Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Isnin, Januari 26, 2015

12 Hari Sebelum Kematian Itu…


Oleh: Jufitri Joha
Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)


Saya tidak pernah menjangkakan akan menduduki kerusi ketiga terpenting pergerakan belia Malaysia iaitu Majlis Belia Malaysia (MBM). Saya yakin ini adalah kuasa percaturan Allah.

Saya seorang yang late bloomer dan introvert. Namun menurut Sylvia Loeken dalam Quiet Impact, “…quiet people are just as capable of using their strengths to achieve what they are interested in, to motivate other people, to make and maintain contacts, to resist attacks confidently…”. Ya betul kata Loeken, introvert strengths is the hidden treasure. Saya sudah buktikan dengan izin Allah bahawa kurang bercakap dan banyak bekerja adalah resepi kejayaan. Namun yang penting tetaplah keikhlasan sebagai azimat utama faktor pengangkatan ini. Saya berminat untuk memimpin MBM sejak berada dibangku PKPIM namun disebabkan faktor late bloomer dan introvert maka saya lupakan hasrat itu. Saya berminat dengan MBM kerana ruang platformnya yang luas untuk saya menimba ilmu dan pengalaman yang lebih jauh dalam pergerakan dan pembangunan belia.

Walaupun saya sudah pun mendapat hint awal yakni seawal retreat MBM di Sabah oleh Presiden MBM Maliki pada akhir Disember 2014 namun 3 hari sebelum Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM yang ke-63 barulah secara rasmi saya diminta oleh rakan-rakan MBM untuk masuk bertanding untuk kerusi Naib Presiden MBM. Selasa 13 Januari 2015 / 22 Rabiulawwal 1436 H, pimpinan ABIM dalam mesyuarat exconya meng’endorse’ saya untuk bertanding. Sudah tentu endorsement semakin kukuh dengan blessing daripada Presiden ABIM Cikgu Amidi yang mempengerusikan sidang exco. Sudah menjadi kelaziman dan tradisi calon yang mahu bertanding sudah membuat pengumuman awal untuk bertanding dan memulakan kempen. Saya tahu kerusi Naib Presiden kerusi panas lagipun saya adalah calon luar yang tidak pernah ada pengalaman di dalam memimpin MBM kecuali sebagai Ahli Dewan Tertinggi. Saya adalah calon underdog. Menurut sumber dalaman MBM, saya antara calon yang tidak secure. Lagipun saya rasa chance tidaklah kuat kerana secara tradisi saudara Ahmad Sapar sudah ada di pos kanan MBM sebagai calon Setiausaha Agung mewakili tiket ABIM.

Jarang sekali sesebuah pertubuhan yang bergabung di bawah MBM diberikan laluan hijau untuk dua wakilnya menempati di pos terkanan MBM. Secara tradisinya begitulah dan saya juga turut menghormati tradisi tersebut kerana MBM ada 39 badan gabungan yang wajar turut diberikan ruang dan peluang memimpin secara saksama. Namun kali ini ianya memecah tradisi, saya masuk bertanding dan menang undi tertinggi mengatasi 4 pencabar lain daripada Persatuan Asrama Belia (MYHA), GBB, GPMS dan Saberkas. Ini sebuah pengiktirafan untuk ABIM bahawa pimpinan utama ABIM diberikan amanah dan kepercayaan memimpin untuk semua belia merentas kaum dan agama. Teringat saya kata-kata Dr. Maszlee Malik, mahaguru falsafah saya di Durham Unversity bahawa pemimpin gerakan Islam harus dilihat diterima kepimpinannya bukan sahaja oleh kelompoknya sendiri bahkan oleh kelompok-kelompok lain.

Ketika ABIM meng’endorse’, Presiden Majlis Belia Kedah saudara Aizad dan Presiden Majlis Belia Kelantan aka Presiden MAYC saudara Syahbuddin antara individu terawal menghubungi saya dan menyatakan sokongan. Saya turut didokong kuat oleh Presiden Majlis Belia Perlis Cikgu Saiful yang memberi dorongan dan sokongan untuk saya terus maju dalam MBM. Rizan Hassan sahabat baik saya turut beria-ia mahukan saya bergandingan dengannya dalam MBM.

Saya segan bertanding dan tak suka merayu undi kerana tradisi ABIM mengajar saya tidak meminta jawatan tetapi kerja harus kuat. Lagipun saya rasa contra dengan nilai diri saya kerana kita menjadi peramah semata-mata kerana hendakkan undi perwakilan. Saya tak mahu berlakon sebagai peramah sedangkan saya introvert. Kalaupun mereka mahu saya berada dalam MBM lantiklah sahaja tak perlu saya bertanding. Lagipun orang introvert macam saya tidak baik ‘pr’nya. Saya harus terima hakikat bahawa saya terpaksa bertanding. Tan Sri Sanusi Junid pengasas ABIM yang saya temui dua hari selepas kemenangan turut menyebut perkara yang sama yakni kerja kuat dan tak perlu minta jawatan. Saya bersyukur saya tidak meminta jawatan seperti pesanan Nabi S.A.W kepada sahabatnya Abu Dzar al-Ghifari tetapi diminta memegang jawatan. Terasa bebanan itu sedikit ringan apabila tidak meminta. Namun menawarkan diri tidak salah seperti Nabi Yusuf A.S. “Inni hafizun alim” jika ia benar-benar layak dan dikhuatiri orang yang bukan ahlinya mengisi jawatan tersebut. Walaupun kempen pada malam itu dibenarkan sehingga jam 7.30 keesokan paginya namun saya memilih untuk tidur awal dan kempen terakhir saya bersama Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) pimpinan Ridhwan Ali. Pengurus Kempen saya SUA ABIM saudara Faisal Aziz terus ligat berkempen. Tagline saya takut menang dan berani kalah.

Saya bertanding atas nombor calon 5 dan dibantu oleh jentera ABIM dan PKPIM dan sokongan padu daripada Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan (MBNNS) pimpinan Kak Wan Salwati di mana saya pernah memimpin MBNNS suatu ketika dahulu. Saya banyak membesar dalam MBNNS ketika saudara Khaidir Jamal memimpin. Dengan tawaran elemen a.) Global, b.) Intelektual, c.) Inovasi Sosial d.) Interfaith dan e.) Advokasi untuk memperkuatkan MBM saya berserah pada Allah dan memulangkan pilihan kepada 346 perwakilan MBM. Saya adalah calon lightweight yang membawa agenda heavyweight. Dengan bekalan sebagai Tokoh Belia Negara dan Asean 2014, I rest my case to all MBM delegates. Malam sebelum membuang undi, cai pilihan telah keluar. Saya berseloroh dengan Fahmi Shamsudin, adakah kita termasuk dalam cai pilihan malaikat? Mungkin cai pilihan manusia kita masuk tapi pilihan Allah dan malaikat belum tentu.

Kalau mencari tempat mandi,
Pertama teluk, kedua pantai,
Kalau mencari pemimpin berbudi,
Pertama elok, kedua pandai.


Saya sedih saya menang, kemenangan itu diraikan dengan penuh keberatan dan kedukaan kerana amanah akan dipersoalkan. Memimpin 13.37 juta belia bukanlah suatu perkara mudah dan dipandang enteng. Undi tertinggi tidak membuat saya meninggi diri bahkan beban tugasan terberat saya terpaksa galas di kalangan tiga Naib Presiden yang terpilih dengan modal berat saya yang hanya 50 kg.

Tidak ramai yang sedar bahawa kemenangan saya dibayangi oleh adinda Abu Qassim. Seat saya di MBM adalah seat yang ditinggalkan Abu Qasim. Abu Qassim dipersiapkan MBM bagi mewarnai segmen-segmen antarabangsa dan Asean dalam MBM. Di usia semuda 28 tahun, Abu Qassim disegani kawan dan lawan serta terkenal dengan kepetahan bicara dan kelincihan aksinya. Ramai yang kagum dan mengiktiraf bakat kepimpinannya. Saya tiada dalam perancangan awal ABIM untuk MBM namun perancangan Allah adalah yang terbaik. 12 hari sebelum kematian Abu Qassim, Agenda Belia dan Intelektual ABIM di bawah pimpinan saya setuju agar mencadangkan calon ABIM ke MBM akan dihantar semuanya di bawah 30 tahun. Abu Qassim kuat menolak untuk dicalonkan semula dan Ahmad Sapar menjadi saksi ketika itu di Bandar Seri Putra. Alfatehah buat Adinda Abu Qassim. Ruh perjuangan itu akan terus kugalas. Kemenangan ini adalah taklif bukan tashrif. Saya sudah jadi milik belia Malaysia bukan sekadar belia ABIM. Kini fokus saya memimpin MBM untuk semua bersama-sama trio gandingan Ghadafi-Zaidi-Ahmad Sapar.

Nilai, 1.15 pagi
http://belia.org.my/wp/

Terima kasih atas semua dokongan dan ucapan tahniah serta takziah.

Fakta Menarik: Ketiga-tiga Naib Presiden MBM yang menang adalah dari Negeri Sembilan.


Terima kasih untuk jentera kempen yang membantu di kalangan adik-adik PKPIM yang diketuai Anuar Manap dan aktivis ABIM seperti Maria Kamel, Zikri, Fahmi, Akie, Wani, Fatin, Leg, Faisal dan lain-lain.


All are Invited

Menilai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)



Oleh: Jufitri bin Joha
Naib Presiden ABIM
Seperti yang tersiar dalam Majalah al-Ustaz Volume 03 No 34


Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) merupakan platform yang penulis berhasrat untuk lawati. Penulis terlepas untuk ke sana tahun ini melalui program anjuran Global Peace Festival (GPF) yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin muda seluruh dunia di Ibu Pejabat PBB di New York atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Penulis mahu mengetahui dan memahami dengan lebih dekat tentang peranan dan fungsi sebenar PBB dengan lebih dekat.

Penulis melihat PBB merupakan entiti antarabangsa terpenting untuk menegakkan keadilan sejagat seiring dengan falsafah penubuhannya pada 1945 sejurus selepas tamatnya Perang Dunia kedua seperti yang termaktub pada permulaan Piagam PBB to save succeeding generations from the scourge of war.

Hakikatnya selepas 69 tahun penubuhannya ternyata PBB gagal melindungi nyawa penduduk dunia bahkan lebih daripada 50 konflik berlaku di seluruh dunia. Semenjak itu lebih 22 juta penduduk dunia mati dalam lebih 300 peperangan menurut Holmes dalam makalahnya “Smart Multilateralism”. Ia menggambarkan sebuah kekecewaan yang nyata apabila PBB dilihat buntu dan gagal memainkan peranan utamanya menghentikan peperangan bagi menyelamatkan lebih ramai nyawa yang tidak berdosa termasuk lebih 200 000 jiwa rakyat Syria yang terkorban semenjak perang saudara meletus 4 tahun yang lalu.

Hakikat kegagalan ini turut disuarakan oleh tokoh berpengelaman dalam dunia geopolitik dunia, Tan Sri Jawhar Hasan, Pengerusi Institut Pengajian Antarabangsa dan Strategik dalam Forum Solidariti Palestin yang turut dibarisi penulis apabila menyatakan dengan jelas bahawa PBB sekali gagal mengembalikan keamanan dan keadilan sejagat. Tan Sri Jawhar merujuk kepada kegagalan PBB dalam menyelesaikan konflik Israel-Palestin semenjak 15 Mei 1948.

Pengalaman penulis ketika memimpin urusan antarabangsa ABIM pada tahun 2013 dalam menuntut keadilan dan hak asasi pemimpin politik Jamaati Islami Bangladesh yang dinafikan oleh Perdana Menteri Sheikh Hasina Wajid menguatkan hujah kepada sebuah kegagalan ini. Memorandum yang diserahkan penulis dan rakan-rakan melalui Pejabat PBB Malaysia, Jalan Dungun Kuala Lumpur seolah-olah tiada makna kerana kekejaman terus berlaku di Bangladesh. Pemimpin Jamaat terus dihukum dan digantung tanpa sebab kukuh bahkan hanya kerana dendam politik yang berpanjangan dan kerakusan terhadap kuasa. Mungkin usaha sekecil ini tidak mencukupi namun yang peliknya bantahan dan teguran turut datang daripada beberapa pimpinan dunia termasuk Amerika terhadap tindakan berat sebelah Sheikh Hasina. Namun tindakan susulannya menghampakan.

Namun ada yang berkata bahawa tanpa PBB mungkin lebih banyak nyawa yang tidak berdosa melayang. Mungkin angkanya akan menjangkau lebih 30 juta sekiranya PBB tidak wujud dan berperanan sebagai mana layaknya. Felo Institut Polisi Dunia, Swadesh Rana berhujah bahawa semenjak penubuhan PBB sekuarang-kurangnya tiada penggunaan senjata nuklear, biologi dan radiologi digunakan. Mungkin yang dimaksudkan oleh Rana ialah penggunaan secara besar-besaran namun kejadian di Ghouta, Syria pada 21 Ogos 2013 di mana penggunaan gas kimia beracun didakwa oleh Bashar al-Assad membunuh ratusan penduduk Ghouta mungkin menafikan kenyataan Rana selain kejadian penggunaan gas beracun semasa perang Iran-Iraq.

PBB juga berperanan besar dengan memberikan dan mengekalkan mandat kepada 16 operasi ‘peacekeeping’ untuk mengembali dan menjaga keamanan di 4 buah benua termasuk operasi keamanan khas di Afghanistan dan operasi yang terlama di sempadan Arab-Israel. Perbelanjaannya bukan sedikit bahkan menelan belanja 7 bilion USD setahun melibatkan 98 653 askar pengaman dari 115 buah Negara anggota PBB dengan 19 000 yang terkuat di Rebublik Demokratik Congo. Malaysia turut tidak ketinggalan menyertainya dengan rekod yang amat cemerlang. Namun sekali lagi persoalan yang timbul ialah sejauh mana operasi ini benar-benar berjaya melindungi nyawa orang awam dengan mengambil kes Palestin dan Syria.

Tindak tanduk PBB yang serba salah dan berat sebelah turut menyumbang kepada kegagalan ini. PBB yang terletak di Negara Uncle Sam dan biayaan yang datang daripada sumber utamanya iaitu Kerajaan Amerika memburukkan lagi keadaan. Newt Gingrich, bekas calon Presiden Republikan Amerika walaupun mendakwa PBB korup dan terlalu birokratik namun beliau menegaskan dengan jelas bahawa PBB hanya akan efektif jika selari dengan kepentingan Amerika. Justeru tidak hairanlah pengaruh dan dominasi besar Amerika terhadap segala keputusan dan tidak tanduk PBB termasuk menafikan kedaulatan Palestin dalam undian di PBB pada 2012 ketika 138 negara menyokong dan hanya 9 menentang. Hak Palestin untuk merdeka terus dinafikan dan ianya akan terus mengundang pertumpahan darah hasil pertembungan yang berlarutan 66 tahun lamanya. Berdal Aral dalam analisis beliau tahun 2013 bertajuk United Nations and International Inequality turut mengkritik Majlis Keselamatan PBB yang dimanipulasi oleh Amerika dan sekutu-sekutunya menyebabkan masyarakat dunia buntu dalam menyelesaikan konflik yang berlaku seperti kes Iraq menceroboh Kuwait dan dakwaan Libya menyokong keganasan global. Majlis Keselamatan kelihatan berdiam diri ketika Amerika menceroboh Iraq pada 2003 dan Afghanistan pada 2001. Aral lantang menegaskan Majlis Keselamatan gagal mewakili aspirasi majoriti penduduk dunia khususnya dunia Islam di sebelah Afrika dan Asia.

Penulis juga turut memahami situasi Ban Kin Moon selaku Setiausaha Agung. Tidak mudah jika berada di posisi beliau kerana PBB tidak benar-benar bebas dan berautoriti dalam menjalankan tugas dengan adil dan saksama ketika Negara kuasa besar hanya mementingkan dan menjaga kepentingan diri sendiri. Ketika sebelum pelantikan Ban Kin Moon bagi memenuhi giliran figura dari Asia untuk memegang jawatan panas tersebut, beberapa pimpinan gerakan Islam dunia berpandangan bahawa inilah masa yang terbaik bagi tokoh Islam berpengaruh di dunia Islam dan Barat yang tinggal di Benua Asia seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau Dr. Surin Pitsuwan dicadangkan untuk dicalonkan bagi mengisi jawatan tersebut. Mereka berpandangan inilah ketikanya seorang calon Muslim berwibawa untuk mengisi jawatan Setiausaha Agung PBB bagi membawa agenda perubahan dalam PBB dan secara tidak langsung membawa agenda pembelaan dan penegakan keadilan khususnya bagi menamatkan penderitaan dunia Islam. Namun sayangnya idea dan gerak kerja tersebut tidak termaqbul.

Kewujudan PBB pada pandangan penulis adalah signifikan namun harus direformasikan. Kejayaan proses reformasi dan perubahan ini bergantung buat masa ini kepada ‘political will’ kuasa besar yang menguasai Majlis Keselamatan PBB di samping kekuatan desakan advokasi oleh pertubuhan sivil dan madani seluruh dunia.
Terpilihnya Malaysia sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB bersama Venezuela, Sepanyol, Angola dan New Zealand diharap dapat melakukan sesuatu untuk terus berperanan mewakili satu-satunya suara dunia Islam dalam Majlis Keselamatan selepas Turki kalah dalam pengundian bagi mengisi slot Eropah. Walau dilihat kecil namun Malaysia harus terus konsisten menegakkan keadilan dengan masa agak terbatas iaitu hanya selam dua tahun sehingga Disember 2016. Sudah tentu Palestin terus akan diperjuangkan seperti yang diikrarkan oleh Kerajaan Malaysia di samping rakyat Malaysia mendesak agar Kerajaan berusaha keras melobi dan mengadvokasi dunia untuk menamatkan perang di Syria, penindasan etnik Rohingya dan Uyghur. Rakyat Malaysia khususnya pertubuhan masyarakat Madani wajar berwacana dan berdiskusi menjelang I Januari 2015 untuk mengeluarkan saranan-saranan terbaik tentang peranan berkesan yang sepatutnya dimainkan oleh Malaysia sepanjang memegang kerusi di Majlis Keselamatan khususnya untuk mengembalikan peranan sebenar PBB.

PBB dan Majlis Keselamatannya harus direformasikan. Anggota tetap Majlis Keselamatan harus ditambah keahliannya bagi meraikan pluraliti ahlinya dan dunia Islam wajar diwakili oleh Malaysia dan Turki. Kuasa veto Majlis Keselamatan harus dimansuhkan dan segala resolusi yang diputuskan olehnya harus mendapat 2/3 undian persetujuan daripada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) bagi memastikan keadilan sejagat ditegakkan untuk semua. Ini merupakan misi sukar sementara menunggu kemunculan semula kepimpinan dunia Islam untuk dunia yang lebih aman.

Deraf Cadangan kepada Ucapan Dasar Presiden Majlis Belia Malaysia 16 Januari 2015 / 25 Rabiulawwal 1436 H


Cabaran MBM di Persada Antarabangsa
Penderaf: Jufitri bin Joha


Dunia pada saat ini berhadapan dengan situasi tidak menentu. Kebencian, keganasan dan penindasan terus berlaku di segenap pelusuk dunia. Dunia dikejutkan dengan kejadian pembunuhan lima kartunis majalah satira Charlie Hebdo minggu lepas kesan daripada tidak sensitif, provokasi dan kebencian. Sesuatu keganasan tidak akan berlaku jika ‘root cause’ nya tidak berlaku. Apa yang dilihat hanyalah simpton tetapi punca sebenarnya ialah kerana sudah hilang rasa sensitiviti, hormat menghormati lintas agama dan ras, kasih sayang dan suburnya rasa kebencian yang tidak ditangani secara bijaksana.

Begitu juga apabila munculnya kumpulan Islamic State of Iraq and Syria (IS). Kemunculan IS adalah simpton atau respon terhadap penindasan dan ketidakadilan yang berlaku di Iraq dan Syria. IS muncul kerana ketidakasilan polisi luar Negara Barat yang sering kelihatan menindas Negara Negara umat Islam di Asia Barat dan kezaliman pemerintah autokratik seperti keluarga al-Assad. Al-Assad telah menindas rakyatnya sendiri semenjak mengambil alih pemerintahan Syria semenjak 1969. Respon penindasan di Iraq dan Syria ini menyebabkan sebahagian kecil rakyatnya mengambil keputusan untuk memberikan respon secara keganasan sebagai mesej membalas dendam atas apa telah berlaku selama ini. Lebih malang kumpulan yang mengambil keputusan untuk respon secara keganasan ini bertindak lebih ganas dan membunuh orang tidak sehaluan dengan mereka dan orang yang tidak berdosa.

Justeru kemunculan IS adalah respon kepada penindasan dan ideologi kumpulan itu sendiri yang berpegang kepada ideologi ekstremisme. Walaupun IS bersalah dan dikutuk namun kesalahan IS harus dikongsi oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab memprovokasi kemunculannya.

Apa yang lebih membimbangkan ialah apabila sekumpulan rakyat Malaysia daripada 39 rakyat Malaysia yang berjuang di Syria terlibat dalam kumpulan IS. Sebahagiannya besarnya adalah belia yang tidak berilmu, tidak memahami keutamaan bahkan bertindak melulu dengan mengambil keputusan berjuang di Syria. Jika pun mereka berjuang bersama rakyat Syria di medan pertempuran untuk menyatakan dan menzahirkan rasa simpati atas penindasan namun ia bukanlah keutamaan dan cara terbaik. Itu bukanlah keutamaan rakyat Malaysia khususnya belia kerana keutamaan mereka ialah membantu Negara membangunkan kekuatan ilmu dan teknologi supaya Malaysia menjadi sebuah Negara kuasa besar dunia yang membawa keamanan terhadap dunia keseluruhannya. Apabila Malaysia menjadi sebuah Negara kuat maka Malaysia akan dihormati dan mesej keamanannya akan dihormati dan didengari.

Walaubagaimanapun MBM mengambil kesempatan ini untuk menggesa Kerajaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2015 dan Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2015-2016 menggunakan pengaruhnya bagi melobi dan mengajak masyarakat dunia agar peperangan di Syria dihentikan segera bagi menyelamatkan lebih ramai nyawa manusia tidak berdosa terkorban sebagaimana peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam memperjuangkan isu Palestin dan perdamaian di Selatan Filipina. Selain itu Kerajaan telah pun membentangkan Kertas Putih di Parlimen pada 26 November 2014 yang lalu bagi menangani ancaman kumpulan IS dan menyelamatkan belia Malaysia daripada terus terlibat dalam kumpulan yang salah ini. MBM yakin walaupun Malaysia Negara yang kecil dan terdedah kepada ancaman tetapi Malaysia mampu memainkan peranan signifikan dalam mempromosikan keamanan dan kesederhanaan sehingga setiap inci bumi dunia ini serta etnik-etnik yang tertindas seperti di Myanmar, Irian Jaya, Xinjiang dan Afrika Tengah.

Bagi MBM, cabaran yang menanti ialah bagaimana memperkasakan pertubuhan belia seluruh Negara bagi menyediakan program-program yang menarik dan bermanfaat untuk belia Malaysia daripada terlibat dengan anasir-anasir jahat dan ganas yang sentiasa mahu menggoda belia kita. MBM akan terus mempromosikan elemen wasatiyyah atau kesederhanaan kepada belia Malaysia agar mereka hidup secara sihat dan seimbang serta menyumbang kepada keamanan sejagat.

Durian ASEAN FM Interview 22 December 2014 / 29 Safar 1436H : ASEAN Integration, What's the Future For ASEAN Youth?




Source: http://durianasean.com/20141230-asean-breakfast-call-asean-integration-whats-the-future-for-asean-youth/ or :
https://www.youtube.com/watch?v=vU3em_x8UWA

Pencabulan Hak Asasi Manusia di Bangladesh



Oleh: Jufitri Joha
Naib Presiden ABIM
Seperti yang tersiar dalam Majalah al-Ustaz Volume 03 No 33


Dunia Islam dikejutkan dengan hukuman penggantungan Amir (Ketua) Jamaati Islami Bangladesh Maulana Matiur Rahman Nizami pada Oktober lepas oleh Bangladesh International War Crime Tribunal. Namun ia sesuatu yang sudah diduga kerana kewujudan konspirasi politik peringkat tertinggi melibatkan pentadbiran Kerajaan Perdana Menteri Sheikh Hasina Wajed. Pimpinan Jamaati Islami telah pun mengeluarkan kenyataan pada 29 Oktober 2014 mengutuk keputusan Tribunal tersebut dan melancarkan mobilisasi mogok nasional bagi menghantar tanda protes secara besar-besaran terhadap campurtangan politik Kerajaan Bangladesh. Terdahulu bekas Amir Jamaati iaitu Profesor Ghulam Azam, 92 tahun yang turut dipenjarakan dan dibicarakan telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat 23 Januari 2014 kerana sakit tua ketika menerima rawatan di hospital.

Ini merupakan hari yang malang untuk pejuang keadilan sejagat dan hukuman ini mengundang kutukan daripada seluruh dunia termasuk Islamic Human Rights Commission yang berpengkalan di London dan Amnesty International. Namun berita-berita tragik sebegini kurang mendapat tempat di dada-dada akhbar arus utama Malaysia. Artikel yang dinukilkan penulis di bawah ini sekurang-kurang memberikan perspektif yang sebenar dan adil berdasarkan pandangan seorang aktivis ummat terhadap apa yang berlaku di Bangladesh.

Bangladesh merupakan negara ketiga terbesar mempunyai populasi penduduk yang tinggi di kalangan negara Islam. Ia merupakan antara negara miskin di dunia namun mempunyai potensi yang cerah untuk maju kehadapan. Ia merupakan Negara ke-8 paling ramai penduduk dengan menganggotai Pertubuhan Komanwel, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

Pihak yang memelihara dan mempertahankan konsep kemuliaan insan atau “karamatul insan’ amat memandang serius tentang perkembangan terkini berkaitan keadaan politik dan hak asasi manusia di negara Bangladesh. Semenjak Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed dan parti pimpinannya Awami League mengambil alih pemerintahan semenjak awal 2009 telah menyebabkan ramai pihak termasuk beberapa Ngo dari Malaysia dan dari seluruh dunia sangsi dan bimbang akan masa depan demokrasi dan hak-hak asasi sivil rakyat Bangladesh.

Beberapa pimpinan pimpinan dan aktivis parti pembangkang termasuk 7 pimpinan utama Jamaati Islami Bangladesh telah dipenjara, dibunuh, dihilangkan dan diseksa. Sesetengah kes yang lain, aktivis Jamaati dan sayap pelajarnya Chhatra Shibir dinafikan hak dan akses kepada pendidikan dan peluang perkerjaan secara saksama. Sedangkan Jamaati Islami merupakan sebuah pertubuhan parti politik dan pergerakan Islam yang sah bahkan mereka merupakan parti politik ketiga terbesar di Bangladesh serta pernah berada dalam kabinet memegang beberapa jawatan menteri dalam pemerintahan Perdana Menteri sebelum ini iaitu Khaleda Zia. Daripada segi sejarah, sebelum perpecahan negara Asia Selatan iaitu India kepada Pakistan dan Bangladesh, Jamaati Islami ditubuhkan oleh Pendakwah Benua Kecil India terkenal Sheikh Abul A’la al-Maududi pada 1941 semasa India di bawah penjajahan British. Selepas 1971, Jamaati Islami wujud di ketiga-tiga negara iaitu India, Pakistan dan Bangladesh.

Mengapa pencabulan hak asasi berlaku di sana? Apakah motif yang menyebabkan Perdana Menteri Sheikh Hasina mengambil tindakan terhadap pimpinan pembangkang khususnya pimpinan Jamaati Islami? Semua ini terjawab apabila kita menelusuri sejarah Bangladesh secara ringkas semenjak 1971.

Secara ringkas, pada tahun 1971 timbul idea bahawa Pakistan Timur mahukan pemisahan untuk membentuk sebuah negara baru yang kini dikenali Bangladesh. Secara amnya pimpinan Jamaati Islami di Pakistan ketika itu menentang idea pemisahan tersebut atas alasan dikhuatiri Pakistan akan menjadi lemah dan berpecah. Pihak berkuasa Pakistan mula bertindak agresif, menyeluruh dan ganas apabila gerakan kemerdekaan Bangladesh bertambah rancak. Disebabkan pertembungan ini, ramai yang terbunuh termasuk ‘freedom fighter’ Pakistan yang menetap di wilayah Bangladesh. Selepas melalui peristiwa berdarah ini, akhirnya Bangladesh mendapat kemerdekaan pada tahun 1971. Pada 1973, Perdana Menteri Bangladesh pada ketika itu Sheikh Mujibur Rahman telah membuka fail siasatan dan mengenalpasti 195 suspek penjenayah perang yang terdiri daripada pegawai militari Pakistan. Mujibur Rahman telah menubuhkan International Crimes Tribunal 1973 bagi mengheret penjenayah tersebut ke muka pengadilan. Tribunal antara lain telah menyimpulkan bahawa :

“…the war criminals were not Bangladeshi. Otherwise, the word ‘international’ would not be used..”

Walaubagaimanapun, selepas pertukaran perbincangan diplomatik di antara Bangladesh, India dan Pakistan, Kerajaan Bangladesh telah membuat keputusan untuk memaafkan dan melupakan peristiwa berdarah 1971 dan memfokuskan masa depan yang lebih baik. Oleh itu pada April 1974, ke semua tertuduh tersebut iaitu pegawai militari Pakistan dibebaskan daripada tuduhan dan dimaafkan. Namun begitu kemudiannya Mujibur Rahman telah membuka kertas tuduhan terhadap 752 rakyatnya yang dikatakan berkomplot untuk berkerjasama dengan militari Pakistan. Pada 31 Disember 1975, Kerajaan Bangladesh bagaimanapun membatalkan pertuduhan tersebut dan akhirnya kes tersebut berjaya diselesaikan secara baik dan ditutup.

Oleh kerana dalam lembaran sejarah tercatat dan terpahat bahawa Jamaati Islami telah menentang idea pemisahan Bangladesh, maka isu ini telah dimainkan sebagai isu politik oleh parti pemerintah untuk mengekalkan kuasa walaupun isu ini telah diselesaikan secara baik semenjak 1970an. Jika ditelusuri sejarah lepas, tiada pimpinan Jamaati Islami Bangladesh yang dituduh di atas isu tersebut manakala ketika Parti Awami League pernah ditampuk kuasa pun pada 1996-2011, isu ini tidak ditimbulkan. Persoalannya mengapa isu ini timbul semua setelah lama ditutup. Jawapannya amat jelas jika kita benar-benar memahami beberapa isu dan fakta perbincangan di atas. Perdana Menteri Sheikh Hasina sengaja membuka semula isu ini dan cuba menjadikan pembangkang berpontensi seperti Jamaati Islami sebagai mangsa mungkin disebabkan kerana dendam lama atau permusuhan politik.

Semenjak Bangladesh tertubuh sebagai sebuah negara, pimpinan dan ahli Jamaati Islami secara sepenuh hati menerima keputusan ini dan menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara. Namun setelah 39 tahun berlalu, pada 2010 kerajaan sekular yang pro India telah menghidupkan semula Bangladesh International war Crime Tribunal untuk mendakwa dan menghukum pimpinan tertinggi Jamaati Islami Bangladesh. Fakta kes telah diubahusai dan diada-adakan, orang awam telah dipaksa menjadi saksi kepada kes dan menculik serta memberikan amaran kepada peguam bela dan saksi tertuduh.
Banyak keraguan fakta dan campur tangan Kerajaan didedahkan dan terdedah terhadap perbicaraan yang sedang berlangsung ini. Antara yang didedahkan oleh Pemangku Setiausaha Agung Jamaati Md. Ibrahim dalam kenyataan rasminya,

“During a state visit in Egypt in 2013, the then Home Minister gave address fixing the date of verdict of Maulana Delwar Hossain Sayedee and Abdul Quader Molla. The ministers and the ruling party leaders openly declared to hang Nizami, Mujahid and Sayedee for several times”.

Semenjak penubuhan Tribunal, Kerajaan acap kali telah berusaha melaksanakan ‘master plan’ mereka untuk melenyapkan terus pimpinan Jamaati daripada lanskap politik termasuk yang paling bersifat ‘scandalous’ ialah Pengerusi Tribunal ketika awal pembentukan Tribunal telah melakukan ‘skype meeting’ dengan Menteri Undang-Undang Kerajaan Bangladesh yang terbocor yang cuba berpakat merancang keputusan Tribunal. Saksi-saksi penting pasukan peguambela telah diculik dari Tribunal dan pengaturan tarikh keputusan hukuman membuktikan campur tangan politik yang jelas terhadap Tribunal ini.


Antara pimpinan Jamaati yang menjadi mangsa tribunal ialah bekas Amir Jamaati iaitu Profesor Ghulam Azam yang sudah berumur 92 tahun, Amir Jamaati Maulana Matiur Rahman Nizami, dua Naib Amir iaitu Maulana Delwar Hussain Sayedee dan Maulana Abdus Subhan, Setiausaha Agung Ali Ahsan Mohammad Mujahid dan beberapa pimpinan Jamaati Islami yang lain seperti Muhammad Kamruzzaman. Ke semua mereka meringkuk dalam penjara. Profesor Ghulam seperti disebut pada awalnya sudah meninggal manakala yang lain, ada yang sudah dijatuhkan hukuman mati dan ada yang masih dalam peringkat perbicaraan dan rayuan.

Sheikh Hasina juga telah menggunakan helah Bangladesh International Crimes Tribunal untuk membicarakan pimpinan pembangkang khususnya pimpinan Jamaati Islami Bangladesh yang salah seorangnya seperti yang dinyatakan di atas telah berusia lebih 90 tahun. Mereka ini adalah pemimpin Islam yang dihormati di seluruh dunia dan dikhuatiri diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan. Tribunal rekaan Sheikh Hasina ini tidak pun mengikut standard antarabangsa seperti mana Tribunal Antrabangsa Khmer Rouge, justeru bagaimanakah Tribunal boleh dipastikan benar-benar adil dan bebas daripada pengaruh politik tempatan.
Pihak penguatkuasaan undang-undang Bangladesh telah menafikan hak demokrasi yang sah yang diiktiraf oleh Perlembagaan Bangladesh kepada pimpinan pembangkang khususnya pimpinan utama Jamaati Islami Bangladesh. Pihak polis Bangladesh telah menutup pejabat Jamaati Islami Bangladesh Pusat dan Dhaka City yang mana telah didaftarkan secara sah sebagai parti politik. Pejabat sayap pelajar Jamaati Islami Bangladesh iaitu Islamic Chhatra Shibir Bangladesh turut ditutup. Ahli-ahli Jamaati Islami juga telah diperlakukan secara hina apabila mereka cuba untuk menganjurkan bantahan aman terhadap kekejaman yang berlaku. Mereka juga ditangkap atas sebab-sebab yang tidak jelas dan juga ada yang dibunuh.

Sheikh Hasina dan Kerajaannya juga telah melakukan banyak serangan terhadap perkembangan Islam dan hak asasi di Bangladesh. Antara lain telah memadamkan terma 'absolute trust and faith in the almighty Allah' daripada Perlembagaan Bangladesh, mengganggu muslimah yang mengenakan hijab, menggertak para pelajar Islam di universiti dan juga isu yang amat dikesali dengan tidak membenarkan pelarian Rohingya yang lari mendapatkan perlindungan daripada etnik Rakhine Myanmar yang membunuh mereka pada beberapa ketika untuk masuk berteduh di sempadan Bangladesh.

Penjara Bangladesh sekarang dipenuhi oleh aktivis Jamaati dan sayap pelajarnya Chhatra dan perkara sebegini jika ia dibiarkan berterusan akan mencalarkan lagi ‘track record’ kemanusiaan dan hak asasi Bangladesh seperti yang disebutkan oleh intelektual Turki Yilmaz Balcin,
“If the political power insists on this wrongful attitude and proceeds with its intention to execute the leaders of the Jamaat-i-Islami Party, the murders committed will be comparable to those committed in the Karbala incident.”

Atas keprihatinan ini, pihak pertubuhan masyarakat madani Malaysia dan Ngo-Ngo lain yang prihatin diketuai oleh ABIM telah menubuhkan Malaysian Task Force for Bangladesh (MTF4B) untuk menangani isu ini. Task Force ini juga telah menganjurkan beberapa siri demonstrasi aman di hadapan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur bagi menghantar memorandum bantahan untuk menuntut 3 perkara utama iaitu pemansuhan Bangladesh International Crimes Tribunal yang dilihat berat sebelah dan tidak adil; membebaskan tahanan politik khususnya pimpinan utama Jamaati Islami Bangladesh; dan mengembalikan hak-hak asasi demokratik dan kebebasan sivil kepada parti pembangkang khususnya Jamaati Islami Bangladesh serta keseluruhan rakyat Bangladesh. Pihak MTF4B juga telah memantau isu ini daripada masa ke semasa bagi terus memastikan dan memberikan tekanan antarabangsa terhadap Kerajaan Bangladesh agar tidak terus bermaharajalela melakukan pencabulan hak asasi di Bangladesh.

Khamis, Januari 15, 2015

Majlis Belia Malaysia (MBM) Mengangkat Martabat Belia Malaysia



Oleh: Jufitri bin Joha

Minggu ini Majlis Belia Malaysia (MBM) dan 39 badan gabungannya akan berkampung untuk melaksanakan kewajipan menjalankan mesyuarat agung dan yang paling dinanti-natikan ialah pemilihan exco baru untuk sesi dan penggal baru. MBM dan 13.37 juta belia Malaysia juga dijangka menerima Presiden baru untuk MBM yang bakal mencorak perjalanan pergerakan dan pembangunan belia Malaysia untuk sekurang-kurangnya beberapa tahun menjelang tahun 2020. Mesyuarat dan pemilihan MBM ini juga berlangsung di saat kontroversi pendefinisian semula takrifan umur belia daripada 15-40 tahun kepada 15-30 tahun di mana kelihatan Menteri Belia dan Sukan bersungguh-sungguh mendesak untuk menguatkuasakannya secepat mungkin.

Kebiasaannya mesyuarat agung MBM amat meriah dan lebih meriah dan sensasi apatah lagi apabila ianya merupakan tahun pemilihan. Seluruh perwakilan daripada badan gabungan sedang membuat perkiraan dan percaturan masing-masing untuk mencuba nasib mempertaruhkan calon masing-masing untuk berkhidmat demi kebaikan MBM dan Negara khususnya dan kebajikan belia amnya. Sudah tentu fokus diberikan kepada jawatan Presiden kerana sekurang kurang sudah ada dua calon mengintai-ngintai ke jawatan paling penting dalam hirarki kepimpinan belia Negara itu.

Presiden MBM, saudara Maliki Rapiee sudah pasti telah melakukan yang terbaik. Beliau telah meninggalkan legasi yang baik di kala umurnya menjangkau 40 tahun yang menghilangkan kelayakan beliau untuk meneruskan kepimpinan. Maliki mempunyai gaya kepimpinan yang lebih intelek memandangkan beliau berlatarbelakangkan akademik dan sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Maliki kelihatan terbuka dan meraikan kepelbagaian dan kerencaman ideologi dan pendirian. Sudah menjadi tradisi MBM di bawah Maliki dan presiden-presiden yang sebelumnya kelihatan pro kerajaan dan pemerintah namun Maliki kelihatan terbuka menerima kepelbagaian khususnya badan gabungannya seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Young Buddhist Movement (YBM) yang mempunyai pendirian yang sedikit berbeza dalam pelbagai isu-isu belia dan nasional. Perbezaan dan kepelbagaian inilah yang menjadikan MBM lebih utuh, unik, merakyat dan membelia.

Sudah tentu kejayaan Maliki didokong oleh Setiausaha Agungnya saudara Zaidi Aziz. Setiausaha adalah the conscience of the organization. Gandingan ini mewariskan sebuah MBM yang kuat dan bebas hutang yang memudahkan kepimpinan seterusnya mengemudi MBM ke hadapan tanpa perlu memeningkan kepala memikirkan beban-beban pada masa lampau. Bahkan zaman Maliki-Zaidi menyaksikan lebihan sumber kewangan yang jarang-jarang berlaku sebelum ini. Struktur dan organisasi dalaman MBM diperkemaskan sehingga MBM berjaya mewujudkan sebuah arkib bagi memulihara khazanah dan sejarah pergerakan belia yang paling berpengaruh di Malaysia serta menjaga kebajikan staf MBM yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan setiap program MBM. Maliki-Zaidi turut mewariskan jaringan dan hubungan yang baik dengan agensi-agensi Kerajaan bahkan meluaskan kerjasama merentas partner tradisi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia. MBM telah mula merentas kerjasama yang lebih luas dengan kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Wanita dan Kementerian Kepenggunaaan.

Pencapaian Maliki yang bermakna bagi penulis ialah apabila MBM berjaya memfasilitasi penubuhan Majlis Belia Orang Asli di bawah pimpinan saudara Clive Allen William Hunt. MBM berjaya membawa dan mengangkat suara kelompok rentan (minoriti) iaitu belia Orang Asli yang sekian lama terpinggir sehingga mendapat sebuah platform rasmi yang diiktiraf oleh pergerakan belia dan Kerajaan. Maliki juga melalui Exconya Rizan Hassan turut konsisten memperjuangkan nasib dan masa depan belia kemahiran. Belia kemahiran merupakan sebahagian besar kelompok belia yang tidak berpeluang masuk ke IPTA dan IPTS sebaliknya menyambung pelajaran di kolej-kolej kemahiran. Desakan oleh MBM terhadap pihak Kerajaan untuk menaikkan jumlah bantuan Perbadanan Tabung Kemahiran acapkali kedengaran di platform-platform penting belia seperti Majlis Perundingan Belia Negara. Ini bersesuaian dengan peranan MBM sebagai 'pressure group' seperti yang disebut dalam buku Reformasi Belia terbitan MBM. Pergerakan beliawanis turut kelihatan diperkasakan dan dicergaskan oleh Maliki melalui gandingannya bersama Naib Presiden Wanita Wan Salwati Abdullah.

Walaubagaimanapun, Maliki masih belum dikira hebat jika pengganti beliau seterusnya tidak sehebat beliau atau jauh lebih hebat daripadanya. Ini memerlukan masa untuk dibuktikan.Pemimpin yang hebat melahirkan pelapis yang hebat. Sudah tentu pengganti beliau turut berhadapan tugasan besar untuk meneruskan tradisi kejayaan ini dalam mengangkat martabat generasi muda Malaysia. MBM memerlukan saf kepimpinan yang ikhlas, dinamik, intelek, fleksibel, dan inovatif bagi memacu MBM untuk terus maju dan berdaya saing.

Generasi muda yang kritis dan radikal mungkin melihat kepimpinan MBM terlalu pro kerajaan dan gagal membawa suara tegas dan bertentangan dalam sesetengah isu belia dan nasional terhadap kepimpinan Negara. Selain itu, sesetengah kelompok pemimpin belia turut melihat kepimpinan Maliki gagal bertegas untuk mengekalkan takrifan umur belia 15-40 tahun dengan mengambil kira faktor kematangan belia dan kesediaan akar umbi. Ini mungkin persepsi yang Maliki sendiri ada jawapannya tersendiri bagi menangkisnya. Kepimpinan baru MBM harus turut mengambil kira dan memperbaiki persepsi ini yang mungkin salah dan mungkin betul. Penulis tidak berhasrat membela Maliki kerana penulis yakin bahawa beliau akan menggunakan pentas perhimpunan minggu ini dengan sebaiknya bagi menjawab segala persepsi tersebut. Ala kulli hal kata orang Arab tidak mudah sebenarnya memimpin MBM ini.

Zaman millenium ini, kepimpinan MBM yang baru berhadapan tugasan getir untuk memastikan MBM terus relevan khususnya di kalangan generasi startup. Generasi startup mempunyai sikap dan gaya hidup yang tersendiri yang harus difahami dan didekati oleh MBM dan disantuni mereka dengan program-program yang bersesuaian. Jika MBM gagal mendekati dan menyantuni kelompok utama yang diberikan penekanan oleh Dasar Pembangunan Belia Negara (1997) ini maka MBM akan ketinggalan dan ‘obsolete’. MBM juga terpaksa bersaing dan ‘bertempur’ dengan entiti-entiti lain yang bersifat program dan projek seperti Parlimen Belia, IM4U, Rakan Muda bahkan Pencetus Ummah yang mungkin lebih digemari generasi muda.Dalam hal yang lain, Presiden MBM yang baru juga secara spesifik sekali lagi berhadapan dengan tugasan getir untuk menyayingi aura dan kehebatan Manteri Belia yang mendapat tempat di hati generasi muda. Bakal Presiden MBM harus kelihatan at par, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Menteri Belia yang baru mencecah umur 39 tahun.

MBM wajar terus diperkasakan dan dipandang amat penting di mata KBS selaku rakan kongsi terbesar dan terpenting agar segala program dan peruntukkan di amanahkan sepenuhnya kepada MBM manakala KBS hanya memainkan peranan selaku pemudahcara. Jika tidak, KBS akan mencari alternatif lain bagi menyayingi MBM. Simpton itu sudah pun ada apabila KBS tidak pun sangat menyanjungi tokoh tokoh dan pemimpin MBM yang boleh dikiranya digelar sebagai ‘unsung hero’ sebaliknya lebih banyak mengangkat tokoh-tokoh sukan dan di luar bidang pembangunan belia. Simpton ini harus disekat dan diubati segera.

MBM merupakan badan tertinggi belia yang sudah bertapak di Tanah Melayu semenjak 1948 bahkan lebih awal 16 tahun sebelum tertubuhnya Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Ini menggambarkan betapa otainya MBM di persada pembangunan belia Negara berbanding KBS. MBM terbukti menjadi leadership incubator yang melahirkan nama-nama besar pemuka Negara seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Zambry Abd Kadir, Dato’ Saifuddin Abdullah dan Dato’ Seri Ali Rustam seperti mana yang disebut oleh Haslinda, Siti Maryam, Dzulhailmi, Azimi, Steven, Ismi, Ezhar, Turiman, Nobaya dan Sarjit (2013) dalam makalah The Function of MYC in Youth Development in Malaysia, "In Malaysia, the existence of the Malaysian Youth Council (MYC) as a Non-Governmental Organization (NGOs) to coordinate youth and student organizations reflect the importance and the interest in developing the quality of youth leadership".

MBM di bawah gandingan Maliki-Zaidi sebenarnya telah meninggalkan satu pelan dan strategi bertindak demi kebaikan adik-adiknya yang bakal mewarisi MBM pada hujung minggu ini. Mereka telah memperkenalkan idea dan agenda ‘MBM in Business’ demi kelangsungan MBM kehadapan. Ia merupakan pelan futuristik yang memaksimakan peranan dan fungsi MBM dalam pelbagai isu belia dan Negara; mengkader 300 pemimpin muda dalam jangka 2 tahun; meningkatkan kefahaman fungsi MBM dan; memperkukuhkan representasi MBM sebagai suara belia yang paling kuat, cerdas, lantang dan berkesan sehingga disegani lawan dan kawan.

Walau apapun yang berlaku, MBM akan terus kekal relevan dengan syarat badan gabungannya bersatu hati untuk terus mendokong dan menjayakan platform multi-racial dan multi-faith ini. Memandangkan MBM telah pun memformulasikan agenda ‘MBM in Business’ wajar kiranya MBM mengambil iktibar daripada proses rebranding Harley-Davidson seperti yang ditulis oleh Clyde Fessler dalam buku Rebuilding The Brand di mana proses tersebut berjaya menjadikan motosikal berkuasa tinggi ini daripada tidak popular, bermasalah dan tidak laku kepada sebuah motosikal berprestij dan menjadi kegilaan ramai. Mungkin pimpinan MBM yang baru wajar membaca dan menciplak idea tersebut iaitu Brand Experience, Brand Extension, Brand Association, Brand Consistency, Brand Welfare dan Brand Team. Selamat membaca dan memimpin MBM in Business untuk terus kekal relevan menjadi kegilaan generasi startup.

Rujukan:


Clyde Fessler (2013) Rebuilding The Brand, How Harley-Davidson Became King of the Road, New York: Allworth Press.

Haslinda, Siti Maryam, Dzulhailmi, Azimi, Steven, Ismi, Ezhar, Turiman, Nobaya dan Sarjit (2013)The Function of MYC in Youth Development in Malaysia, International Conference on Youth Proceeding, Serdang: IPSAS.

MBM in Business (2014)

Reformasi Belia (1996)Kuala Lumpur: Majlis Belia Malaysia (MBM).

Saifuddin Abdullah (2013) Memacu Transformasi, Shah Alam: Grup Buku Karangkraf.

Tersiar di The Rakyat Post: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/18/mampukah-mbm-angkat-martabat-belia-malaysia/




Rabu, Disember 31, 2014



[HALAQAH DARUL TAKZIM 6.0]

CABARAN DAKWAH DI MALAYSIA - PERANAN ANAK MUDA

Mengikut Sheikh Rashid Ghanoushi, daie itu sifatnya harus menyantuni zaman, kontemporari dan futuristik.

Alhamdulillah, bertempat di Pejabat KPIJ-Wisma ABIM Johor, Halaqah Darul Takzim (HDT) disampaikan oleh seorang Tokoh Belia Negara 2014, merangkap Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) iaitu saudara Jufitri bin Joha. Berkongsi tentang apa peranan yang anak muda boleh mainkan di persada dakwah yang penuh cabaran, beliau berkongsi tentang pesanan Dr. Ahmad al-Raysuni kepada para petugas dakwah.

1) Aktivis dakwah itu harus rapat dan dipandu oleh para ilmuwan Islam dunia agar setiap tindakan dalam usaha dakwah dalam manhaj dan jalan yang benar.
2) Gerakan dakwah perlu menjadi 'people centric' dan menjadi gerakan yang wasathiy (bersederhana). Cabarannya adalah apabila berhadapan dengan golongan agnostik, liberal dan ekstrimis, bagaimana mahu berhadapan dan berdakwah dengan mereka.
3) Ahli dalam organisasi dakwah perlu dipersiapkan dengan ilmu yang mencukupi sebagai penyampai dakwah. Kekuatan hujah amat memainkan peranan dalam berhadapan dengan pelbagai golongan sasaran dakwah.
4) Persediaan ilmu psikologi dan ekonomi (basic term) selari mengikut kehendak zaman.
5) Selain memperkukuh elemen intelektual, perlu juga berada dalam nadi masyarakat dan dirasai kehadiran para petugas dakwah ini. Justeru, harus menjadi aktivis di gelanggang sosial masyarakat.
6) Bagaimana merapati ahli politik dan institusi beraja untuk tujuan nasihat dan kemaslahatan umat.
7) Meraikan golongan minoriti yang perlu dibantu dan dibinbing seperti OKU dan golongan transgender yang perlukan bimbingan kembali ke pangkal jalan.
8) Mampu menawarkan sesuatu produk yang mampu menyelesaikan masalah masyarakat.

HDT berakhir pada jam 10.30 malam.
Hidup Islam!
Hidup Biar Berjasa!

Catatan Syafuad Yahya (KPIJ)

Rabu, Disember 17, 2014

Jemput Hadir ke Program Agenda Pembanguna Belia dan Intelektual ABIM

FIVE STAR Young Leaders in Public Services Workshop

Catatan Selasa : 16 Disember 2014 / 23 Safar 1436 H

Saya berkesempatan melatih pegawai kerajaan gred 41 dan ke atas, pegawai muda kerajaan dan pegawai JAKIM. Saya rasa seronok dan teruja kerana pertama diberi ruang dan peluang melatih kelompok penting negara ini. Pegawai kerajaan sinonim dikaitkan dengan pelbagai label negatif dan usaha menjernihkan imej ini wajar diperhebatkan kerana saya yakin sebahagian besar daripada mereka masih ada yang jelas matlamat kehidupan dan komited membangun negara. Bila saya memohon komen di Facebook banyak respon yang berbaur constructive comments seperti:

1.) "bawa konsep model kepimpinan Rasulullah (prophetic leadership model) that keep delicate balance of managing the affairs of the world and spiritual commitment to God. In essence, it is tawhidic axis that governs the entire sphere of life and leadership",

2.) "Konsep Problem solving yg lebih creative harus diterapkn & bukannya mencari jln utk menyusahkn pelanggan. Contoh "sekiranya kesalahan yg dilakukn dpt di atasi secara initial adalah lebih baik drp mnghantar balik permohonan berkaitan",

3.) "Konsep bekerja adalah untuk jayakan tanggungjawab dan memberi faedah kpd kumpulan orang yg memerlukan. Bekerja bukan sebab nak menunjukkan pada orang atas kita rajin atau hebat..tetapi nak tunjukkan pada orang bawah dan penerima faedah kita bertanggungjawab. Prinsip yg Tua perlu dihormati dan Yang muda dikasihani perlu dipegang. Selesaikan kerja bukan sebab saya nak tunjuk pada boss saya hebat tapi saya nak pastikan orang bawah dan penerima faedah dapat impak yg positif dan segera. Bekerjalah sementara menanti waktu solat dan bukan solat terpaksa ditangguh kerana nak selesaikan kerja. Dan yg paling utama sentiasa ukur integriti diri sendiri sebagai pekerja yg diamanahkan dan makhluk Allah yg ada perintah khas dari Allah",

4.) "Jangan terlalu demand....hormati 'orang tua' dalam organisasi..jika tidak bersetuju, tolaklah dengan bijak dan beradab. Kepada pelanggan pula...permudahkan urusan orang serta perlu kepada kemahiran berkomunikasi. Integriti juga sangat utama ditekankan".

Saya melihat ini satu ruang besar dakwah saya kepada mereka dan saya hanya menekankan kepentingan 'ummatic thinking' dan 'taswuf compliance' bagi melahirkan pegawai kerajaan yang menjalankan tugas benar-benar kerana Allah dan berkhidmat untuk ummat. Memang benar kerja dakwah ini luas lapang datarnya, maka sektor awam ini wajar tidak dilupakan kerana jika mereka 'perfom' dengan kualiti 'qawiyy' (profesional) dan 'amin' (amanah) maka Malaysia akan menjadi negara contoh dan menjadi bahan dakwah untuk masyarakat global.

Ketika membincangkan masa depan sektor awam ini pada 20 November 2014 yang lalu di Cyberjaya, saya menekankan masa depan sektor awam terletak antara lain kepada semangat kesukarelawanan dan budaya kerja Ngo yang wajar diterapkan dalam latihan penjawat awam. Menurut 'think tank' Malaysian Foresight Institute (MIGHT) masa depan sektor awam terletak kepada:

a.) Leadership;
b.) Organizational design;
c.) People and training;
d.) Strategy, plans and policy;
e.) Culture.



Di ILIM semalam, saya dan rakan gandingan Ustaz Zamri Shapik baru menyentuh aspek kepimpinan penjawat awam kerana masa depan yang cemerlang terletak kepada gaya kepimpinan mereka yang berteraskan 'people to Allah' dan 'people to people'. Sebahagian perbincangan tercatat baik dan rapi di: http://mumtazahsanusi.blogspot.com/2014/12/five-star-young-leaders-in-public.html. Latihan kepada penjawat awam sebelum ini lebih banyak bercorak 'people to people' dan kurang 'people to Creator'. Maka tokoh-tokoh Barat yang dijemput oleh INTAN seperti Dave Ulrich (www.rbl.net) dan lain-lain banyak berbicara aspek kepimpinan 'people to people' semat-mata. Akhirnya gejala seperti rasuah masih berleluasa kerana kebanyakkan pelaku rasuh tahu rasuah salah tapi sudah rasa lali kerana menyerap menjadi sebahagian gaya hidup normal. Ia juga berpunca daripada kurangnya perasaan 'God Consciousness' seperti mana disebut Allah Taala dalam Surah an-Nisa ayat 1 "...Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu".


Justeru latihan yang ditunjangi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ini lebih berteraskan integrasi antara keduanya.

Saya turut menyimpulkan bahawa model 5 Stars yang wajar digunakan adalah kepimpinan ar-Rasul S.A.W. dan kualiti penjawat awam yang mahu diperhebatkan ialah dari aspek sikap, pegangan, nilai dan gaya hidup seperti kata Encik Covey: ""...quality is not so much about numbers, statistics or inspections, its more attitudes, beliefs, values and lifestyle.

Sebagai aktivis Ngo, hubungan, simbiosis dan kerjasama erat antara sektor awam - Ngo amat saya titiberatkan bagi membentuk kombinasi padu menyelesaikan ummt. Mengambil contoh pengalaman saya di ABIM apabila bekerjasama erat dengan pihak Polis dan Pusat Serantau Memerangi Terrorisme (SSEARCT) dalam memerangi gejala Islamic State of Iraq and Sham (IS) dan isu Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review) dengan Wisma Putra sebagai contoh terbaik kepentingan hubungan sektor awam-Ngo. Ini juga yang ditekankan dalam salam satu daripada 6 agenda merakyatkan perkhidmatan awam iaitu kerjasama awam-swasta-ngo.

Cuma saya tidak sempat berkongsi kualiti kepimpinan Sultan Muhammad al-Fateh seperti mana yang dinukilkan oleh Sheikh Muhammad as-Sollabi iaitu:

a.) al-Hazmu
b.) as-shajaah
c.) al-adl
d.) as-zaka'
e.) al-azimah wa al-Israr
f.) a'damu al-ightirar biquwwati an-nafs, wa kasrat al-jundi wa si'atul as-sultan.


kerja rumah: cari ma'na di atas.

JUFITRI JOHA
11.58PM
Nilai

Sabtu, Disember 13, 2014

Celebration of International Anti-Corruption Day in Titiwangsa 13 December 2014 / 20 Safar 1436 H


I was invited by Transparency International (TI) Malaysia to deliver a short speech addressing the youth and Malaysian society in reminding them to stay committed combating corruption. It was in conjunction with International Anti-Corruption Day and TI organized Walk against Corruption. Prior the walk, the invited speakers such as Dato’ Ambiga (Negara-Ku), Maria Chin Abdullah (Bersih), Cynthia Gabriel (C4), Akmal Saufi Khaled (MYP), Dato’ Akhbar Satar (TI), Datuk Mustafar (MACC) including myself were requested to precisely share some of our thought on corruption within less than five minutes.

I keep pondering since 24 hours before the program started on how the best way to address the masses. The society according to Zakiah Hassan, the head of media officer of NKRA already knows the disgust of the corruption however the real problem is that corruption become normal life style and part and parcel of the business transaction. According to Ambiga whilst addressing the crowd were mentioning around 70% businessmens felt that corruption is normal in their transaction. It did mean that nothing wrong about corruption in business because it is a must.

Eventually I decided to focus on urging the youth and community to have a clear picture on corruption by reading a magnum opus of the late Professor Hussein al-Attas entitled The Sociology of Corruption (1968). Prof. Hussein al-Attas enlisted 9 characteristics of corruption:

a.) pecah amanah;
b.) penipuan terhadap badan awam, institusi swasta atau masyarakat umum;
c.) dengan sengaja meletakkan kepentingan khusus di atas kepentingan bersama;
d.) dilakukan secara rahsia kecuali dalam keadaan tertentu di mana orang yang berkuasa atau bawahannya dibenarkan melakukannya;
e.) melibatkan lebih daripada seorang atau satu pihak;
f.) adanya kewajipan dan keuntungan bersama, sama ada dalam bentuk kewangan atau dalam bentuk bentuk lain;
g.) terpusatnya kegiatan rasuah pada mereka yang mengkehendaki keputusan yang pasti dan mereka yang dapat menpengaruhi keputusan-keputusan berkenaan;
h.) percubaan untuk melindungi tindakan salah guna kuasa dengan menggunakan justifikasi undang-undang dan;
i.) penzahiran dwifungsi yang saling bertentangan oleh pihak yang terlibat dalam rasuah.


I praised an initiative taken by some graduates to combat corruption by forming a coalition to combat corruption among young people called ASPIRA whereby I personally requested them to include ABIM as well.

During the event, a coalition of civil societies to combat corruption (GIAT) was launched and ABIM would be grateful to join the lists hand in hand with TI, IDEAS, MNS, C4 and the rest.

Previously ABIM had actively involved with TI Malaysia in combating corruption during Haji Ahmad Azam Abdul Rahman as the ABIM's President. During that time Tunku Aziz was the Chairman and I still remember I participated in one of the workshop organize by TI Malaysia in Petaling Jaya. I'm not sure why ABIM was no longer active with TI Malaysia after Haji Ahmad Azam's tenure. Now I think it is the time for ABIM to renew its membership and participation in TI Malaysia to represent the Islamist voice in seriously combating the corruption.