Duduk di perantauan ini memang kerap dikunjungi tetamu-tetamu luar daripada Malaysia. Jika di Malaysia amat sukar untuk mendapatkan peluang sebegini tambah lagi jika pelajar Malaysia yang belajar di London bertambah kerap la menerima tetamu Malaysia. Cuma di Durham sebab kawasan utara jadi sukar untuk tetamu-tetamu yang singgah di UK untuk naik ke utara dan biasanya mereka berlegar di sekitar London sahaja kecuali mereka yang rajin berjalan, membuat pertunjukan jalan (roadshow) atau mempunyai urusan-urusan penting.
Baru-baru ni Dato’ Seri Nizar, Ahli Parlimen Bukit Gantang turun untuk pertunjukan jalan menerangkan kemelut terkini isu Perak di seluruh UK termasuk di Newcastle. Sebelum ini, Dato' Seri Zambry pun ada datang London tapi tak sampai menjengah ke utara. Saya pun pergilah mendengar perkembangan terkini sambil saya dan rakan-rakan terfikir Dato’ Seri Nizar tak pegi Parlimen ke? Bagaimana dengan kawasan DUN Pasir Panjang dan Parlimen? Dato’ Seri dimaklumi sibuk dengan pelbagai program, ceramah dan lain-lain, bila masa menjengok rakyat. Mungkin keberkatan masa yang Allah berikan pada beliau, hanya Allah yang Maha Tahu. Bukan senang nak jadi orang politik, harus bertenaga, swadaya tinggi dan cerdik. Saya lihat Dato’ Seri ada masa hadapan yang cerah dalam persada politik tanahair.
Semasa pertemuan dengan beliau baru-baru ini saya sengaja menduga (dengan ikhlas) beliau dengan bertanyakan soalan, “Dato’ Seri, dalam PAS mengamalkan kepimpinan Ulama, bagi hemat saya kepimpinan solih lebih sesuai kerana jika tokoh-tokoh profesional dalam PAS yang berpotensi boleh sekadar mendaki tangga Naib Presiden dalam hirerki kepimpinan PAS kerana jawatan no. 1 dan no. 2 mesti dipegang oleh ulama atau lebih tepat berkelulusan agama!. Saya rasa PAS sudah cukup dengan adanya Pimpinan Rohani (Mursyidul Am) , Syura dan Dewan Ulama untuk memandu kepemimpinan PAS.”
“Ulama dalam ertikata sebenar adalah luas, tidak semestinya yang berkelulusan Agama sahaja, Ulama sesiapa sahaja yang takutkan Allah, kita perlu betulkan persepsi masyarakat bahawa Ulama tidak semestinya golongan agamawan sahaja”, celah Ustaz Fakhrul, Exco Pemuda PAS Perak yang turut serta dalam rombongan Dato’ Seri dan berdialog dengan kami.
“Namun itu tidak berlaku secara praktikalnya dalam PAS! Kerana Dato’ Husam kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS kerana mainan isu ulama – profesional”, celah saya pula.
Dato' Seri hanya menambah ringkas dan menekankan ayat al-Quran dalam Surah Fathir, ayat 28 "Sesungguhnya yang hanya takutkan Allah itu hanyalah hambaNya di kalangan Ulama (yang berilmu)". Saya faham sukar untuk menjawab soalan itu kerana ianya melibatkan dasar PAS.
Takpelah kita beralih pula pada satu lagi tetamu istimewa iaitu Krew Jejak Rasul. Selepas mereka membuat penggambaran di Masjid Durham, saya sempat menemani Ustaz Maszlee menghantar mereka pulang ke penginapan di Newcastle. Sampai di penginapan mereka, saya sempat berbual dan minum teh sambil berkongsi pengalaman penggambaran Jejak Rasul yang bertemakan Bani Israel. Mereka menjejaki Yahudi di bumi UK ini termasuk bertemu kelompok Ortodoks Yahudi yang anti Zionis iaitu Naturei Karta (www.nkusa.org) dan juga penggambaran di Muzium Yahudi di Manchester (http://www.manchesterjewishmuseum.com/).
Kali ini krew jejak rasul hanya bertiga sambil dipandu oleh Ustaz Maszlee kerana kekurangan belanjawan katanya. Biasanya sebelum ini, sekali keluar 8 krew. Pengantaranya ialah saudara Mohd Fasil yang bila bersembang rupanya satu ‘batch’ SMAP Labu dengan Dr. Farid Shahran, mantan Timbalan Presiden ABIM. Antara benda yang disampaikan oleh saudara Fasil kepada saya sebagai orang media ialah beliau dah tak rasa kehadiran ABIM di waktu ini! Satu tugasan yang harus dirungkaikan seterusnya oleh pimpinan ABIM…..Beliau turut berkongsi pengalaman menarik di Libya ketika membuat penggambaran di sana yang memaparkan sikap sebenar orang Arab di sana.
Rayuan untuk Syria
Selasa, Mac 30, 2010
Dif-dif Kehormat
Isnin, Mac 29, 2010
Wisata ke Cardiff, Wales

Saya rasa bertuah apabila berada Cardiff, Wales baru-baru ini. Ini adalah perancangan saat akhir saya apabila dijadualkan menghadiri mesyuarat di Birmingham Isnin lepas. Saya fikir kalau pegi ke Cardiff dari Birm tentu murah dan perjalanannya agak dekat. Telahan saya tepat lantas saya terus putuskan untuk ke Cardiff selepas mesyuarat Student Committee of Community and Youth Worker Union (CYWU). Perbelanjaan keretapi daripada Durham ke Birm ditanggung oleh CYWU. Jadi saya hanya perlu membayar 30 pound sahaja untuk ke Cardiff. Jika tiada tajaan tiket keretapi daripada Durham mahu mencecah 130 pound!

Sampai di Cardiff dah Maghrib dan saya disambut sahabat lama saudara Nizam Shafie aka Chinon yang sudah 14 tahun saya tidak jumpa semenjak menjadi teman satu sekolah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Apa yang menarik tentang Chinon ialah beliau ambil PhD dalam bidang Silat!

Diringkaskan cerita, pada malamnya saya dijamu dengan nasi dan ayam di sebuah restoran yang cukup menyelerakan. Namun pertemuan yang tidak diduga ialah dengan saudara Muhaimin Sulam, blogger dan juga bekas Exco Pemuda PAS Pusat yang sudah kenali semasa pertemuan Mahabbah ABIM bersama Pemuda Pas Pusat 4 tahun lepas. Beliau sedang menghabiskan sisa-sisa terakhir masa beliau dengan menyiapkan PhD berkenaan ketokohan dan pemikiran Almarhum Dato' Fadhil Noor, Presiden PAS.

Namun lebih menarik pada keesokan harinya setelah mengungjungi Pusat Islam dan Kebudayaan al-Manar, saya berdialog bersama para pelajar Malaysia di Cardiff tentang isu semasa. Saya mengambil pendirian untuk lebih banyak mendengar kerana inginkan lebih banyak maklum balas mereka mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh ABIM. Antara yang disuarakan ialah peranan dan fokus ABIM terhadap menangani isu belia, ABIM harus pro-aktif dan tidak tertumpu hanya dengan menghabiskan masa dengan isu-isu yang timbul yang lebih bersifat bermusim dan paling penting menangani isu secara kolektif bersama gerakan dan pertubuhan Islam lain.
Ahad, Mac 21, 2010
Camar yang Pulang

6 April - Tiba di LCCT, jam 8pm
7 April - Pidato Lorong Tengah (PILOT) Generasi Muda Teras Masyarakat Madani di Universiti Industri Selangor (UNISEL) Bestari Jaya, 8pm
Panelis : Jufitri Joha & Saudara Mustafa Kamil Ayub (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat)
9 April - Interaksi bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
10 April - Kem Kepimpinan Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM), Seremban, Ceramah : " Kuasa Individu lwn Kuasa Berpasukan, 10am-11.30am
11 April - Aqiqah Khadijah Safiyya binti Jufitri, Jelebu
13 April - Perkongsian Pengalaman Perantauan Bersama Pelajar MIAT UNIKL, Sepang, 8pm
14-16 April - Kajian (Research on Motivation for International Volunteering) Seremban
15 April - Pertemuan dengan ABIM Rembau, 9pm
24 April - Forum 'Memartabat Generasi Muda: Pemikiran & Hala Tuju anjuran Pengakap Negeri Sembilan dan ABIM Sembilan di Seremban, 8.30am di Sekolah Menengah Pendeta Zaaba Paroi.
28 April - Pulang ke London 3pm
Anugerah Belia Negara

Di waktu ini teringat semula sewaktu berada di Malaysia tahun lepas. Ketika itu saya bersama rakan-rakan Panel Penilai Anugerah Belia Negara peringkat Negeri Sembilan sibuk menjelajahi daerah ke satu daerah dengan melengkapkan pusingan ke tujuh buah daerah di Negeri Sembilan (ramai orang ingat Negeri Sembilan ada 9 daerah) menilai tujuh buah persatuan belia mewakili daerah-daerah masing bagi menobatkan juara negeri untuk diangkat ke peringkat kebangsaan.

Saya masih ingat ABIM Seremban dinobatkan sebagai juara apabila para penilai sepakat memilih ABIM Seremban dan Naib juara jatuh kepada MAYC Felda Pasir Besar, Tampin.
Apa yang menyeronokkan saya ialah saya dapat bertemu dan beramah mesra dengan persatuan belia yang bergerak di lapangan membantu menyediakan pelbagai aktiviti dan pengisian untuk belia. Di samping itu dapat mendengar permasalahan yang dihadapi oleh pimpinan belia dan belia di akar umbi.

Selain itu, melalui interaksi semasa penilaian berjalan saya dapat menduga tahap pencapaian dan keintelektualan pimpinan belia agar saya dan rakan-rakan panel dapat membimbing mereka ke tahap yang lebih berdaya saing. Saya juga dapat mengcungkil bakat-bakat kepimpinan generasi muda agar dapat diketengahkan cuma apa yang saya tidak mampu laksanakan dan fikirkan ialah mekanisma bagi melatih mereka ke peringkat seterusnya. Saya juga dapati persatuan belia memainkan peranan penting sebagai nadi penggerak komuniti dan mereka mempunyai peranan besar membimbing belia ke arah arah yang positif.

Apa yang paling menarik kita berada di Felda Pasir Besar, Tampin untuk menilai Persatuan MAYC Felda Pasir Besar, dalam ucapan penutup, Timbalan Pegawai Daerah yang kelihatan masih muda melahirkan rasa kekaguman beliau kepada keaktifan persatuan belia kerana beliau sebelum ini beranggapan belia selalu dikaitkan dengan gejala negatif namun sebenarnya persatuan belia berjaya menafikan persepsi umum yang telah digemburkan oleh pihak media.
Saya merindui saat begini kerana saya amat suka turun ke akar umbi bertemu para belia dan mendengar masalah mereka untuk sama-sama diselesaikan.
Sabtu, Mac 20, 2010
Kelas Juga Sudah Berakhir!

16 Mac merupakan hari terakhir saya menjalani kelas kerana Master saya adalah Taught Master. Kelas terakhir merupakan pembentangan kumpulan untuk Personal dan Professional Development (PPD). Dari 3 kumpulan Well Being Group, Sport and Creativity Group dan Youth and Faith Group, saya memilih untuk berada dalam grup yang ketiga. Hari terakhir kami mengadakan persembahan kumpulan membentangkan hasil dapatan sepanjang 14 minggu bersama dalam kumpulan.
Selain membentangkan kepentingan agama dalam perkembangan kerja belia dan komuniti, saya mempertegaskan kepentingan dialog antara agama dalam kerja belia sebagai alat untuk membentuk persefahaman, menghormati jiran berlainan agama, memerangi ketidakadilan, hidup secara positif dan mencari titik persamaan untuk bekerjasama membangunkan belia. Saya juga menekankan The Golden Rule yang menyatakan 'Treat Others as You Would Like to be Treated' Namun ia perlu diperhalusi agar tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu. Saya masih ingat tajuk ini kami perbahaskan dalam usrah Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) di Petaling Jaya yang diketuai perbincangan pada ketika itu oleh Dr. Sani Badron (Fellow IKIM) dan dimudahcarakan oleh Pengerusi HAKIM iaitu Dr. Mohd Farid Shahran.

Ini juga peluang saya untuk menerangkan Islam kepada rakan-rakan sekelas yang datang dari latarbelakang berbeza agama, kaum, negara dan bahasa. Rakan-rakan sekelas datang dari Nigeria, Zimbabwe, England, Scotland, Kanada, Amerika Syarikat, Singapura, Afrika Selatan dan saya daripada Malaysia!
Selepas ini, saya hanya perlu menumpukan Kajian (research) dan Kerja Lapangan 2 (Fieldwork 2) dan saya menjangkakan untuk pulang terus ke Malaysia secepat mungkin.
Khamis, Mac 18, 2010
Pusat Kebudayaan Islam Ireland : Pusat Komuniti Umat

Setelah dua kali bertukar bas dan melintasi kota Dublin yang penuh dengan kesibukan aktiviti harian dan jual beli , akhirnya saya bersama saudara Adi Rahman, Pengerusi Grup Penjejak Tamadun Eropah (GPTD-E) sampai ke kawasan Jalan Clonskeagh, Dublin 14, Di pinggir Kota Dublin ini tersergam gah sebuah Masjid terbesar di Republik Ireland yang juga merupakan Pusat Kebudayaan Islam Ireland (ICCI).
Memasuki pintu utama ICCI membuat perasaan dan hati bertambah gembira apabila Masjid ini amat sibuk dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan keduniaan yang turut menggambarkan betapa hidupnya fizikal dan rohani masjid ini walaupun hari tersebut merupakan hari Sabtu iaitu hari cuti.

Pertemuan singkat bersama Ali Salim iaitu Setiausaha kepada Imam Masjid merupakan satu detik yang amat penting kerana ia menambahkan lagi koleksi jaringan umat yang harus diterokai dan disambung oleh generasi muda seperti kami. Kerana kesibukan melayan tetamu yang hadir kami tidak berkesempatan bertemu dengan Setiausaha Majlis Fatwa dan Kajian Eropah (ECFR) iaitu Sheikh Hussein Mohammed Halawa. Inilah kehebatan ICCI apabila turut menempatkan pejabat rasmi ECFR yang bertujuan secara umumnya untuk mengumpulkan cendekiawan dan ulama Islam terutamanya yang menetap di Eropah; mengeluarkan fatwa semasa yang menjawab segala persoalan umat Islam di Eropah; menghasilkan penerbitan berkaitan kajian undang-undang dan fatwa Islam; dan memberikan panduan kepada individu yang bekerja untuk Islam khususnya untuk menyebarkan konsep Islam sebenar dan fatwa. Lebih menarik dan hebat, ECFR ini dipengerusikan oleh ulama tersohor dunia Islam yang menjadi penerima anugerah Maal Hijrah 1431 H Kerajaan Malaysia baru-baru ini Profesor Dr. Yusuf al-Qaradawi dan dibantu oleh Sheikh Faisal Mawlawi. ECFR yang diilhamkan penubuhannya pada 1997 di London turut dibarisi oleh pemuka-pemuka ilmuan Islam seperti Sheikh Abdul Raheem al-Taweel (Sepanyol), Sheikh al-Arabi al-Bichri (Perancis), Sheikh Dr. Mustafa Ceric (Bosnia), Sheikh Rashid al-Ghanoushi (UK), Sheikh Mahboubul Rahman (Norway) serta 29 lagi barisan cendekiawan yang mewakili pelbagai negara.

Menjadikan ICCI lebih signifikan ialah, ia bukan sahaja menjadi tempat ibadat khusus semata-mata malah ia juga merupakan tempat ibadat umum dengan pelbagai fungsi dan aktiviti. ICCI juga mempunyai pejabat pentadbirannya tersendiri yang tersusun, pusat kebajikan komuniti, pusat dakwah, pusat kecermalangan pendidikan, perpustakaan dan kutub khanah, pusat wanita dan belia. Oleh kerana itu saya menggelarkan ICCI ini sebagai pusat komuniti umat.
Kehadiran ICCI juga seharusnya memainkan perana lebih besar dengan menjadi pusat mendidik umat Islam Ireland untuk menangani cabaran yang amat penting seperti disebutkan oleh Tariq Modood, Profesor Sosiologi, Politik dan Dasar Awam di Universiti Bristol iaitu isu ‘multiculturalism’ yang mana umat Islam harus bijak untuk berintegrasi dan berpartisipasi sebagai penduduk dan rakyat dalam komuniti Eropah. Usaha ini penting bagi menggambarkan umat Islam juga mempunyai hak dan peranan sebagai rakyat Eropah bukan sekadar berdiam diri dan reda atas apa sahaja yang diperlakukan oleh pihak pemerintah di Eropah dan Ireland khususnya.

Umat Islam Ireland dibentuk oleh komuniti pelbagai budaya merangkumi mereka yang berasal daripada Pakistan, Malaysia, Somalia, Afrika Selatan, Nigeria, Algeria, Libya, Bosnia, dan Ireland sendiri. Kedatangan umat Islam ke Ireland bermula sejak 1950an iaitu para pelajar yang akhirnya berkahwin dengan penduduk setempat dan menetap di sana. Pertubuhan Islam pertama di Ireland, adalah Pertubuhan Islam Dublin yang ditubuhkan tahun 1959 sehinggalah kejayaan umat Islam membeli 4 ekar tanah yang dibiayai oleh Timbalan Pemerintah Dubai, Sheikh Hamdan al-Maktoum yang membawa kepada pembinaan ICCI. ICCI kemudiannya dibuka secara rasmi dan bersejarah oleh Presiden Ireland pada ketika itu, Mary Robinson (sekarang ini beliau merupakan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan Sheikh Hamdan al-Maktoum pada 14 November 1996. Sheikh Hamdan al-Maktoum juga dalam masa yang sama bermurah hati mendanai seterusnya kos pentadbiran, operasi dan penyelenggaraan ICCI. ICCI telah dibina oleh arkitek tempatan Ireland, Michael Collins & Associates yang kemudiannya mereka memenangi anugerah dari Institut Diraja Arkitek Ireland atas rekaan dan lakaran rekabentuk ICCI.
Setelah 14 tahun kemunculan ICCI di persada dakwah Eropah, ia terus aktif berfungsi dengan pelbagai kemudahannya seperti kedai buku, gimnasium, dewan serbaguna, restoren dan bilik seminar dan juga perkhidmatan seperti kuliah agama, pengendalian perkahwinan dan kematian dan pusat perterjemahan. ICCI mengingatkan kita semula kepada Masjid Rasulullah yang dibawa atas dasar taqwa dan multi-fungsi menatijahkan lahirnya gergasi-gergasi yang membuka dunia dengan cahaya keimanan. Semoga ICCI terus berperanan dalam menyebarkan mesej rahmat ke segenap pelusuk Ireland dan Eropah khususnya. ICCI boleh dilayari di www.islamireland.ie.
Isnin, Mac 15, 2010
Sabtu, Mac 13, 2010
Diskusi Isu Semasa di Durham bersama Komuniti Malaysia
Jaringan di youtube boleh diperolehi di http://www.youtube.com/watch?v=-BJwQwaUD3E. Perbincangan yang menarik dan mendapat idea tambahan, maklumbalas dan cadangan yang baik dari komuniti Malaysia di Durham, UK.
Antaranya, pengaruh Black Metal yang masuk ke Malaysia pada tahun 1985 dibawa masuk antaranya oleh para pelajar Malaysia yang belajar di United Kingdom. Mereka bukan sahaja membawa ilmu pulang tetapi terselit dalam bagasi mereka subculture cult Black Metal. Perbincangan masih mencari jawapan sama ada tarian Shuffle merupakan sebahagian daripada Black Metal atau tidak. Menurut YDP ABIM Kedah, Ustaz Hafiz Lubis merupakan jelmaan dan pendekatan baru Black Metal namun ia dinafikan oleh Ustaz Hanafiah Malek, Pengerusi Sahabat Iman dan Insan (SIDIM). Mungkin ada jawapannya!
Antara dapatan perbincangan juga adalah faktor mengapa generasi muda terlalu terikut-ikut dengan budaya asing dari Barat adalah kerana takut atau bimbang dikatakan oleh rakan-rakan lain sebagai ketinggalan dan akhirnya disisihkan dari rakan-rakan.
Selasa, Mac 09, 2010
Selepas 5 Bulan di Durham

Selepas lima bulan berada di Durham bertapa menambahkan ilmu dengan menamatkan kursus Community Policy and Practice, Management in Community Settings, Professional and Personal Development, Youth Policy and Practice, Research dan Fieldwork saya mula memuat turun pelbagai disiplin ilmu Barat yang bersandarkan Euro Centric. Semua ini mendorong saya untuk menilai semula semua ilmu kontemporari yang datang dari Barat dan cuba mencari acuan Islami dalam kerangka Asia yang menyanjung tinggi asas agama dan spiritual. Sebab itu dalam buku Gelombang Kebangkitan Asia atau Nahdah Asia atau Asian Renaissance karya Dato' Seri Anwar Ibrahim menjelaskan '...religion and spiritually run deep in the Asia psyche".
Ini mendorong saya untuk membuka semula buku berkaitan Islamization of Knowledge yang dipopularkan oleh Almarhum Ismail Faruqi dan Profesor Dr. Syed Muhammad Naqib al-Attas dan menilai kembali peranan Universiti Islam Antarabangsa dalam hal ini.
Dalam bidang saya iaitu kerja belia, ia merangsang saya untuk menulis buku asas berkaitan 'Kerja Belia' bagi memberikan panduan kepada pimpinan, pekerja dan sukarelawan belia untuk melaksanakan kerja belia berdasarkan ilmu dan gerak kerja yang strategik dalam kerangka peradaban Asia, adat ketimuran Nusantara dan prinsip kenegaraan Malaysia. Keluhan rakan saya, saudara Lee Kwan Meng yang membuat PhD dalam bidang belia di Malaysia ialah amat sukar untuk diketemukan bahan-bahan rujukan berkaitan. Ini bermakna, hampir sedikit rujukan berkaitan pengajian belia ditulis dalam bahasa Melayu oleh orang Malaysia! dengan rujukanIa juga mendorong saya untuk maju terus menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu PhD!. (Kalau buat PhD di UK semula boleh bawa Azla, Aishah dan Khadijah, ok ke? tapi buat di Malaysia pun ok juga.)Ia sekaligus menguatkan lagi azam dan iltizam saya untuk meninggalkan dunia kepimpinan belia buat sementera waktu. Dengan harapan dalam 'tempoh bertenang' tersebut saya mampu dengan izin Allah untuk menghasilkan idea-idea sejagat untuk umat dengan impak maksima sebagaimana yang dicetuskan oleh pemuka-pemuka ilmu seperti Malek Ben Nabi, Rabindranath Tagore, Muhammad Iqbal, Maulana Rumi dan Sun Yat Sen.
Saya masih teringat kata-kata Pengerusi Himpunan Ilmuwan Muda (HAKIM), Dr. Farid Shahran yang juga merupakan pembimbing saya bahawa terlibat dalam dunia keintelektualan juga bermakna terlibat sebagai aktivis keilmuan!
Semoga Allah merahmati usaha ini.
Ahad, Mac 07, 2010
Youth and Faith

Antara pembelajaran interaktif saya dalam kursus Kerja Komuniti dan Belia ialah mengendalikan aktiviti 'Youth and Faith'. Selain grup ini, ada grup 'Well Being' dan 'Creativity and Sport'.
Saya memilih grup 'Youth and Faith' kerana ingin mengenali lebih dekat asas-asas agama lain, mempromosikan 'Interfaith Dialogue' dan juga cuba mengembalikan peranan agama dalam kehidupan masyarakat Barat khususnya belianya yang sudah parah apabila hidup tanpa Tuhan!
Minggu depan merupakan minggu terakhir saya, Steph (orang Scotland) dan Chuchu (orang Nigeria) untuk menyempurnakan tugasan dalam grup 'Youth and Faith' ini. Setakat ini kami telah melawat Masjid, Pusat Meditasi Buddha, interaksi bersama biarawati Gereja Methodist, dan melawat Kuil Hindu. Cuma saya masih mencari ruang untuk melawat Sinagog dan berinteraksi dengan komuniti Yahudi UK kerana peluang ini tiada di Malaysia!

Jumaat lepas saya mengetuai lawatan membawa sekumpulan belia tempat saya fieldwork melawat Kuil Hindu. Cuma apa yang menarik saya ialah generasi muda amat diraikan di Kuil dan mereka turut menghadiri upacara ritual kuil. Di samping itu, kuil turut menyediakan program untuk belia-belia Hindu seperti kelas bahasa Hindi dan kelas muzik. "Ju, church is not friendly with our young generation! Even they do not like the young generation to come to church", kata Mr. John Derisi, tutor fieldwork saya. Saya kaget dengan kenyataan beliau namun saya rasa bersyukur kerana Masjid di UK ni turut dipenuhi anak-anak muda yang bersemangat dengan agama mereka!
Namun setakat ini, saya masih mencari buku hasil tangan Karen Amstrong bertajuk "Muhammad the Prophet of our Time" bagi terus meneguhkan keyakinan bahawa hanyalah Islam agama yang benar dan diredhoi Allah dan harus ditawarkan kepada masyarakat dunia yang sudah parah hidup dalam kemendungan.
Sabtu, Mac 06, 2010
Jumaat, Mac 05, 2010
Fieldwork Berakhir!

Alhamdulillah, minggu ini merupakan minggu terakhir saya berada di detached youth work project iaitu dengan North Benwell Youth Project (NBYP). Setelah menjalankan final assessement bersama Pegawai Pembangunan Kerja Lapangan Universiti Durham.
Banyak pengalaman berharga yang diperolehi apabila bekerja dan bercampur gaul dengan remaja jalanan yang dihimpiti dengan pelbagai masalah dan berada di dalam kawasan ke-37 'termundur' di England. Masalah-masalah seperti tiada perkerjaan, jenayah, keganasan rumahtangga, ketagihan alkohol dan dadah menjadi perkara biasa di sini.
Saya juga berhadapan kes seorang remaja perempuan yang hendak menukar jantina kepada lelaki. Setelah berbincang dengan tutor fieldwork saya, sikap sebagai seorang pekerja belia di barat ialah membantu remaja perempuan itu menukar jantina. Sebagai pekerja belia tiada hak untuk menghalang dia untuk menukar jantina kerana ia adalah hak asasi di barat dan dibenarkan di sisi undang-undang. Inilah masalah apabila etika profesional yang tidak didasarkan kepada agama. Ia bermakna professional ethic without God!.
Itulah hakikat kehancuran barat khususnya di UK seperti mana yang disifatkan oleh Butler dalam tulisannya iaitu The Rotten Britain!