Relief Agency (MRA) dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia menjayakan idea Makmal Transformasi Pembanguan Belia 2010 dengan terealisasinya Pasukan Pemimpin Sukarelawan Muda (MyCorps) sehingga diangkat dan diberikan belanjawan khusus dalam belanjawan Kerajaan 2015. Menteri Belia KJ turut mengangkat idea ini sebagai satu alat memerangi keganasan UnIslamic State of Iraq and Syam (IS) dengan menyebarkan cinta melalui kerja-kerja kesukarelawan global persis Peace Corps America. Tenaga-tenaga pakar ini mendidik anak-anak didik batch pertama MyCorps dengan penuh komited dan close mentoring. Justeru soal loyal dan profesionalisme kepada Kerajaan dan Negara tidak menjadi isu bagi ABIM.

Namun ABIM terus dicurigai dan terus dikaitkan dengan DSAI umpama kuih cakoi yang sukar dipisahkan bak kata mereka ABIM adalah singkatan Anwar bin Ibrahim. Tan Sri Sanusi Junid yang saya temui turut mengesahkan bahawa DSAI amat suka jika akronim ABIM itu dikaitkan dengan namanya. Saya akui, selaku bekas Presiden ABIM, DSAI mempunyai niali sentimental dengan ABIM khususnya para seniornya namun terkadang pimpinan muda ABIM dibayangi oleh DSAI menyebabkan kehebatan tunas-tunas muda ABIM mengalami kegerhanaan. Kecurigaan ini juga merebak apabila pimpinan ABIM-PKPIM menguasai jawatan-jawatan terkanan MBM dalam pemilihan sesi 2014-2016 baru-baru ini. Penafian hak saya untuk menjawat jawatan Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Rembau dalam pemilihan Februari 2015 lalu pada saat-saat akhir juga adalah atas faktor DSAI. Saya wajar ucapkan terima kasih pada DSAI kerana beliau menyelamatkan saya daripada memegang beban amanah baru kerana sejak awal saya puas mencari jalan menolak untuk menerajui MBD Rembau tapi saya membuat keputusan untuk menerimanya di saat akhir atas faktor ingin menyumbang idea dan keringat di Rembau tanah tumpah ayahbonda saya selepas memenangi Tokoh Belia Negara dan Asean 2015. Namun ianya digagalkan di saat akhir. Saya rasa mungkin mereka risau kami mengABIMkan MBM dan MBD yang akhirnya menjurus kepada sokongan belia terhadap DSAI dan Pakatan Rakyat namun pendirian ABIM jelas bahawa bukan itu tujuan kami. Jika ABIM memegang jawatan dalam MBM dan MBD tujuan kami hanyalah untuk mendapat redho Allah dan berkhidmat sebaik mungkin untuk semua lapisan belia dengan meletakkan topi ABIM itu ditepi. Topi MBM dan MBD itulah yang diutamakan kerana kami bukan hanya memimpin belia yang menyertai ABIM tapi semua belia merentas agama, etnik, negeri dan fahaman politik. Justeru isu MengABIMkan itu saya secara tegas amat tidak setuju kerana menggambarkan kesempitan dalam cara berfikir dan bertindak. Saya berharap dan berazam untuk terus mendidik generasi muda dengan politik matang seperti mana yang dilaung-laungkan oleh Dato’ Saifudin Abdullah (2013) sebagai politik budi, hikmah dan ilmu. Bila cara berpolitik matang dan saling menghormati pendirian politik masing-masing maka negara akan betul-betul bersedia menjadi Negara membangun dan maju bersesuaian dengan ciri-ciri Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur.

Disebalik rasa hormat saya dan rakan-rakan ABIM terhadap DSAI namun ia tidak menghalang kami bersikap kritis terhadap beberapa pandangan dan pendirian DSAI. Paling ketara adalah isu kalimah Allah. Walaupun pandangan DSAI tidak salah kerana didokong oleh pandangan ulama-ulama mu’tabar seperti Sheikh Yusuf al-Qaradhawi dan Sheikh Wahbah az-Zuhaily namun kami lebih cenderung kepada pandangan dan hujah uruf ahl-balad (adat setenpat) yang diutarakan oleh USF di mana uruf setempat di Malaysia bahawa masyarakat Kristian tidak menggunakan kalimah Allah bagi menggantikan dan menterjemahkan ‘God’. Tambahan pula ia bukannya elemen yang fundamental dalam ajaran Kristian untuk menggunakan kalimah Allah.

Sikap hormat kritis inilah juga yang membuat kami berani menegur DSAI dalam isu paling kontroversi yang memecahkan kesatuan ABIM iaitu isu teks ucapan di London School of Economic (LSE) di London yang dikatakan berbaur pluralisme ala John Hick yang menyamaratakan semua agama. Saya terpilih berada dalam himpunan rekonsiliasi di rumah Profesor Osman Bakar di Cyberjaya di mana DSAI telah menerima teguran dan kritik khususnya daripada Haji Zaidi Kelantan terhadap teks tersebut sambil menarik balik teks tersebut daripada blog beliau. DSAI secara terbuka menyesali kesilapan tersebut. Apa yang menghairankan saya ialah sebahagian kecil sahabat-shabat ABIM terus menghentam beliau di luar walaupun mereka turut berpeluang bersama-sama mendengar dan mengkritik DSAI secara terbuka dalam majlis tertutup tersebut. Pada hemah saya, sebagai sahabat, sewajarnya mereka terus mendekati dan menasihati DSAI dan bukannya memilih jalan menghentam selumat-lumatnya di luar. Pendekatan persahabatan sejati dan rahmah kelihatan sudah hilang pada ketika itu. Saya respect pendekatan Dr. Farid Shahran, mantan Timbalan Presiden ABIM yang turut berada dalam majlis di rumah Profesor Osman tersebut, walaupun tidak bersetuju dengan DSAI tetap dengan penuh adab dan akhlak yang tinggi tidak berkofrontasi secara terbuka dengan DSAI di luar. Orang akan terus mengingati Dr. Farid sebagai pimpinan hebat dengan sikapnya yang hormat kritis yang beliau miliki. Sebagai nota tambahan, walalupun majoriti ahli dan pimpinan ABIM mendokong DSAI namun jangan lupa ada juga ahli dan pimpinan ABIM yang tidak mendokong DSAI bahkan sebahagian daripada mereka melawan DSAI secara terbuka dan habis-habisan. Itu adalah plihan masing-masing.

DSAI tidak ma’sum dan tidak perlu menyokongnya secara ta’asub seperti kata-kata Imam Malik R.A bahawa, “Setiap kata-kata manusia diambil dan ditolak kecuali kata-kata Nabi Muhammad S.A.W. Saya tidak kisah orang menghentam DSAI dalam isu-isu politik kepartian dan politik kenegaraan kerana saya sendiri dalam banyak perkara tidak bersetuju malah amat tidak bersetuju dalam banyak isu dan idea yang dilontarkan DSAI tapi bila melibatkan isu liwat dan seks saya agak tegas kerana ia melibatkan isu maruah dan kecermatan untuk masyarakat awam menilai kesahihan berita. Saya mengambil sikap tawaqquf (berdiam diri) dan bersangka baik seperti yang disarankan Imam Maraghi dalam isu ini walaupun cuba diyakinkan oleh seorang dua bekas pimpinan ABIM yang mempercayai dengan bersungguh-sungguh tanpa sedikit pun keraguan. Saya tidaklah kata DSAI itu ma’sum namun banyak keraguan-keraguan yang menyebabkan saya berpendirian untuk tidak mempercayainya bahkan menolaknya. Biarlah Allah Ta’ala yang membersihkan DSAI jika benar-benar DSAI tidak terlibat. Jauh dilubuk hati saya terfikir, seseorang yang melakukan perkara yang tidak senonoh sebegitu tidak akan ada semangat melawan yang luar biasa seperti yang ada pada DSAI kerana kebiasaannya dosa-dosa tersebut akan menghambat dan melemahkan semangat juang seseorang untuk terus bertahan dan bangkit.

Saya teringat kata-kata guru hadis saya Dr. Asri Zainul Abidin ketika berbicara tentang adab ulama hadis mengkritik perawi-perawi hadis dengan tagline ‘adil terhadap lawan dan kawan’. Walaupun ulama hadis mengkritik sifat seseorang perawi tetapi mereka tidak lupa menyebutkan kebaikan dan sifat mulia perawi di awalnya sebelum mengkritik. Mengkritik DSAI mahupun individu lain jangan sampai kita lupakan kebaikan dan sumbangan besar DSAI pada agama, bangsa dan negara sebelum ini. Bagi yang menyokong DSAI all out jangan lupa DSAI pun seorang manusia biasa, tersilap dan melakukan kesilapan. Bersikap sederhanalah dalam menyokong dan membenci DSAI. Jangan kita turut terpenjara dengan the jail of hatred and the jail of blind love. Mungkin kelihatan kasihan DSAI terpenjara secara fizikal namun lebih kasihan lagi jika ada yang terpenjara jiwanya.

PERANAN YANG LEBIH BESAR

Ketika jawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibuka untuk giliran Asia, saya antara orang yang mengharapkan DSAI memenuhi jawatan tersebut supaya nilai statesman yang ada dalam jiwa beliau dicurahkan bagi membawa kedamaian dan kemakmuran untuk dunia khususnya Dunia Islam yang dirundung malang. Sikap dan perwatakan beliau yang boleh diterima di Timur dan di Barat amat penting bagi menerajui sebuah entiti terpenting dunia. Namun idea tersebut walau didesak oleh rakan-rakan pimpinan gerakan Islam dunia tidak dibeli oleh DSAI atas faktor beliau ingin membalas jasa rakyat Malaysia yang mendokong aspirasi perjuangan beliau di Malaysia.

Cubaan yang ingin membawa DSAI ke Putrajaya juga gagal selain usaha pembentukan Kerajaan Campuran BN-Pakatan pasca PRU 13 juga gagal terealisasi bagi melihat sebuah gandingan padu demi kemaslahatan Malaysia dan Dunia Islam. Namun dengan kemasukan DSAI ke dalam penjara mengakhiri sebuah jerit pedih seorang insan yang mewarna hampir setengah abad dunia politik tanahair semenjak tahun 70an lagi. Biarlah jasad terpenjara namun ruh masih bebas sebagaimana ungkapan Imam Ibn Taimiyyah yang menganggap penjara sebagai tempat berehat. Semoga akan lahir karya-karya hebat daripada tempat pertapaan Sungai Bamboo sebagaiman lahirnya Tafsir al-Azhar dan Rasail An Nur.

TELADAN DSAI UNTUK GENERASI MUDA


Ramai anak muda yang mengkagumi DSAI sampai satu ketika sebelum era Reformasi 98 hatta bentuk cermin mata DSAI pun diikuti dan ditiru oleh anak muda. Anak muda yang penuh dengan semangat harus dibimbing dan ditunjukkan di sisi yang manakah DSAI harus diteladani oleh anak muda. Jangan hanya ditiru semangat melawannya semata-mata tanpa diteladani aspek-aspek yang lebih mendasar kepada substance perjuangan DSAI untuk menyedar dan merubah masyarakat. Melalui pemerhatian saya aspek-aspek DSAI yang wajar diteladani oleh generasi muda ialah:

a.) Aspek Keilmuan:


DSAI terkenal dengan kesungguhan beliau dengan ilmu dan mempraktikan budaya ilmu semenjak muda. Sumber lisan menyebut DSAI pada zaman mudanya sanggup berguru dan menghabiskan masa berjam-jam dengan tokoh-tokoh ilmuwan seperti Profesor Syed Naquib al-Attas berbincang soal ilmu dan perjuangan. Menurut USF dalam makalahnya yang bertajuk Intelektualisme ABIM: Menelusuri Jejak Kecendikiawanan Generasi Perintis, generasi awal ABIM yang dipimpin DSAI sudah membincangkan karya-karya penting dan besar yang berjaya memberdayakan umat. Mereka membaca dan berdiskusi karya-karya bertenaga tinggi dari dunia Islam, Barat dan Melayu meliputi tema-tema besar seperti Islam sebagai cara hidup; Barat dan Orientalisme; Tamadun Islam; Ilmu dan pendidikan; Islam dan sekularisme; Ekonomi dan keadilan sosial; Kritik sosial dan public intellectual. Mereka bukan sekadar membaca karya wajib haraki al-Banna, Syed Qutb, Fathi Yakan dan Maududi bahkan karya-karya lain oleh Kurshid Ahmad, Muhammad Asad, al-Attas, an-Nadwi, Paolo Freire, al-Faruqi, Gunnar Myrdal, dan Senu Abdul Rahman, sekadar menyebut beberapa nama-nama besar. USF dalam perbualannya dengan saya pernah menyebut bahawa DSAI ketika menghadiri persidangan gerakan Islam di Libya pernah meminta USF mencarikan karya-karya Malek Bennabi, tokoh pemikir ulung Islam Algeria untuk dibawa pulang dan dihadamkan oleh pimpinan. Ini suatu gambaran kecekalan seorang pemimpin yang melandaskan perjuangannya dan ABIM atas budaya ilmu yang tinggi.

Tradisi keilmuan diteruskan sehingga kini oleh DSAI termasuk siri-siri diskusi ilmiah oleh pemuka-pemuka Ilmuan di rumahnya seperti Sheikh Wahbah az-Zuhaily, Dr. Mustafa Ceric, Dr. Ahmad Totonji, Dr. Ibrahim Moosa dan Sheikh Ali Quradhaghi. DSAI juga bersahabat baik dengan para ulama, cendekiawan dan intelektual seperti Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, Almarhum Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki, Profesor John Esposito, Sheikh Taha Jabir al-Alwani, Almarhum Profesor Ismail al-Faruqi dan ramai lagi. Koleksi buku di perpustakaan peribadi beliau tidak kurang hebatnya juga. Ketinggian idea dan ilmu beliau juga terpancar dalam adikarya Gelombang Kebangkitan Asia dan juga siri syarahan-syarahan beliau dalam dan luar negara. Pidato beliau menurut Jaafar Rahim yang menggunakan laras bahasa yang indah, nilai retorika ilmu yang tinggi dan pemikiran yang kritis berjaya menambat hati anak muda dan masyarakat yang cintakan ilmu dan perubahan.

DSAI turut mendokong penubuhan institusi pengajian tinggi dan keilmuan Islam terpenting negara iaitu International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC). ISTAC di bawah pimpinan Profesor al-Attas ditubuhkan ketika DSAI menjadi Menteri Pendidikan dan Presiden UIAM (Wan Mohd Nor, 2012). ISTAC dengan dokongan kuat Kerajaan dan ketokohan al-Attas menjadi sebuah institusi terkemuka di dunia Islam dan Barat.

DSAI menurut Dr.Taha Jabir (2009) turut terlibat bersama-sama tokoh-tokoh dakwah antarabangsa yang lain termasuk Dr. Taha menubuhkan International Institute of Islamic Thought (IIIT) bagi mencari jalan penyelesaian terhadap krisis kemunduran umat dengan pembangunan ilmu, pemikiran dan ijtihad yang lebih luas dan fleksibel.

Inilah aspek terpenting yang amat wajar diteladani oleh generasi muda bagi menjadi reformis masyarakat yang hebat.

b.) Aspek Idea Pembaharuan dan Kepimpinan Masyarakat Majmuk:

DSAI sering tampil dengan idea pembaharuan yang menyegarkan. Esposito dan Voll (2001) menyifatkan DSAI sebagai maker of contemporary Islam dengan menyifatkan DSAI sebagai prototypical activist intellectual yang melakukan transformasi diri daripada charismatic fundamentalist kepada liberal reformer. Mungkin istilah liberal di sini perlu kepada pendefinisian jelas jika tidak ia bakal mengundang salah faham. Bagi saya DSAI sebaris dengan tokoh-tokoh pembaharu yang lain yang dituduh liberal seperti Profesor Tariq Ramadan dan Sheikh Rashid Ghannoushi namun ‘keliberalan’ mereka masih tetap berada di centris movement. Mungkin saya salah wallahu’alam.

DSAI menurut Esposito dan Voll lagi,

“Anwar Ibarahim is an action-oriented intellectual. He has played a significant role in conceptualizing and articulating the Islamic revival in Malaysia, but this has been done primarily through speeches and articles and organizational activities rather than through the writing and publication of major scholarly monographs and studies”.

Antara pembaharuan besar dalam landskap politik Negara yang dibawa oleh DSAI ialah beliau berjaya mewujudkan sistem dua parti yang kuat bagi mengimbangi dan menjadi check and balance kepada Kerajaan demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Rakyat dapat banyak manfaat daripada sistem dua parti yang kuat kerana nasib dan kebajikan mereka diutamakan kerana setiap parti berlumba-lumba berkhidmat demi rakyat. DSAI juga berjaya membentuk Pakatan Rakyat yang kuat walaupun kadang-kadang kelihatan rapuh dengan membawa DAP dan PAS duduk semeja. Melalui PKR beliau berjaya memaparkan sebuah parti berteraskan Islam dan Melayu namun dianggotai dan didokong oleh ahli daripada pelbagai latar belakang agama dan kaum. PKR merupakan model parti pelbagai kaum dan agama yang berjaya membawa pendekatan baru dalam sejarah politik Negara. Jufitri (2010) menyebut,

“By the new deal of political awareness among the people, Malaysian is entering one step ahead in the level of preparedness to become a developed country in 2020 by having two-party system just like Democrat-Republican in America and Labour-Conservative in United Kingdom.”

Allers (2014) menyebutkan dalam bukunya tentang penyaksian pelbagai pihak daripada pelbagai kaum yang menerima kepimpinan DSAI sebagai unifying factor bagi semua parti di bawah Pakatan Rakyat. Inilah yang mungkin menggerunkan Barisan Nasional (BN) yang masih dengan konsep lama iaitu parti mengikut kaum walaupun mempunyai keunikan tersendiri. Benarlah kata-kata Esposito bahawa DSAI berjaya menterjemahkan idea merentas zaman kepada bentuk tindakan praktikal iaitu Islam – Penyelesaian Terhadap Masalah Masyarakat Majmuk yang menjadi tema ucapan dasar beliau ketika memimpin ABIM seawal tahun 1977 dengan model kepimpinan politik masyarakat majmuk yang dapat dilihat pada hari ini.

Justeru generasi muda dan anak muda khususnya Muslim harus bersikap terbuka dengan mengasah kepimpinan mereka agar bukan sahaja mampu memimpin umat ijabah iaitu umat Islam tetapi juga umat dakwah iaitu umat bukan Islam sebagaimana kepimpinan Rasulullah S.A.W. yang bukan sahaja diterima umat Islam tetapi diterima oleh semua walaupun bilangan umat Islam minoriti di Madinah.

c.) Aspek Aktivisme Dalam Organisasi Belia


Ini merupakan aspek terakhir yang ingin saya pertegaskan. DSAI mendapat latihan dan pendedahan dalam organisasi belia yang luas sebelum menjadi seorang politikus yang berjaya. Pengalaman dan jaringan yang sudah dibina ini banyak membantu mempersiapkan dan memudahkan jalan beliau untuk terus memimpin Negara dan Dunia. Menurut Azhar dan Ishak (2014), selain memimpin ABIM, DSAI terlibat memimpin Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai Presiden iaitu sebuah pertubuhan payung belia terbesar dan tertua di Malaysia yang menaungi 39 pertubuhaan belia berbasiskan kepelbagaian agama, kaum, sosio-budaya, uniform dan pelajar. DSAI turut sempat menjadi AJK Asean Youth Council (1971), AJK World Assembly of Youth (1973), AJK World Assembly of Muslim Youth (WAMY, 1976-1982) dan AJK United Nations Advisory Group on Youth (1973-1974) (Esposito, 2011). Ini merupakan sebuah pencapaian di zaman muda yang amat luar biasa ketika DSAI baru sahaja menginjak umur 30an. Dibandingkan dengan pencapaian saya dalam dunia pergerakan dan pembangunan belia yang sudah menjangkau umur 35 tahun, saya hanya baru berjaya menjadi Naib Presiden ABIM, Naib Presiden MBM, dan baru berjinak-jinak dengan Persatuan Belia Asia Tenggara (CAYC) dan Asean Youth Council (AYC). Dengan penglibatan dan keprihatinan DSAI bukan sahaja nationwide bahkan worldwide menyebabkan beliau disebut oleh Morais (1984) sebagai seorang bersifat internationalisme selain keprihatinan yang tinggi kepada umat Islam di seluruh dunia.

Namun abang Bahrin, seorang aktivis tegar PKR sebut pada DSAI cuma lebih saya sedikit daripada DSAI dalam dunia belia ini ialah saya mendapat anugerah Tokoh Belia Negara dan Asean 2014, itu sahaja yang saya menang sedikit. Namun saya dan DSAI jika dibandingkan umpama langit dan bumi.
Hayatilah pesanan DSAI kepada para belia sempena Perhimpunan Hari Belia Negara 1996 di Stadium Negara untuk kenang-kenangan pergerakan belia Negara,

“Belia perlu muncul sebagai pembela bangsa dengan menjadi penegak keadilan dan makruf menentang kemungkaran dan kezaliman. Pertubuhan belia harus memikirkan cara terbaik mengukuh jentera bagi menuju ke arah baru perjuangan yang menuntut persiapan bersungguh-sungguh. Generasi belia harus menggerakkan zaman dan generasinya sendiri dengan berbekalkan ilmu pengetahuan, akal budi yang kuat, tekad budaya serta keazaman yang mampu menghadapi cabaran”.

Pesan saya pada generasi muda, binalah kekuatan akar umbi kepimpinan anda dengan menyertai organisasi belia yang banyak melahirkan tokoh-tokoh Negara hebat seperti DSAI, Saifuddin Abdullah dan lain-lain.

WACANA PASCA ANWARISME

Saya perlu akui bahawa saya antara anak muda yang terinspirasi dengan karisma DSAI. Namun saya lihat DSAI tidak mewariskan secara spesifik bakat dan karisma kepimpinan kepada mana-mana protégé muda. Selepas DSAI dipenjara buat sekelian kalinya dan dengan umur menjangkau lebih 70 tahun maka sewajarnya wacana baru pasca Anwarisme dibincangkan oleh generasi muda bagi merangka rangka perjuangan masa hadapan. Inti perjuangan bertindak demi keadilan dan kebenaran harus diteruskan dan ketidakadilan menurut Pujangga Muhammad Iqbal hanyalah boleh ditangani dengan pendidikan dan wacana, “The best way to fight against injustice and oppression is through education and discourse”. Wacana itu ialah wacana pasca Anwarisme. Terpulang pada kita semua untuk melanjutkan wacana ini. DSAI akan terus menjadi legend dan jasa beliau akan dikenang oleh lawan dan kawan serta tersemat rapi dalam lipatan sejarah. Terima kasih DSAI, semoga Allah mengampuni dosa kita semua dan DSAI. Salam simpati saya buat Kak Wan, Nurul Izzah dan keluarga.

RUJUKAN

Ahmad Azam Abdul Rahman (2008) Memimpin Belia Islam Menangani Globalisasi & Hagemoni, Kuala Lumpur: Blue-T Publication Sdn. Bhd.
Anwar Ibrahim (1997) Gelombang Kebangkitan Asia, Kuala Lumpur: DBP.
Allers, C. (2014) Anwar Ibrahim Evolution of A Muslim Democrats, Singapore: Monsoon Books Pte Limited.
Esposito, J.L. & Voll, J.O (2011) Makers of Contemporary Islam, Oxford: Oxford University Press.
Jufitri Joha (2010) Critical Community Practice (Kertas Kerja).
Laporan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang 3 Penggal ke-28 Tahun 2011-2012, http://mpbn.kbs.gov.my/Laporan%20MPBN%20S3P28%20t.pdf (diakses Februari 2015).
diakses
Mohd Azhar Bahari & Ishak Saat (2014) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1971-2004, Batu Pahat: Penerbit UTHM.
Morais, J.V. (1984) Anwar Ibrahim Cekal dan Tabah, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.
Nurul Izzah Anwar (2014) Masa Depan Masa Kita, Shah Alam: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Reformasi Belia, Majlis Belia Malaysia (MBM), Kuala Lumpur: Hiliran Kreatif (M) Sdn. Bhd.
Saifuddin Abdullah (2013) Memacu Transformasi, Shah Alam: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Siddiq Fadzil (2014) Intelektualisme ABIM: Menelusuri Jejak Kecendekiawanan Generasi Perintis. (Kertas Kerja).
Taha Jabir al-Alwani (2009) At Ta’lim Ad Dini Baina At Tajdid wa At Tajmid, Kaherah: Darul Salam
Wan Mohd Nor Wan Daud (2012) Rihlah Ilmiah Wan Mohd Nor Wan Daud Dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu Kontemporer, Kuala Lumpur: UTM-CASIS & INSIST.
Zahiruddin Zabidi (2013) Cerita Kak Wan, Citra Pesona Seorang Wanita, Creative Eclectic.

An Excerpt from Jordan Presentation



Innovation in Youth Association and Youth Work.

The emergence of the millennial generation, who was born between 1978 and 2000, make youth work become more relevant and challenging. The millennial becoming the biggest and significant age cohort nowadays in the history of the world. According to Greenberg and Weber (2008) these young people are smart, well educated, open minded and independent and could be labelled also as startup generation. It is not an easy task to deal with them and need sort of ‘radical innovation change’ in youth worker style and approach to ensure the success in develop and unleash their potential. In short the element of innovation should be adopted by the youth worker. This generation practices what we call it as a personal democracy. The rise of individual power becoming one of the 4 global trends as mentioned by the Special Advisor for United Nations Secretary General on Youth Matters during the last December Conference in Azerbaijan.

Innovation according to business dictionary is defines as translating a good ideas into a product or service that have value for which customers will pay. Innovation synonymous with business however it could be adapted into youth work as generating new ideas to be translated as a good product and service that will attract our young people to join. Innovation for the purpose of youth association and youth work means develops the capacity of youth and youth workers for original ideas and action and foster creative achievement that adds value to the quality of work and product (National Youth Agency). Youth associations are in dire need of the power of innovation to avoid them become obsolete in the eye of the millennial since them reluctant to join any youth associations. People and their organizations are largely to preserve and protect the status-quo and refuse to venture into new and fresh ideas (Zeldin, Camino & Mook). Professor Azimi, Turiman and Ezhar (2002) once said that among the factor of youth associations become so weak and dull due to the failure of generating more quality and interesting activities.

Nowadays people talking about social innovation which gaining momentum everywhere that challenges conventional wisdoms about how and why we do things. According to The Centre for Social Innovation Toronto, social innovation refers:

“..new ideas that resolve existing social, cultural, economic and environmental challenges for the benefit of people and planet. A true social innovation is system-changing – it permanently alters the perceptions, behaviours and structures that previously gave rise to these challenges” (Garabaghi, 2013).

Social innovation from my perspective, means using creative and innovative ways other than traditional ways to solve social problems including youth issues and problems. An example of social innovation ecosystem which youth association can apply is start-up. Startup is a concept of small business that can solve the social problem among youth while at the same time could generate income for them. This is also a model for innovation used by Israeli government which make its economy booming and miracle (Senor & Singer, 2011). In Malaysia, the Government established Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) to catalyse the entrepreneurial ecosystem by developing high growth startups that will make a positive impact regionally and globally. MaGIC and startup are kinds of social innovation should be imitated by the youth associations to solve unemployment issue among youth together with other social issues related to youth. This is something that youth leader and youth worker should think of if they wish to remain relevant and survive in the era of the millennial. Youth want their issues to be addressed and solved in a creative and innovative ways. Many youth issues could be solved if innovation is the main ingredient.

The adoption of innovation is crucial in youth associations and youth work. Zeldon, Camino and Mook (2005) did discuss the challenge of adopting innovation in organization specifically in introducing an innovative model likes Youth-adult Partnership (Y-APSs) which promotes Positive Youth Development (PYD). At initial stage, it requires understanding and political will from the leaders in youth association and youth work in order to gain clarity and consensuses to start implement it.

National Youth Agency (NYA) UK had produced a good research on Innovation in Youth Work. NYA defined precisely the meaning of innovation in the light of youth work, described a typology of innovation, gave examples of innovation, identified drivers of innovation, exemplified applications of innovation, enlisted factors influencing innovation, managing innovation and its consequences and proposed strategy and role of NYA. In conclusion innovation in youth work is to add value and enhance professionalism.




Analisis Awani: Masyarakat sivil bantah IS & Solidariti untuk Syria

Temuramah Analisis Awani untuk Promosi Program MBM bersama Presiden MBM dan Naib Presiden MBM

Link: http://www.astroawani.com/videos/show/analisis-awani/masyarakat-sivil-bantah-solidariti-untuk-syria-54357




Jumaat, Mac 13, 2015

Usrah Kubro Siri 6 The Thinkers @ APIUM


Usrah Kubro Siri 6 selesai !

Pagi tadi kami berbincang mengenai falsafah pendidikan menurut pandangan 'alam islam, maqasid syariah dalam pendidikan, dan meninjau sistem pendidikan Finland yang dikatakan sistem terbaik dunia (dari buku The Finnish Lessons).
Pendidikan melahirkan jiwa, bukan sekadar intelek.

Excellent without soul.
Literate but uneducated.

Kata Abang Jufitri dan kami sendiri, masih ada beberapa perkara yang tidak disentuh pagi tadi seperti pendidikan al-hikmah, ulul albab, falsafah pendidikan kebangsaan, islamization of knowledge, model sistem pengajian islam. Ada juga peserta yang demand ‪#‎loveofwisdom‬ 2.0 untuk bincang pasal ni.
7 April nanti, Menteri Pendidikan bakal membentangkan Pelan Pendidikan Tinggi Nasional. Sama-sama kita nantikan !

Beliau juga menjemput semua hadir ke Diskusi Buku 'Memupuk Insan Seimbang' karya Prof Zulkifli Abd Razak pada 1 April nanti di Pejabat Majlis Belia Malaysia, Cheras.

Teruskan pembudayaan ilmu. Teruskan membaca buku-buku berpotensi tinggi. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang hadir tadi.

‪#‎UsrahKubro6‬

Catatan dan Sumber: Facebook The Thinkers

Analisis Awani 9 MAC 2015 / 18 JAMADILAWWAL 1436 H : Belia Pemangkin Komuniti ASEAN


Link : http://www.astroawani.com/videos/show/analisis-awani/belia-pemangkin-komuniti-asean-52460

Rabu, Mac 11, 2015

December Speech During Book Launching



SPEECH OF APPRECIATION
20 DECEMEBER 2014 / 27 SAFAR 1436 H
International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS)


Assalamualaikum w.b.t.

Very good morning,

1. Mr Chairman, Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

2. Profesor Hashim Kamali
Director International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS),

Our honourable guest Emeritus Professor Datuk Dr. Osman Bakar
Chair Professor and Director of Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Centre for Islamic Studies (SOASCIS) Universiti Brunei Darussalam.

Respected guests, ladies and gentlemen, our young people, brothers and sisters.

On behalf of President of Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM), Mr. Amidi Abdul Manan I would like to welcome all of you to our public lecture and book launching today. Mr. Amidi is currently in Bangi officiating another important programme of ABIM and will later on join us in the middle of our programme.
First of all, we would like to reserve our special thanks to Professor Osman Bakar for inviting us to co-host this historical moment together with IAIS. We are indeed honoured to host and organize a lecture for a global muslim scholar, thinker and intellectual like Profesor Osman who is also included once as the five hundred most influential Muslims.

Secondly our special thanks also go to IAIS for their supportive effort to co-organize this program together with ASASI, IBT and AKK. I think this the fourth and fifth programmes that we have the opportunity to co-organize with IAIS including Dr. Jasser Auda’s workshop and the latest postponed programme with Professor Tariq Ramadan. It symbolizes a good combination between the adult and youth, academician and activist and researcher and advocate. We do hope that this corroboration with prolonged in the future for the benefit of ummah at large.

Professor Osman is going to talk about Islam and the Future of Human Civilisation and it come at the right time to address the Muslim world on the real jihad to ignite social change and develop civilisation for the betterment of ummah. Nowadays a few of the Muslim tends to narrow down the term of jihad and limited it only to carry arms and weapon in battle field as some of the Malaysian young people joined ISIS in Syria. We should instead focus our strength and top priority to reinvigorate our glory civilisation in the Muslim world especially in Malaysia which based on the knowledge culture as mentioned by Professor Osman in the early chapter of the book. Professor Osman also allocates a special chapter illustrating the golden age of science in Andalus and it reminds us to Almarhum Sheikh Muhammad al-Ghazali which described Malaysia as the second Andalus.

Therefore this subject matter is essentially and extremely important nowadays to be discussed and I believe Professor Osman with his futuristic thinking and social imagination will guide us practically on how to build up human civilisation based on Islamic reference in the future which is the only solution for the turbulence endured by world residents.

With his title as the public intellectual activist and his vast experience locally and internationally will offer us insightful and powerful ideas in this subject matter and inspiring our bright young people to follow the footstep of Professor Osman in becoming a contributing great scholar that benefit the ummah.

Finally ABIM will remain committed in the intellectual agenda and we would like to record our deepest and heartfelt congratulation to Professor Osman for this publication. ABIM is really proud to have our former senior like Professor Osman and I pray to Allah that this book Civilisation and the Modern World will benefits us most.

With that, I thank you.

JUFITRI JOHA
Vice President of ABIM

Ahad, Mac 08, 2015

Jom Sertai

NOTA DISKUSI ‘ROADMAP ASEAN COMMUNITY POST 2015’ 7 MAC 2015



ASEAN merupakan antara wilayah kerjasama serantau yang dikiranya antara yang berjaya di dunia di sebalik pelbagai cabaran dan halangan yang ditempuhi oleh anggota-anggotanya. Asia Tenggara berbeza dengan rantau Eropah kerana ia dihuni oleh kerencaman 620 juta penduduk yang berlainan bangsa, etnik, agama dan budaya namun usaha ke arah integrasi dan satu identiti umum giat diusahakan oleh anggota ASEAN untuk mewujudkan satu kerjasama mantap yang menyumbang ke arah sebuah rantau yang stabil, aman dan makmur.

ASEAN telah memperkenalkan dan merintis jalan ke arah Komuniti ASEAN 2015 bagi merealisasikan agenda yang penting ini. ASEAN telah memasuki fasa dan era baru dengan kepimpinan signifikan pada tahun ini oleh Malaysia. Justeru ‘roadmap’ pasca 2015 harus dirangka dan dimantapkan di atas tiga sendi utama Komuniti ASEAN 2015 iaitu 1.) Politik dan Keselamatan 2.) Ekonomi dan 3.) Sosio-Budaya bagi memastikan usaha berterusan ke arah merealisasikan Komuniti ASEAN yang padu. Malaysia telah diberikan mandat untuk merangkan ‘roadmap’ ini. Selaku majoriti penduduk ASEAN iaitu 60 peratus dikuasai oleh penduduk di bawah 35 tahun ke bawah dan bersesuaian dengan tema ‘ASEAN People Centred’ maka menjadi tanggunjawab generasi muda berpartisipasi memberikan idea, pandangan dan tenaga ke arah memastikan kesinambungan Komuniti ASEAN.

MBM dan CAYC mengambil inisiatif proaktif bagi memfasilitasi pertemuan untuk generasi muda Malaysia memberikan pandangan pada pihak Kerajaan melalui Wisma Putra berdasarkan aspirasi dan citra generasi muda Malaysia untuk melihatkan Komuniti ASEAN Pasca 2015 dan kehadapan. Pada pertemuan ini MBM dan CAYC berhasrat memfokuskan sendi pertama Komuniti ASEAN iaitu Politik dan Keselamatan namun dua lagi sendi iaitu Ekonomi dan Sosio Budaya turut boleh disentuh dan diselitkan.

Sendi Politik dan Keselamatan merangkumi tema seperti Mempromosi tata kelola yang baik (good governance); Perlindungan dan promosi hak asasi manusia; Memerangi rasuh; Penegakan prinsip demokrasi; dan Peningkatan partisipasi pemegang taruh dan pihak berkepentingan khususnya generasi muda dalam hal ehwal politik ASEAN.

Semoga forum ini yang diusahakan oleh MBM dan CAYC ini akan akan meningkatkan ruang dan peluang generasi muda Malaysia berpartisipasi dalam perbincangan-perbincangan penting seumpama ini serta akan lahir idea-idea yang bernas dan kreatif yang menyumbang ke arah sebuah rantau Asia Tenggara yang makmur dan ASEAN yang benar-benar berpaksikan ‘people and youth oriented’.

JUFITRI JOHA
Naib Presiden MBM

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Catatan Perbincangan oleh Ketua Penerangan MBM, Saudara Rizan Hassan


PERSIDANGAN MEJA BULAT KOMUNITI POLITIK KESELAMATAN ASEAN PASCA 2015
01.
Berikut adalah beberapa input atau dapatan yang sempat saya catatkan untuk perkongsian semua:
02.
Malaysia perlu memperkukuhkan perancangan, kerjasama, serta perkongsian risikan bersama anggota Asean secara proaktif, bersesuaian dengan peranannya selaku pengerusi Asean mulai 2015.
03.
Landskap dunia tanpa sempadan kini menuntut semua negara bekerjasama dalam menangani isu-isu keselamatan.
04.
Landskap keselamatan, ketenteraan global hari ini menuntut kita di Malaysia tidak boleh wujud dalam suasana keseorangan. Dunia tanpa sempadan boleh membawa ancaman kepada negara berdaulat dan merdeka yang menuntut kita untuk bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan.
05.
MBM berpendapat bahawa yang penting isu kerjasama rapat ini tidak dipolemikkan, dipolitikkan serta disensasikan sehingga boleh menjejaskan persepsi orang ramai. Tanpa kerjasama itu, negara Asean termasuk Malaysia juga berkemungkinan menerima nasib sama seperti negara bergolak di Asia Barat dan Ukraine.
06.
MBM juga merasakan isu amat penting ketika ini adalah isu-isu keselamatan serantau. Isu keganasan di Selatan Thailand, Kepulauan Mindanao di Filipina serta keganasan terhadap warga Rohingya di Myanmar masih menjadi bualan antarabangsa dan perlu penyelesaian segera.
07.
Isu mutakhir pula berkaitan dengan perkembangan sosiopolitik dunia seperti kewujudan kumpulan ekstrem serta isu pengedaran dadah dan pemerdagangan manusia.
08.
Motif pencerobohan Lahad Datu dikatakan berhubung kait dengan cita-cita menuntut hak ke atas Sabah. Sekiranya andaian itu benar, ia bererti kepemimpinan ASEAN harus berdepan dengan satu lagi isu tuntutan sejarah lalu yang dilakukan menerusi keganasan.
Tiga cabang Komuniti ASEAN

1. Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN
~masih menekankan kewujudan norma dan nilai bersama bagi memastikan jaminan kesinambungan kestabilan politik dan hubungan antarabangsa. Nilai keadilan, demokrasi dan pemerintahan terbaik diterapkan.

2. Komuniti Ekonomi ASEAN

~akan menarik negara ahli untuk sama-sama meningkatkan pembangunan modal insan, teknologi maklumat dan komunikasi, pengurangan kemiskinan, pelaburan luar dan meningkatkan kualiti hidup. Fokus adalah jelas kepada isu pembangunan ekonomi.

3. Komunikasi Sosio-Budaya ASEAN
~memperlihatkan suatu bentuk transformasi. Pertama, prinsip hak asasi manusia dimasukkan ke dalam Piagam ASEAN yang membolehkan penubuhan satu badan hak asasi manusia ASEAN. Kedua, ASEAN menggalakkan pembabitan masyarakat sivil khususnya dalam mewujudkan badan hak asasi manusia itu. Pembabitan masyarakat sivil akan mengabsahkan ASEAN menerusi penerapan norma dan prinsip demokrasi bagi memastikan kerajaan bertanggungjawab kepada rakyatnya.
Tahniah kepada MBM dan CAYC di atas sesi ini.

KETUA PENERANGAN MBM
7.3.15

Khamis, Mac 05, 2015

Usaha Melahirkan Bakat Kepimpinan Muda Umat

Muslim Youth Movement (MYM) South Africa – Gerakan Dakwah di Bumi Afrika Selatan


Oleh : JUFITRI BIN JOHA
Seperti Tersiar di Majalah al-Ustaz Volume 4 No. 35


Beberapa ketika dahulu, saya tiba di Lapangan Terbang King Shaka Durban Afrika Selatan dalam keadaan cuaca yang agak buruk, terhuyung hayang dibuatnya apabila kapal terbang Emirates EK 775 cuba membuat pendaratan. Syukur apabila kapal terbang dapat mendarat dengan selamat. Saya hadir di bumi Durban setelah 18 tahun dasar ‘apartheid’ atau ‘the status of being apart’ ditamatkan secara rasmi dan sepenuhnya ketika zaman Nelson Mandela memimpin kemenangan African National Congress (ANC).dalam pilihanraya 1994.

Kedatangan saya adalah mewakili ABIM dalam kerangka memenuhi undangan Muslim Youth Movement of South Africa (MYM) merayakan sambutan 40 tahun penubuhannya. Agak signifikan kehadiran saya kerana MYM sebaya dengan ABIM dan hubungan dakwah dan ukhuwwah antara kedua-dua organisasi sudah terjalin semenjak tahun 70an lagi. Tugasan saya adalah memperhangatkan semula hubungan dakwah untuk 40 tahun yang berikutnya.

Sebagai pemerhati luar, saya cuba menilai prestasi dan pencapaian MYM di persada dakwah Afrika Selatan agar dapat dipelajari sesuatu bagi memperkayakan khazanah dakwah khususnya untuk Malaysia. Mungkin ada sesuatu yang boleh saya bawa pulang bagi memperkukuhkan kesuburan aktiviti dakwah dan perjuangan di Malaysia.

MYM merupakan sebuah organisasi dakwah yang tidak dapat dinafikan sumbangan besar dalam menyemarakkan dakwah di Afrika Selatan. MYM banyak melahirkan mukmin profesional penting yang berperanan di segenap sektor bukan sahaja dalam negara bahkan bertebaran atau intasyara di seluruh dunia sejauh Amerika Syarikat, Ireland dan New Zealand Saya lihat ada yang jadi wartawan, intelektual, ahli parlimen, duta, guru, pemimpin Ngo, ahli perniagaan, akauntan, pensyarah, aktivis sosial dan banyak lagi profesyen yang penting.

Namun begitu, sumbangan yang paling penting dan besar bagi MYM ialah terlibat bersama-sama menentang rejim apartheid Afrika Selatan yang banyak menindas dan mendiskriminasi rakyat berkulit hitam dan selain kulit MYM. Oleh kerana ahli-ahli MYM banyak terlibat dengan banyak gerakan pembebasan, MYM mengambil sikap tidak menyatakan sokongan langsung kepada mana-mana gerakan pembebasan termasuk kepada ANC di bawah pimpinan Nelson Mandela dan sayapnya United Democratic Front (UDF) walaupun didesak oleh segelintir ahli-ahli MYM.

Melalui lidah penerbitannya akhbar Al-Qalam, MYM lantang menyatakan pendirian kepada kezaliman regim apartheid sehingga menyebabkan AL-Qalam ditekan, diberi amaran keras, dirampas dan hampir-hampir sahaja diharamkan seterusnya terkubur. Namun berkat kegigihan pejuang-pejuang kebenaran, Al-Qalam terus bertahan dengan mencabar kesahihan pengharaman mereka melalui bantuan International Legal Defense Fund dan Peguam Gilbert Marcus dan akhirnya mereka berjaya. Editor Al-Qalam dengan lantang menyatakan,

“If calling for the end of apartheid and the upholding of human rights is deemed subversive by the apartheid state, then Al-Qalam stands proud in the struggle to end this pernicious and ungodly system. We reiterate our stand that we submit and obey the commands of God and unequivocally reject and ignore the laws of the oppressive and illegitimate apartheid government”.

Kerana ketegasan ini, tidak hairanlah Al-Qalam masih terus bertahan semenjak 1974 sehingga kini dan dari segi sejarahnya Al-Qalam banyak berperanan menjadi sumber berita dunia Islam, aktiviti-aktiviti MYM dan sudut pandangan Islam kepada umat Islam Afrika Selatan ketika ledakan internat masih belum berlaku. Setelah apartheid berkubur, perjuangan MYM dipanjangkan dan diteruskan bagi menamatkan satu lagi penindasan yang lebih dasyat iaitu dasar regim Zionis ke atas Palestin seperti yang disifatkan oleh Pengerusi ANC, Baleka Mbete setelah melawat Palestin sebagai “…Israeli regime is not only comparable but far worse than Apartheid South Africa”.

Satu lagi pencapaian MYM di persada dakwah ialah, keberhasilan mereka mengintegrasikan Islam ke dalam masyarakat pribumi iaitu kaum Zulu. Islam di Afrika Selatan satu ketika dahulu hanya sinonim dengan masyarakat India dan Melayu yang berhijrah ke sana. Atas kesedaran bahawa masa depan Islam di Afrika Selatan adalah di tangan kaum pribumi Afrika, MYM mula memfokus radar kaderisasinya pada tahun 80an kepada kaum ini. Kemuncak kejayaannya apabila MYM berjaya menobatkan Tahir Sitoto sebagai Presiden MYM pertama di kalangan kaum pribumi Afrika pada 1990 dan diikuti seterusnya oleh Saiyed Salman Letlatsa pada 1996 serta Presiden terkini MYM Thandile Kona yang saya temui di Afrika Selatan baru-baru ini dan dating ke Malaysia atas undangan ABIM dalam program World Conference on Islamic Resurgence 2013.

Arkitek utama kepada usaha ini dipelopori aktivis MYM Imam Essa Al Seppe yang amat gigih selama hampir dua dekad membawa sinar hidayah kepada kaum pribumi Afrika sebelum dijemput Tuhan menghadapNya pada 2002. Imam Essa merupakan ‘unsung hero’ seperti kebanyakkan pejuang-pejuang agama yang lain yang tidak terkenal namun membawa impak besar dalam medan dakwah kerana kegigihan dan keikhlasan mereka sehingga Afrika Selatan menyaksikan intipati ajaran Islam amat cepat berkembang di kalangan kaum pribumi Afrika. Selain itu Imam Essa juga gigih menutup jurang sosial antara Muslim Asia dan Muslim Afrika supaya berlaku integrasi yang akhirnya menyumbang kepada keutuhan dan perpaduan umat Islam di Afrika Selatan.

Kewujudan Muslim Afrika sudah dikenalpasti semenjak abad ke-19 dengan ketibaan komuniti Zanzibari sekitar 1873 dan 1880 di Durban dan migrasi buruh Malawi ke sini dan 1970an dan 1980an merupakan detik penting perkembangan belia Afrika memeluk Islam.

Juga tidak boleh dinafikan sumbangan MYM dalam menghakupayakan (empowerment) kaum wanita Islam dalam masyarakat Islam Afrika Selatan seperti memperjuangkan penyertaan wanita dalam aktiviti-aktiviti dakwah, pengimarahan masjid termasuk menubuhkan gerakan dakwah sendiri khusus untuk wanita. MYM berjaya mengangkat martabat wanita Islam dan memberikan imej positif bahawa Islam amat membela hak dan nasib kaum wanita yang dipinggirkan selama ini oleh aliran pemikiran lama. Sudah tentu perjuangan ini tidak mudah kerana ia mendapat tentangan sengit khususnya daripada sebahagian golongan ulama yang berifkiran konvensional pada ketika itu. MYM memberikan ruang yang amat selesa kepada kaum wanita untuk berpartisipasi termasuk mencatat sejarah tersendiri melantik Fatima Noordien sebagai ahli jawatankuasa MYM pertama di kalangan wanita di peringkat nasional pada 1989 dan mengangkat agenda wanita Islam melalui ‘Women’s Rights Campaign’ pada 1990 di perhimpunan agungnya.

MYM juga merentasi zaman perjuangan dan liku-liku cabaran hampir sama dengan apa yang dialami oleh ABIM di Malaysia. MYM dan ABIM ibarat meminjam kata-kata George Bernard Shaw, “two nations divided by a common language”. MYM dan ABIM ibarat dua pertubuhan dakwah di dua benua namun berkongsi aspirasi perjuangan yang sama cuma berbeza cara dan suasana.

Ebrahim Jadwat, Presiden MYM kedua daripada 1975 sehingga 1977 yang merupakan rakan seperjuangan Anwar Ibrahim ketika memimpin ABIM ketika cuba mengimbas sejarah kegemilangan MYM sekitar zaman 70an dalam buku kenang-kenangan sempena sambutan 40 tahun MYM menyebut bahawa kewujudan MYM amat signifikan dalam mengisi ruang-ruang dakwah yang kelihatan ada vakum pada ketika itu. Walaupun ada jagoan pendakwah seperti Ahmad Deedat di Durban pada ketika itu, namun fokus Deedat lebih ‘destabilizing the Christian message’ melalui debat-debat beliau dengan pemuka-pemuka Kristian. Pertubuhan Tabligh juga sudah ada namun dakwah mereka terhad kepada Muslim sahaja.

Justeru atas semangat merevivalisasi ruh ajaran Islam kepada belia dan komuniti, mengekang fahaman Marxisme serta memperjuangkan keadilan sosial, sekumpulan anak muda Afrika Selatan tampil menubuhkan MYM pada November 1970 di Orient Hall Durban. Tanpa menoleh lagi, aktivis MYM terus gigih menyampaikan dakwah dengan mengangkat tema-tema penting seperti ‘Islamisasi ilmu’, ‘kepimpinan umat’ berwawasan’, ‘tradisi mendidik umat’ dan ‘dinamika ajaran Islam’.
MYM juga menerima sentuhan kesarjanaan daripada Profesor Fazlur Rahman yang banyak mencorak pemikiran dan hala tuju aktivis MYM. Prof. Fazlur merupakan intelektual dunia Islam yang berpengaruh yang juga banyak mencorak pemikiran aktivis dakwah di Malaysia tidak terkecuali ABIM. Oleh itu, kebangkitan yang dicanangkan oleh MYM bukan sekadar hanya semangat kepemudaan semata-mata tapi dipandu dan diasaskan atas bimbingan dan budaya ilmu daripada pemuka-pemuka Ilmu terkemuka dunia Islam.

MYM tidak terkecuali menerima sentuhan emas aktivis dakwah antarabangsa yang menuntut di Amerika Syarikat juga sebagaimana yang dilalui oleh ABIM seperti Ahmed Sakr, Ahmad Totonji dan Dr Jamal Badawi. Pertalian dan perhubungan ini akhirnya membawa MYM ke pentas dakwah antarabangsa seperti Islamic Federation of Students Organizations (IIFSO), World Assembly of Muslim Youth (WAMY) dan the International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang diasaskan oleh almarhum Dr. Ismail Al-Faruqi. Di pentas ini jugalah pertemuan dan perkenalan antara MYM dan ABIM berputik sehingga ia membeku seketika selapas era kepimpinan ABIM di bawah Ahmad Azam Abdul Rahman.

MYM terus mengorak langkah cemerlang dengan memberikan banyak sumbangan besar seperti bertanggungawab menjadi nukleus kepada tertubuhnya dan bergeraknya South African National Zakah Fund, Islamic Medical Association of South Africa dan As Salaam Educational Institute.

Sebagai pemerhati sambutan 40 tahun MYM, saya dapat melihat satu perubahan yang kurang menyenangkan bahkan membimbangkan. Saya mendapati aliran pemikiran feminisme dan liberalisme sudah menyusup masuk ke dalam kepimpinan baru MYM walaupun golongan senior masih kekal dengan acuan wasatiyyatul Islam dan pemikiran pembaharuan haraki oleh Imam Hasan al Banna, Sheikh Syed Abul ‘Ala Mawdudi dan Ali Shari’ati yang diperjuangkan semenjak 1970. Golongan kepimpinan muda terpengaruh dengan pemikiran liberal dan feminisme yang dipelopori oleh Prof Aminah Wadud yang pernah menggemparkan dunia Islam apabila mengimamkan solat Jumaat di New York pada 2005 dan Fatima Mernissi, aktivis feminis Arab dari Morocco. Jelas fahaman ini diberikan ruang oleh kepimpinan muda MYM dan antara tajuk pembentangan dalam seminar sempena sambutan 40 tahun MYM yang lepas ialah Islamic Feminisme yang bagi saya secara peribadi menganggap amat tidak sesuai dengan acara sambutan. Jelas pembentangan tajuk ini juga mendapat komen tegas dan teguran daripada Dr Shaukat Ali Tokan, mantan Presiden MYM 1977 sehingga 1979 yang turut hadir ketika seminar tersebut berlangsung dengan menyatakan bahawa Islam sudah lengkap memperjuangkan hak-hak wanita dan MYM tidak memerlukan perjuangan berunsurkan Islamic feminism. Jelas di sini, terdapat pertentangan jelas antara ‘kaum tua’ MYM dengan ‘kaum mudanya’.
Gerakan feminisme di Afrika Selatan ini setelah saya semak sudah terangkai dalam gerakan emansipasi wanita global iaitu Musawah Movement yang turut disertai gerakan feminisme Malaysia.

Perkembangan terbaru yang berlaku MYM adalah agak membimbangkan dan jika kepimpinan muda MYM masih kekal dengan acuan pemikiran sebegini MYM sudah tidak lagi relevan menjadi seperti yang diungkapkan oleh Na’eem Jeenah mantan Presiden MYM sebagai ‘vanguard of Islamic thought and Islamic activism in South Africa’. Mungkin ABIM ada peranan besar dalam hal menegur kembarnya MYM agar kembali ke landasan sebenar berdasarkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah dengan acuan wasatiyyatul Islam, ‘la ifrad wa la tafrid’.




Ahad, Februari 22, 2015

Program Penting GPTD

Assalamualaikum w.b.t.,

Selaku Pengerusi Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD), saya menjemput sahabat-sahabat semua ke program kami di bawah:

Selasa, Februari 17, 2015

Non-Muslims in Malaysia worry about increasing Islamization



Malaysia’s prime minister Najib Razak said the new Shariah index will measure how well the government is complying with Islamic principles in areas such as law, the economy, politics and social issues and will show the government where it can improve.

Malaysia has a dual-track legal system, with civil law governing most matters, including criminal offences, but Shariah governing family law and applying only to Muslims. Many Muslim groups want to see that change.

“We welcome the Shariah Index because our expectation is to expand Shariah to all fields we have in Malaysia, not only in the financing system, in the family matters, but to cover all aspects of daily life,” Jufitri Joha from Muslim Youth Movement of Malaysia said.

There are some moves in that direction, with the government considering creating a Shariah apex court with powers equal to the top civil court.

Meanwhile, the opposition-led state of Kelantan is aiming to implement the strict Islamic criminal code known as hudud, which prescribes punishments such as amputations and stoning. Malaysia’s ruling party said it might support the move.

This apparent trend of Islamization is deeply worrying for many, especially the roughly one-third of Malaysians who are non-Muslim.

“I think the danger many of us are feeling is whether we are welcome. I’m third generation Malaysian, and some non-Muslims are seven or eight generations. And the whole question here is this Malaysia for all, or Malaysia for some first,” a political scientist Wong Chin Huat said.

Legal experts said that to significantly expand the reach of Islamic law in Malaysia the country’s secular constitution would have to be amended. That’s not entirely out of the question, not if the ruling party and the opposition Islamist party opt to work together.

Source 1: http://www.cctv-america.com/2015/02/16/non-muslims-in-malaysia-worry-about-increasing-islamization

Source 2: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/02/17/non-muslims-cast-wary-eye-on-syariah-index/

Ahad, Februari 15, 2015

Sedutan Kertas Kerja Seminar INSIDE Anjuran Pelajar Darul Quran Kuala Kubu Bharu

Sedutan Sebahagian Kertas Kerja Seminar INSIDE Anjuran Pelajar Darul Quran Kuala Kubu Bharu
14 Februari 2015 / 24 Rabiulakhir 1436 H Jam 11.30 pagi - 1 tengahari


Mahasiswa Huffaz di antara Citra Intelektualisme dan Misi Rahmatan Lil’alamin



Oleh: JUFITRI BIN JOHA
Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
& Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


MENELUSURI JEJAK MAHASISWA ISLAM DAN ANAK MUDA PERINTIS KEBANGKITAN ISLAM 70AN

Menelusuri tradisi keintelektualan dan kebaktian generasi awal gerakan Islam suatu yang mengkagumkan. Walaupun mereka menimba ilmu secara formal di menara gading namun mereka lebih banyak belajar erti kehidupan dan perjuangan dalam bulatan-bulatan gembira aka usrah. Generasi awal ABIM menurut Dr. Siddiq Fadzil (2014) sudah membincangkan karya-karya penting dan besar yang berjaya memberdayakan umat. Mereka membaca dan berdiskusi karya-karya bertenaga tinggi dari dunia Islam, Barat dan Melayu meliputi tema-tema besar seperti Islam sebagai cara hidup; Barat dan Orientalisme; Tamadun Islam; Ilmu dan pendidikan; Islam dan sekularisme; Ekonomi dan keadilan sosial; Kritik sosial dan public intellectual. Mereka bukan sekadar membaca karya wajib haraki al-Banna, Syed Qutb, Fathi Yakan dan Maududi bahkan karya-karya lain oleh Kurshid Ahmad, Muhammad Asad, al-Attas, an-Nadwi, Paolo Freire, al-Faruqi, Gunnar Myrdal, dan Senu Abdul Rahman, sekadar menyebut beberapa nama-nama besar.

Ini suatu iltizam dan kesungguhan yang mengkagumkan di kala zaman 70an yang serba kekurangan dan kekangan mendapat bahan-bahan bacaan bermutu. Qudwah inilah yang harus diteladani sehingga mereka menterjemahkan idea-idea besar intelektualisme ini kepada tindakan dan produk praktikal yang menyelesaikan permasalahan umat. Mereka membawa perubahan sosial yang menukar landskap dakwah negara dan wajah Islam masyarakat Malaysia. Kesatupaduan antara ilmu dan bakti berjaya membawa nama mereka tercatat dalam sejarah umat. Sejarawan menulis pencapaian mereka dengan tinta emas sebagai penerus risalah perjuangan nubuwwah sebaliknya kita risau jika sejarawan masa hadapan menulis sesuatu yang tidak dapat dibanggakan selaras dengan kata-kata yang terpahat di awal buku karya Weiss (2011),

“Let not a future historian writes of us: “They were an uninspired, convictionless generation; their only monuments are the used dance coupons, the cigarette stubs and the Week-enders.”



INTELEKTUALISME DALAM PERSPEKTIF ISLAM


Sebagai mahasiswa Islam lagi huffaz, amatlah wajar sekiranya dilihat dan dinilai intelektualisme daripada sudut kacamata Islam. Dalam istilah pemikiran Islam disebut sebagai pandangan alam Islam yang bersifat rabbani dan syumul. Dengan memahami intelektual daripada pandangan Islam menjadikan kita jelas bahawa ke arah mana mahu dibawa dan paling penting mahu mengelakkan sifat tercela ‘intellectual arrogance’.

Dr. Farid Shahran (2013) merumuskan intelektual daripada sudut pandangan Islam merujuk kepada seseorang yang menggunakan akalnya, dalam takrifan yang luas, dengan bersungguh-sungguh bagi memahami hakikat-hakikat ilmiah termasuk yang berkaitan dengan kebenaran-kebenaran yang berbentuk kerohanian. Tradisi keintelektualan Islam bukan sekadar membahas disiplin-disiplin saintifik dan rasional bahkan menjangkau aspek metafizik dan agama. Islam menyepadukan antara kedua-dua elemen ini yang membezakan pendekatan dualisme yang mendasari tradisi ilmu Barat moden.

Syarah Dr. Farid lagi golongan intelektual dalam al-Quran disebut sebagai ulu al-bab yang bermaksud golongan yang mempunyai aqal. Ali Syariati menyebutnya sebagai ‘men of wisdom’ (Sabri, 2009). Terdapat banyak tempat dalam al-Quran yang menyebut terma ulu al-bab. Antara lain Allah berfirman (al-Baqarah, 2:179),


“Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa”.

Dr. Farid mengenal pasti 3 tunjang intelektualisme Islam, iaitu berpaksikan pendekatan Tauhid; Wahyu sebagai asas pengkajian ilmiah; dan Sikap hormat dan kritis terhadap ilmu asing. Nah, sekarang kita amat tercerah bahawa intelektualisme yang ditunjangi aqal sambil dipandu dengan kukuh oleh wahyu Ilahi yang mengelakkan kita berintelektualisme secara anarki, liberal, agnostik, nisbi dan ekstrim. Al-Quran memuliakan dan menyanjung akal sambil membentuknya dengan penuh keimanan (Sheikh Salah, 2013). Kekuatan aqal amat terbatas lalu wajib al-Quran memandunya seumpama hubungan pengikut dan pemimpin.

Ahad, Februari 08, 2015

Intelektualisme Mahasiswa : Satu Monumental yang Perlu Difahami


Sedutan Kertas Kerja Yang Dibentangkan oleh Jufitri bin Joha Pada 4 Februari 2015 / 14 Rabiulakhir 1436 H di Dewan Malaysia Abassiah Kaherah

Muqaddimah

Seingat saya Muhammad Abu Bakar dalam adi karyanya menyebut bahawa mahasiswa sinonim dengan dua karakteristik iaitu muda dan mempunyai idealisme atau makna kehidupan dan perjuangan yang jelas. Novelis Jepun Haruki Murukami pula menyebutkan, ‘If you’re young and talented, it’s like you have wings’.
Muda, idealisme dan bakat merupakan tiga modal terpenting yang harus dibangun dan digilapkan sebaik mungkin oleh mahasiswa untuk membina personaliti dan kepimpinan unggul.

Mahasiswa membentuk golongan teras utama dalam kohort kelompok belia yang diberikan perhatian khusus dalam Dasar Pembangunan Belia Negara (1997). Dalam Dasar Belia ini jelas mensasarkan strategi pembangunan ilmu sebagai strategi dan tunggak utama kepada pembangunan dan kemantapan generasi muda. Tumpuan khusus ini diberikan adalah kerana mahasiswa adalah kelompok belia yang sedang menjalani fasa transisi dalam kehidupan daripada childhood kepada adulthood. Fasa ini adalah fasa yang amat kritikal untuk mereka mencari identiti dan makna diri. Stanley Hall (1904) menyifatkan bahawa fasa ini adalah fasa “storm and stress” yang memerlukan perhatian dan bimbingan oleh generasi dewasa yang berilmu bagi membimbing mereka mencari jalan sebenar yang harus dipilih. Mereka dipenuhi dengan semangat yang berkobar-kobar yang sewajarnya dibimbing dengan ilmu dan ilmuwan yang benar. Jika benar-benar mereka dibimbang dan diserlahkan potensi mereka maka menurut Profesor Turiman Suandi (2009) mereka boleh membangun dengan sempurna.

“Belia sebenarnya bukanlah tanpa potensi tetapi kebanyakan mereka yang bermasalah adalah kerana tidak mendapat bimbingan sewajarnya bagi menyerlahkan potensi sebenar mereka”.

Perkataan ‘maha’ pada mahasiswa menurut Meredith L. Weiss, empunya buku Student Activism in Malaysia mempunyai maksud distinctive dan special. Mahasiswa menurut Weiss lagi mempunyai site untuk makan bersama, tidur bersama, belajar dan merancang bersama. Weiss menyebut,
“The descriptive term “student” not only defines a role, but offers a powerful collective identity to those who adopt it”. (Snow, 2011).

Kenyataan di atas jelas menggambarkan bahawa Mahasiswa bukan sahaja sepatutnya sinonim dengan kuliah-kafe-katil (3K) tetapi mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam menjadi jurubicara dan pemimpin masyarakat. Justeru universiti merupakan pusat inkubator untuk pembangunan kepimpinan (Jamaliah & Krauss, 2010). Universiti bukan sekadar melahirkan graduan dengan segulung ijazah tetapi bakat-bakat kepimpinan yang melaburkan semula modal yang dimilikinya kepada masyarakat. Dalam erti kata lain, academic qualification dan talent harus seiring dan sejalan. Mahasiswa yang dicita-citakan untuk dilahirkan adalah mahasiswa yang mempunyai ciri-ciri ‘thought leader’ yang intellectually sound, spiritually vibrant, socially competent, emotionally stable dan physically strong.


Universiti dan Tradisi Intelektual


Mahasiswa yang berada dalam confinement selama 4-5 tahun dalam universiti harus melengkapkan dan diperlengkapkan dengan tradisi keintelektualan yang tinggi untuk keluar menjadi thought leader yang berperanan aktif dalam membangun dan menyelesaikan ummah dengan wagas yang jelas. Ia selaras dengan dengan definisi intelektual yang dilontarkan oleh Profesor Zaini Ujang dalam karyanya Mengangkasakan Pengajian Tinggi,

“…intelektual sebagai insan yang memusatkan dirinya untuk memikirkan idea, mekanisme, gagasan, masalah dan seumpamanya yang bersifat kebendaan serta bukan kebendaan dengan menggunakan unsur rohaniah yang membolehkan mengenal pasti dan membezakan antara kebenaran dengan kepalsuan”.

Profesor Zaini juga seperti Herry Lewis, penulis Excellent without Soul bimbang akan peranan dan tradisi intelektual yang sedikit merosot di taman ilmu dan budi ini. Beliau menyebut bahawa peranan universiti telah mengecil kepada sekadar menjalankan proses pengijazahan dan penyelidikan sahaja. Beliau bimbang aspek pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu di kampus tidak lagi menjadi trend dan aset penting. Universiti sepatutnya wahana melahirkan sarjana besar, profesional tersohor dan tokoh ilmuwan dengan prasyarat ekosistem budaya ilmu yang tinggi dalam kampus. Di akhir makalah Idealisme Universiti, Profesor Zaini sekali melontarkan kebimbangan universiti bersifat reaktif dan sekadar menjadi kilang ijazah dengan nilai-nilai inetelektualisme dan budaya ilmu yang luhur seperti kesukarelawan dan idealisme tidak lagi penting dalam proses pendidikan.

Profesor Awang Had Salleh menegaskan universiti sebagai taman minda yang sentiasa disirami dengan air mawar keilmuan yang menyegarkan minda pensyarah dan para mahasiswa. Mungkinkah kegerhanaan taman minda ini dapat dikembalikan semula rohnya di bawah kepimpinan Profesor Zaini Ujang selaku KSU 2 Kementerian Pendidikan dengan agenda Manajemen Qalbu serta semakan Pelan Induk Pengajian Tinggi? Wallahua’lam.

Sewajarnya mahasiswa mengambil inisiaitif untuk mengasah tradisi keintelektual di luar kebiasaan dengan menyertai universiti kedua terbuka di luar.